ALHAMDULLILAH, RENTAS NEGERI BERMULA ESOK TETAPI YANG BELUM VAKS1N MASIH TAK BOLEH. INI ISI PENUH PM TENTANG APA AKAN BERLAKU MULA ESOK




#Gambar diatas sekadar hiasan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti merentas negeri secara rasminya dibenarkan mulai esok.

Beliau mengumumkan pengumuman sedemikian menerusi sidang khas secara langsung hari ini.

Jelas Ismail, data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan peratusan populasi dewasa yang lengkap divaksinasi kini telah mencapai 90 peratus.

Bagaimanapun kebenaran rentas negeri ini dikecualikan bagi kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Aktiviti Pelancongan Di Mana-mana Negeri Dibenarkan – PM

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini memaklumkan, aktiviti pelancongan di dalam negara dibenarkan, seiring pengumuman rentas negeri sebentar tadi.

Kebenaran Rentas Negeri Bagi Mereka Yang Lengkap Dua Dos Vaksinasi Sahaja – PM

Individu yang tidak lengkap vaksin atau tidak mengambil langsung satu dos vaksin tidak boleh merentas negeri, kata Perdana Menteri dalam sidang media khas hari ini.

“Syarat utama kebenaran merentas negeri ini adalah mereka yang mempunyai dua dos vaksin.

Mereka yang tidak mempunyai dua dos vaksin atau langsung tidak mengambil vaksin adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Pihak polis boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana saja kita berada sama ada di RnR walaupun mungkin tiada lagi sekatan jalan raya untuk merentas negeri, katanya.

Perdana Menteri turut menyarankan supaya siapa yang ingin pulang ke kampung untuk membuat ujian sendiri covid untuk memastikan siapa yang balik adalah bebas c0vid.

Menurut PM, perkara ini tidaklah wajib tetapi amat disarankan.

MyTravelPass Dimansuhkan, Rakyat Boleh Ke Luar Negara Termasuk Aktiviti Pelancongan

 

Penggunaan MyTravelPass untuk aktiviti ke luar negara bagi urusan-urusan rasmi tertentu beserta permohonan seperti sebelum ini kini telah dimansuhkan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat kini boleh pergi ke luar negara untuk pelbagai urusan termasuk aktiviti tidak rasmi seperti pelancongan mulai esok.

“Oleh itu, kerajaan telah membuat keputusan MyTravelPass tidak lagi digunakan. Kita pihak kerajaan bersetuju memansuhkan penggunaan MyTravelPass untuk rakyat kita yang ingin keluar negara.

“Bermakna sesiapa warga Malaysia boleh ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan. Kalau dulu (urusan) rasmi saja, tapi sekarang untuk aktiviti bukan rasmi seperti pelancongan,” katanya dalam sidang media tersebut.

Bagaimanapun jelas Ismail, syarat bagi kebenaran tersebut adalah mereka yang ingin ke luar negara mesti telah mendapat dua dos vaksin.

Sebelum itu, Ismail turut mengumumkan bahawa aktiviti merentas negeri secara rasminya dibenarkan mulai 11 Oktober esok.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat berdasarkan statistik peratusan populasi individu dewasa yang lengkap divaksinasi kini telah mencapai 90 peratus.

Sumber: BERNAMA via Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*