Adik Sajat Mula Bersuara Bila Kena Tanggung Apa Sajat Buat Selama Ini, Tak Sangka Apa Yang Adik Sajat Terima




Setelah sekian lama memendam perasaan tentang kontroversi membabitkan usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, adiknya Nur Mustika akhirnya tampil meluahkan apa yang terbuku di hati.

Ujar Mustika, dia begitu terbeban dengan masalah yang dicetuskan abangnya yang kini dilihat sedang menikmati saat bahagia setelah didakwa berjaya melarikan diri ke Austalia.

“Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan Sajat. Dia tak peduli sesiapa, jadi buat apa aku nak peduli setiap tindakan dia.

“Tapi dugaan bukan kecil apabila aku sebagai perempuan kena tanggung perbuatan dia selama ni.

VIDEO

“Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kena tanggung,” katanya menerusi mesej yang dikongsikan kepada mStar pada Selasa.

Luahan berkenaan dibuat sehari selepas mStar melaporkan tentang berita yang mendakwa Sajat kini berada di Australia selepas berjaya melarikan diri dari Thailand.

Difahamkan kemarahan Mustika terhadap Sajat turut berpunca daripada sikap netizen yang bertindak ‘menyer4ng’ platform media sosialnya dengan pelbagai hinaan dan tohmahan.

Bukan itu sahaja, Mustika turut kesal apabila ada segelintir media dan blog tersalah menggunakan fotonya bagi mengiringi berita berkaitan Sajat.

“Kesiannya netizen dpt maklumat salah. Kalau mana yang tak tahu ini gambar Mustika dan bukan gambar Sajat… dah tentu ramai datang Instagram ni serang,” tulisnya pada kapsyen bersama posting tangkap layar daripada sebuah portal berita.

Kata Mustika lagi, reputasinya sebagai influencer juga terjejas dengan kontroversi Sajat.

IKA

Mustika pernah berkongsi cerita kepada mStar dalam pertemuan pada September lalu.

“Reputasi busuk dan dia tak penah nak minta maaf pada aku. Malah dia hina aku sebab aku terangkan kat media hari tu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung.

“Banyaknya pengalaman sejak kes Sajat ni. Media pusing semua benda janji dapat story demi content. Apa jadi dengan hidup seseorang tu pun mereka tak peduli,” katanya.

Sementara itu menurut Mustika, paling mengecewakan apabila kontroversi membabitkan Sajat turut menjejaskan anaknya.

“Aku ni seorang ibu, ada anak kandung. Kesan-kesan negatif boleh timpa anak aku. Macam mana dia nak ke sekolah?

“Kuatkah dia apabila orang cakap atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini dalam setiap dugaan diberiNYA,” katanya.

Lama berdiam diri akhirya Sajat akui dah ‘c3rai talak 3’ dengan Malaysia, kini berada di Australia

Sejak mulai ‘berani’ kembali di media sosial, usahawan penuh kontr0versi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat telah menyapa para pengikutnya yang sudah lama menunggu kemunculannya.

Dalam perkongsian di IG live, Sajat memaklumkan yang dirinya sedang menjalankan ku4r4ntin di Canterbury, Australia dan telah pun rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu.

Bercerita tentang perkembangan terkini, usahawan terbabit berkata bahawa akan ada beberapa perancangan untuknya survive di negara tersebut. Salah satunya adalah membuka kembali perniagaan dibantu beberapa pihak termasuklah akan menghadiri wawancara di salah satu media di Australia untuk bercerita tentang dirinya.

Ditanya apa perasaan ketika ini selepas berada di negara terbabit, Sajat mengakui sangat bahagia kerana sudah bebas dan boleh menjadi dirinya sendiri.

Ada juga netizen yang mahukan usahawan itu mengulas tentang k3snya yang sebelum ini sehingga dia perlu ‘menyelvdvp’ masuk ke negara jiran untuk melarikan diri susulan waran t4ngkap dikenakan.

Menurutnya, apa yang terjadi tidaklah seperti yang disangka dan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga menghormati kerja pihak PDRM yang menjalankan tugas dengan baik.

Selain itu, Sajat turut memaklumkan yang segala perniagaannya di Malaysia sudahpun di jual dan kini berhijrah ke Australia untuk memulakan perniagaan baharu selepas selesai dikuarantin.

Menjawab soalan tentang ag4ma, usahawan terbabit menjelaskan yang isu itu adalah satu perkara perib4di dan dia sama sekali tidak mahu mengulas kerana baginya biarlah dia menjalankan kewajiban sebagai umat Islam mengikut caranya sendiri.

Tak hanya itu, Sajat memberitahu yang dia sama sekali tidak akan mengaku berkenaan jantina walaupun sehingga ke lubang kvbur kelak kerana padanya dia tetap wanita.

Setiap orang tidak ada hak untuk  mem4ksa dirinya menjadi orang lain dan  sangat kecewa dengan mereka yang memintanya berubah secara luaran, sedangkan dalamannya adalah seorang wanita.

Di akhir IG live Sajat, dia mengesahkan dirinya sudah ‘bercer4i’ tal4k tiga dengan Malaysia dan tidak akan boleh kembali ke sini lagi. Dia sama sekali tidak berasa ralat akan hal itu dan cukup teruja untuk memulakan kehidupan yang baru di Australia.

Perancangannya adalah untuk membuka perniagaan dan membantu rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Australia dengan cara bekerja di bawah perniagaannya kelak.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*