Shahrol Shiro Pertahankan Rakan Artis, Tuding Jari Pihak Produksi Isu ‘Content’ Rogol, Persoal Siapa Yang Luluskan Rakaman




ISU ketelanjuran aktor Fauzi Nawawi mengupas tentang lakonan aksi rogol dalam sebuah program televisyen turut menarik perhatian pelawak Shahrol Shiro.

Tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu ini, Shahrol atau nama sebenar Shahrol Azizie Azmi, 37, berkata pihak produksi sepatutnya bertanggungjawab dalam menerbitkan sesuatu program.

“Secara pandangan peribadi, artis hanya menjawab soalan yang diberikan… mungkin kesalahannya adalah mengupas isu tersebut lebih mendalam meskipun ianya soalan spontan dari hos tapi kuasa siapa untuk melepaskan perbualan tersebut?

“Jika ianya adalah sebuah rancangan yang direkod ia adalah tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya live pihak produksi juga berkuasa untuk censored bahagian tersebut.

“Supaya tidak lebih mengarut dan keterlaluan sebab itu hos rancangan memakai earpiece supaya produksi dapat berhubung terus dengan pengacara jika ianya sensitif,” katanya menerusi laman Instagram pada malam Rabu.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin laporan mStar mengenai permohonan maaf yang dibuat Fauzi Nawawi selepas tular rakaman temubual berkenaan.

shahrol 2

Shahrol kongsi pandangannya mengenai isu video tular.

Dalam pada itu, Shahrol turut mempersoalkan kualiti program komedi yang dilihat terlalu terbuka menyentuh beberapa isu sensitif termasuklah mengenai rogol.

Mengimbau kembali kejadian pada tahun 2012, Sharol berkata dia dan kumpulannya Shiro pernah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana terlanjur menyebut perkataan rogol semasa dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).

Perkara telah pun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung!

“Inikah kualiti program komedi di Malaysia? Maaf bukan nak merendahkan lagi dan cuba mencari perhatian tetapi isu ini dekat dengan saya kerana dalam sejarah MLM kami adalah satu-satunya kumpulan yang disaman oleh MCMC kerana menyebut perkataan ‘rogol’ sewaktu MLM2012.

“Sepatutnya sejarah tersebut dapat menjadi pengajaran buat pihak produksi. Perkara telah pun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung segalanya,” ujarnya.

shahrol 1

Shahrol mahu pihak produksi bertanggungjawab mengenai rakaman tular itu.

Sebelum itu tular rakaman video Fauzi berkongsi mengenai wataknya dalam sebuah filem yang memerlukan dia merogol aktres Raja Farah.

Dalam rakaman temubual itu, hos iaitu Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa mengawal nafsu ketika melihat Raja Farah.

Rata-rata netizen marah dan menganggap perkara itu sebagai membuka aib serta tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Bagaimanapun, aktor tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

Terdahulu,

fauzi2

GARA-GARA perkongsian pengalaman melakonkan watak seorang perogol bersama aktres Raja Farah dalam sebuah filem pelakon Fauzi Nawawi menerima kritikan netizen.

Lebih menambah kemarahan ramai apabila Fauzi dilihat begitu bersungguh-sungguh menerangkan dengan terperinci situasi di set penggambaran menerusi satu program bual bicara yang ditayangkan secara terbuka di televisyen.

Tidak mahu perkara itu berpanjangan, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 48, membuat permohonan maaf terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

Menurut Fauzi dia terlepas cakap ketika sesi berkongsi pengalaman itu, namun tidak berniat membuka aib mana-mana pihak.

“Saya mohon maaf kepada semua yang terkesan dengan video yang tersebar di laman sosial itu khususnya Raja Farah dan suami serta keluarga.

“Maaf kerana lambat respons sebab saya baru balik shooting. Saya terima caci maki netizen dengan lapang dada dan tenang.

“Saya benar-benar tiada niat untuk memalukan Raja Farah, saya tak mahu perkara ini dipanjangkan lagi,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai program berkenaan, Fauzi berkata ia dirakam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Saya sangat terkesan seperti dibuka aib dan rasa tidak dihormati.

Dia mengakui ada bercakap tentang pengalaman mengenai watak yang sinonim dengan wajahnya dan mengakui terlepas cakap tentang perkara memalukan itu kepada umum.

Tambahnya, menyedari perkongsian dibuat terlalu sensitif, suami kepada pelakon Lisdawati ini memberitahu sudah meminta pihak produksi membuat tapisan sebelum ditayangkan.

“Memang salah saya bersembang tak control cakap, terlepas cakap… Mereka (pengacara) tanya watak-watak yang sinonim dengan saya. Habis rakaman saya sedar ada yang tidak patut diberitahu.

“Tapi program itu sudah tayang dua kali. Salah saya, saya jahil dan sedang perbaiki diri saya jadi lebih baik,” ujarnya.

Video Fauzi Nawawi dalam sebuah program tular di laman Twitter.

Rata-rata netizen marah dan menganggap perkara itu sebagai membuka aib serta tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Sementara itu, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 33, meluahkan rasa kecewa dan terkesan dengan perkongsian yang dibuat Fauzi.

Pelakon filem Aku Masih Dara ini menganggap perkara itu tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita.

“Saya sangat terkesan seperti dibuka aib dan rasa tidak dihormati. Sebagai seorang isteri yang ada suami saya minta pendapat dia. Ini sebab utama saya buat video ini.

“Saya harap tiada balas membalas, jangan burukkan keadaan. Saya minta pihak yang berkata-kata itu ucapan maaf kalau tidak secara terbuka pun tidak apa.

“Kita faham normal orang buat kesalahan, saya harap benda ini boleh selesai di sini,” ujarnya.

Video Raja Farah

Sumber Mstar/Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*