Awek Beli Heels Murah, Mujur Boyfriend Sudi ‘Tanggung’ Sakit Kaki… Tak Hirau Mata Yang Memandang Di Mall – “Masa Tu Kami Belum Putus”




“SERONOK betul bila saiz kaki sama,” itulah kapsyen yang tertera pada video seorang gadis yang bertukar kasut dengan teman lelakinya.

Rakaman visual yang dimuat naik oleh gadis berkenaan memaparkan seorang lelaki memakai kasut tumit tinggi kerana teman wanitanya tidak tahan sakit berjalan dengan memakai kasut tersebut.

Video berdurasi 19 saat itu meraih hampir180,000 tontonan di TikTok dan mencuri perhatian ramai.

Berkongsi cerita dengan mStar, Aina Faqiha Mohd Noor, 20, berkata, video itu dirakam pada Mei lalu dan baru sahaja dimuat naik pada Rabu selepas video tukar kasut trend di TikTok.

Gadis berkenaan menukar kasut setinggi tiga inci itu dengan kekasihnya ketika itu, Muttaqin Sabri sewaktu mereka selesai membeli belah di sebuah pusat beli belah di Kuala Terengganu.

“Sebenarnya video tu dah lama dah, sebelum raya kalau tak silap saya. Waktu itu kami belum break lagi, tapi saya baru upload sebab sebelum tidur tu ada tengok orang share video macam tu juga.

“Mereka tukar selipar dengan heels, saya teringatlah yang dulu ada rakam video macam itu juga. Bangun tidur esok tengok tahu-tahu video tu dah 100,000 views, terkejutlah sebab ramai cakap saya ni ikut trend.

IMG_9848

Qiha tidak menyangka video tersebut mendapat perhatian ramai di TikTok.

“Padahal memang dari dulu lagi kalau penat berjalan, dia akan offer untuk tukar selipar sekejap untuk bagi kelegaan pada kaki saya. Ramai juga insecure dengan kaki dia yang kurus tu,” katanya yang menetap di Kuala Terengganu.

Mesra disapa Qiha, katanya, dia membeli kasut yang berharga RM20 itu secara online di sebuah platform e-dagang dan ketika mencubanya di rumah ia sedikit longgar disebabkan membelinya satu saiz lebih besar.

Bagaimanapun, selepas memakainya di pusat membeli belah, kakinya terasa sakit kerana kasut itu terlalu licin sehingga terlucut ketika berjalan.

“Tapi bila terus pakai pergi mall, sekejap je tahan sebab memang rasa tak selesa pakai heels . Kasut tu pernah terlucut dari kaki waktu saya berjalan.

Tapi kalau tak ada boyfriend, terpaksa hadap sakit tu sendiri sampai balik.

“Kaki yang jalan dahulu dan heels tertinggal di belakang sebab terlalu licin dan longgar. Memang langsung dah tak boleh nak berjalan dengan kasut tu, itulah punca utama kenapa saya tukar kasut dengan dia waktu nak ke tempat letak kereta.

“Ada je yang memandang tapi saya dah tak fikir apa sebab kaki dah terlalu sakit untuk berjalan dengan kasut tu, nasib baiklah jarak nak ke kereta tak jauh sangat,” ujarnya yang mengusahakan bisnes telekung bersama ibunya, Anita Ali, 50, di sebuah butik yang terletak di Dataran Austin, Kuala Terengganu.

Menurut anak tunggal yang berasal dari Kampung Peramu, Pahang, ini, dia menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran untuk memilih kasut yang lebih berkualiti.

“Ini merupakan kali pertama saya beli kasut tumit tinggi dari Shopee, walaupun ia murah tetapi sangatlah tidak berbaloi dengan kesakitan yang ditanggung.

IMG_0080

Qiha (kiri) sudah serik mahu membeli kasut tumit tinggi yang murah secara online.

“Lepas ni kalau nak beli heels, kena cari yang berkualiti. Kalau tak memang kesian boyfriend kena pakai kasut kita.

“Tapi kalau tak ada boyfriend, terpaksa hadap sakit tu sendiri sampai balik,” katanya

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*