Video Penyampai Radio Angkat Ibu Menyentuh Hati, “Biasa Dengar Suara Je, Bila Tengok Muka Macam Tak Match Dengan Suara” – Netizen




Kuala Lumpur: Perkongsian video penyampai radio Suria FM, Tuah Zolqarnain Idris atau Tyzo bersama ibunya menyentuh hati ramai pihak.

Video yang dimuat naik itu memaparkan Tyzo mengangkat ibunya dari katil ke kerusi yang diiringi petikan lagu Mawar Putih Untuk Mama nyanyian Allahyarham Datuk Sharifah Aini sudah mendapat lebih 12,000 tontonan di Instagram.

Tyzo ketika dihubungi berkata, dia berkesempatan pulang ke Ipoh dua hari lalu untuk melawat ibunya, Hasnah Shaari, 79, yang kini di bawah jagaan adik-beradiknya yang lain.

“Lepas habis bertugas jam 7 malam kelmarin, saya terus pecut balik ke Ipoh untuk tengok emak. Selepas jumpa dia, saya balik semula ke Kuala Lumpur pada tengah malamnya.

“Sebelum ini emak tinggal di Kuala Lumpur. Namun, baru-baru ini dia tak boleh nak berjalan dan dihantar balik ke Ipoh. Dia bukan lumpuh cuma dah tak boleh berjalan.

“Tak tahu nak cakap macam mana kerana badannya panas sampaikan setiap hari selama tiga bulan terpaksa diletakkan ais di badannya. Enak juga perlu menggunakan lampin pakai buang,” katanya kepada Harian Metro.

Tyzo sedar terpaksa bersaing dengan pelawak - “Suara lebih penting, populariti datang apabila kita bagus!” - Hiburan | mStar

Penyampai Suria Petang Bersama Kak Rara @ Sharifah Shahirah dari 3 petang hingga 7 malam ini berkata, dia reda dengan keadaan ibunya itu.

“Mungkin ambil masa sikit untuk dia pulih. Cuma ia buat kami adik-beradik agak terkesan kerana hari-hari mereka kena angkat dia terutamanya abang saya untuk memandikannya.

“Saya pula cuba sembunyikan perkara ini daripada orang lain. Orang nampak saya gelak ketawa masa bersiaran, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Takkan hari-hari saya nak beritahu orang saya tengah sedih? Nanti orang benci pula,” katanya.

Menurutnya, video ini dimuat naik sebagai kenangan buatnya.

“Ada benda yang mungkin orang tak tahu di sebalik ceria saya. Orang tak tahu apa yang berlaku jauh di sebalik hati saya. Kesakitan yang kita lalui. Lagipun memang tiada sangat detik dengan emak kerana saya jarang kongsi. Tapi hari itu memang saya terasa nak kongsi sangat. Sebelum ini saya jarang nak kongsi hal keluarga dengan peminat,” kata anak keenam daripada tujuh beradik ini.

Komen-komen netizen

saba_168 – sebak tgk…Doa utk mak Tyzo dikurniakan kesihatan yang baik 

azwana_maslan  – sebaknya….bagusnya abg tyzo…jaga mak ye

shalawatims – semoga Cikgu Hasnah terus diberikan kesihatan berpanjangan.

zazazalehazainudin – sedih la ……..@tyzoxander Patut tadi bgth @shieraijoy nk blk kmpg tgk mak . Semoga diberi kesihatan yg baik bt mak tyzo

mizariana – Moga mak @tyzoxander Cepat sembuh yer Amin yra

ilyashwariya – Tahniah dpt jumpa mak akhirnya semoga maknya dlm lindungan allah cepat sembuh

Sumber Hmetro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*