Selepas Video Anak Autisme Dikas4ri, Guru Bagi Alasan “Dia Makan Dia Keluarkan Balik”, Sekali Bekas GURU Tadika Cerita ‘Perangai’ Sebenar Noah

Seorang bapa dikenali sebagai Tengku Aminuddin Shaf meluahkan rasa terkilan apabila anak istimewanya yang juga seorang autisme dikasari seorang guru di sekolah tadikanya.
Menurut Tengku Aminuddin kejadian tersebut berlaku pada 1 Oktober lalu dan dia tidak boleh menerima tindakan guru terbabit.

Katanya lagi, kejadian tersebut juga menyebabkan dia hilang kepercayaan kepada pusat jagaan kanak-kanak tersebut.

Tengku Aminuddin telah membuat perkongsian menerusi laman sosial Instagram (IG)nya dengan memuat naik video ketika kejadian, foto beberapa bahagian badan anaknya yang lebam dan salinan laporan polis.

“Saya terkilan dan sangat marah dengan apa yg telah terjadi kepada anak saya semalam. Anak saya merupakan pelajar di Maikidzcare Center Bandar Baru Ampang, Selangor .Intervention Centre ini adalah khusus untuk kanak- kanak autistik.

Tag: Tengku Aminuddin Shaf - Aksi Keji Guru Terekam CCTV Kasari Murid  sampai Memar, Orangtua Syok Pelaku Ternyata Kepala Sekolah - Suryamalang.com

“Insiden tersebut berlaku pada 1 Oktober 2021 dan tidak boleh diterima serta kami hilang kepercayaan untuk menghantar anak kami ke pusat jagaan tersebut lagi.

“Anak saya Tengku Noah, merupakan anak austisme dan sebab kami menghantar anak ke pusat jagaan terbabit kerana kami yakin dengan kepakaran, keupayaan dan pengetahuan mereka serta teknik berhadapan dengan anak-anak istimewa.

“Kami percaya Noah keselamatan Noah akan lebih terjamin dan dijaga dengan baik. Sebelum ini saya dah perasan ada kesan lebam pada bahagian muka dan badan tetapi saya hanya bersangka baik, mungkin

Noah terlalu aktif sehingga terlanggar dinding atau sebagainya. Kami percaya kepada pusat jagaan terbabit,” katanya.

Bagaimanapun dakwa Tengku Aminuddin, 1 Oktober lalu dia ternampak kesan lebam pada bahagian belakang badan Noah dan yakin bahawa itu bukan disebabkan oleh anaknya sendiri.

Tengku Aminuddin mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada pihak pengurusan sekolah dan alasan diberikan Noah tidak mahu makan sehingga menyebabkan guru tersebut menggunakan sedikit kekerasan.

“Anak saya dari video ini dengan jelas takut dengan guru yang merupakan Pengetua di Centre tersebut, takut akan di apa apakan oleh guru tersebut dan saya tidak lihat di mana-mana klip CCTV (yang saya sempat rekod dan yang saya tidak dibenarkan untuk rekod dan enggan ditunjuk semula oleh pihak Center) yang anak saya bertindak kasar. Kesalahan anak saya ialah dia tidak mahu makan. Makanan diluah keluar semula dari mulut.

VIDEO] Anak Autisme Diheret & Dikasari Guru, Bapa Luah Rasa Terkilan

“Saya tidak rasa tindakan mereka mengheret anak saya di atas lantai dan mencederakan anak saya sebagai suatu tindakan yang munasabah dan tetapi merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Saya sebagai bapa yang membayar fee bulanan tanpa gagal, kesal dengan tindakan mereka dan tertanya tanya adakah servis yang sebegini rupa yang ditawarkan kepada kami dengan bayaran fee yg agak tinggi oleh saya.

“Adakah ini teknik dan cara yang diamalkan oleh pakar ataupun seorang yang berpengalaman sebagaimana yang diwar warkan oleh pihak Centre, dalam mengendalikan anak-kanak autisme?

“Dengan menggunakan kekerasan? Untuk pengetahuan, pelaku di dalam klip rakaman CCTV ini adalah pemilik dan CEO Pusat Intervensi Maikidz iaitu Sharifah binti Mazlan.

“Buat ibu bapa yang lain, saya ayah Tengku Noah, ingin kongsikan video dan photo anak saya dan apa yang terjadi.

“Anak saya didera paksa makan kerana dia seorang “picky eater”, kes ini telah dilanjutkan ke pihak Polis dan pemeriksaan kesihatan (fizikal dan juga dalaman) telah dilakukan oleh pihak Hospital dan tindakan undang-undang telah diambil oleh pihak kami.

“Kami kesal untuk mengetahui daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa Center ni tidak mendapat kelulusan dan lesen dari JKM mereka beroperasi secara tidak sah dan pelatih dan guru tidak mempunyai lesen dan kelayakan dalam mengajar anak-anak autism,” katanya kesal.

Dalam pada itu, seorang wanita tampil meninggalkan komen mendakwa yang Noah pernah belajar di taska milik beliau selama dua tahun. Menurut beliau, Noah seorang kanak yang bijak

“Sebenarmya Noah pernah belajar di tadika saya selama dua tahun sebelum bertukar belajar di pusat pembelajaran khas ini yg khusus untuk anak autism. Noah hanya mengidap mild autism. Noah mmg aktif tapi bukan aggresif. Dia tak akan mencederakan diri maupun kanak kanak lain. Sangat bijak dan cepat menangkap apa yg diajar cuma dia ada masalah speech delay jugak. Noah mmang picky eater tapi ibubapa Noah selalu bawa bekalan untuk Noah. Noah boleh saja makan sendiri dan quite independent. Terkejut kami warga tadika yg pernah Noah berada disini sebelum ni melihat dia diperlakukan begitu”

Sumber Anep Sohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*