Anak perempuan penyanyi Safura Yaacob pergi menghadap ilahi. Safura cerita detik terakhir bersama anak




Seperti yang sudah diketahui umum, rezeki, jodoh dan m.aut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi.

Pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob telah memaklumkan khabar d.uka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatullah, hari ini.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Sedalam Mana Cintamu ini berkongsi khabar d.uka itu bersama peminat menerusi satu hantaran di akaun facebook miliknya.

Detik terakhir bersama anak.. Al-Fatihah

Sekadar info, Safura turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, hasil perkahwinan yang terdahulu.

Selepas itu, Safura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sahronizam pada tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah, 11, Ariana Sofia, 7 dan Nur Aisyah Mariam yang telah mening.gal dunia ketika berusia tiga tahun pada 2008.

“Alhamdulillah…ciuman terakhir mama buat Not…wangi seharum kasturi …semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela didlm syurga Allah…..Aamiin..,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan salam takziah buat penyanyi berusia 47 tahun itu.

Reaksi Orang Ramai

“Salam takziah buat kluarga..smoga rohnya dicucuri rahmat..Al fatihah.

“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fuanha”. Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kem.atian dia, lapangkan k.ubur dia.

“Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Aamiin. Al Fatihah.

Sedikit trivia Safura,

Safura binti Ya’cob (lahir 25 Februari 1974) adalah seorang penyanyi, pelakon dan usahawan wanita Malaysia. Beliau merakamkan album yang pertama pada usia 23 tahun menerusi album Sedalam Mana Cintamu pada tahun 1997.

Kerjaya,

Pada awal 1990an, Safura mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sebagai penyanyi di kelab malam. Hanya pada tahun 1996, beliau mula diikat kontrak oleh BMG Music Malaysia sebagai penyanyi rakaman.

Album Sedalam Mana Cintamu terbitan komposer LY menerima nominasi di Anugerah Industri Muzik ke-5 untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM) dan juga Artis Baru Terbaik.

Album itu menjadi hits dan disinambungkan menerusi album susulan berjudul Mencari Mahligai pada tahun 1998. Pada era penghujung 1990an, beliau mempunyai beberapa buah lagu yang menduduki kedudukan nombor satu carta muzik seperti Sedalam Mana Cintamu, Rinduku Semakin Kuat, Jangan Menangis Sayang, Andang Cintaku Menyala dan Dian Asmara.

Ketika itu beliau membawakan muzik pop melayu yang mendayu-dayu ciptaan komposer Eddie Hamid. Kerjaya nyanyiannya menjadi pudar apabila beliau tidak lagi berpeluang merakam lagu-lagu baharu setelah tamat kontrak bersama BMG.

Kehidupan peribadi,

Safura adalah seorang ibu tunggal ketika mula menceburi bidang seni, kemudian beliau berkahwin dengan penyanyi utama Kumpulan Kool, Hairie Yaacob pada 1998 dan dikurniakan anak keduanya.

Pada tahun 2001 keduanya berpisah dan membawa haluan sendiri. Pada tahun 2006, Safura bernikah dengan pelakon Sahronizam Noor dan menerusi perkahwinan ini beliau dikurniakan dua orang anak (seorang daripadanya meninggal dunia selepas beberapa hari dilahirkan).

Safura terkenal sebagai seorang artis yang lantang bersuara. Beliau pernah menyaman penyanyi dangdut Ifa Raziah pada tahun 1998 kerana didakwa memfitnahnya sebagai punca penyanyi dangdut itu terkena buatan orang. Kes tersebut selesai selepas lapan tahun.

Safura mula membuat penampilan bertudung litup pada tahun 2008 ketika muncul dalam drama terbitan pelakon komedi Sheila Rusly.

Sumber: MH | FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*