Isteri Terkilan Setelah Dapat Tahu Arwah Suami Mewasiatkan Segala Harta Kepada Anak Dan Ibunya, Tindakan Ibu Mertua Memang Tidak Disangka

Gambar Sekadar Hiasan

Pengajaran pada sang suami. Aku isteri. Anak 5. Telah kematian suami setahun lalu. Arwah suami bekerja Ofshore. Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keuarga kami bahagia mempunyai 5 anak kan. gado tu biasa. Saya bekerja. Pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k. Rules perbelanjaan kami, barang saya, saya beli sndiri kerana saya ada pendapatan sendiri.

Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. suami bekalkan bayaran bulanan cuma tak ade la memenuhi keperluan sebulan. tapi, saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik2nya.

Berbalik pada selepas kepermegian arwah suami saya, tidak disangka suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya.Untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k Saya terdiam ketika menerima wasiat. saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat membantu cukup untuk membayar hutang suami telah memadai. Satu2 pihak bank datang. menyatakan hasrat mengutip hutang..

Mashaallah hutang suami saya mencecah 300k (credit card, pinjaman, kereta, rumah dll).

Dengan apa saya mahu bayar sedangkan insurans dan wasiat suami, untuk anak, perlu berumur 18 tahun. saya terduduk..Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang2 arwah dan hutang saya sendiri. Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak2. Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya.

Bukan tidak dibagi tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak2 sekolah, makan minum apatah lagi hutang. saya begitu sedih. Apa yang tidak disangka, ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya,yang disanjung suami, syurga kepada suami saya, tak disangka bersifat demikian. tidak berlaku adil.

Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua tak bekerja dan anak2 yang masih sekolah (adik suami). Sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya. Saya tak nak gadohkan. saya begitu sedih. saya perlu hadap dengan anak. Anak kecil saya terpaksa putus susu. Terpaksa disekolahkan disekolah biasa.

Makan apa yang mampu. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi.Selepas kejadian,keluarga suami lebih menyepi,mungkin takut saya menuntut lebih,saya dah redha.Saya percaya rezeki Allah itu pasti.Saya berserah pada Allah.Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti.Walhal, adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa2.

Tapi masa inilah,mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya. Selepas saya kebuntuan, saya menurut kata rakan-rakan sepejabat, saya terpaksa berdaftar ke AKPK, walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya. Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak2 saya.

Saya membayar sepenuhnya hutang suami. Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, meehoon, biskut, susu, pampers, telur. anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari2 perlu makan telur. Itu je saya mampu..

Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama yang menjaga dan mnguruskan anak. Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan. apatah lagi waktu suami sudah tiada.

Jangan biarkan isteri menanggung hutang. cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan arwah tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana.Saya tetap sayangkan arwah suami saya itulah syurga saya.

Perkongsian ini menarik perhatian warganet,

Atiqah Al Juffry Ahmad – Salam puan, Puan kena banyak ubah cara hidup skrg, Ank sekolah di sekolah biasa. Perbelanjaan dulu masa da suami Berbeza dgn tiada suami. Jd.kena ubah cara belanja, Jual rumah yg da Beli yg mampu di bayar tiap2 bulan, Kereta.pakai shj yg mana mampu di bayar Mmg banyak beza dgn ketika ada suami dan ketika tiada suami Utk mak mertua dan family Saya pnh lalui ini semua Saya abaikn mereka Sebab bg saya kalau tidak bijak.mengurus kewangan.semakin hari semakin kurang Puan kena terus.kn hidup dgn ank2 Mereka perlukn puan.

Raja YuslidaAllah sedihnya, knapa la tak dahulukan isteri, kesian ank ank yg sedang membesar perlukan duit, tak takut mati ker mertua pun, bkn org lain cucu awak jugak tu, buatla x betul anianya la x kemana pun. Semoga Puan N kuat Dan tabah dlm menjalani kehidupan. Doa Dan terus berdoa insyaAllah Allah takkkan siakan doa Puan, Dan permudahkn segala urusan. Aaminn.

Ruslan Zack – Segala apa yg berlaku adalh kehendak ilahi.ada hikmah disebalik kejadian.munkin saudari semasa senang xpernah memberi sedekah kpd fakir2 miskin.tuhan maha kaya.

Liza MJ – Kesian isteri… Itulah suami…sering cemburu dgn isteri sendiri… Takut bila mati isteri kawin lg… Terasa rugi agaknya… Bila diberi pd isteri…Suratan hidup ni ada ketentuan yg tertulis…mintalah ketenangan bukan kebahgian….bukan kekayaan…. Harta tu akn hilang satu persatu. Allah swt lebih tahu apa yg terbaik utk kita… Redha serah padaNYA. Hidup ni adalah pengajaran utk hati yg lebih memandang pd dunia….kekecewaan…

Ramdhanio Ramli – Rasanya dari cerita di atas, ibubapa arwah dan anak2 tu dapat dari wasiat dan penama insurans.. mungkin penama insurance kematian beliau.. dan skrg setiap pinjaman samada pinjaman peribadi atau rumah, ada insurance.. sepatutnya kalau meninggal, insurance cover semua.. kalau pinjaman bersama, insurance cover separuh..

M Khalis M Khalil – Masalah awal ialah mak ayah dan masyarakat tak didik tentang menabung. Gaji sampai 25k sebulan, xde simpanan? Tabung Haji tiada akaun? Tu lah, terlampau berbelanja sangat, konon nak reward diri sendiri gamaknya…

Nora Mohd Salleh – Maaf bleh dptkn penjelasan ttg hutang rmh dn pinjaman yg dibuat oleh pihak suami..bknkah bila peminjam mninggal hutang rmh dn juga apa2 loan akn dibyr oleh insuran sbb stiap pinjaman harus mempnyai insuran..bleh jelaskn x..sbb sy x nmpk bnda ni..n mmg 1 perkongsian yg bgus bkn utk suami je tapi utk isteri juga

Erra Dena – Bukankah sebelum difaraidkan, hutang2 perlu diselesaikan dulu, dah habis bayar utang baru faraidkan.. Bukan camtu ke? Should be a law that bila berlaku kematian, harta terus dibekukan with some allowance utk mthly support pada keluarga, pay off all utang and only then difaraidkan. Even after that, have to hold keluarga arwah suami utk bagi mthly support pada balu n anak2, sebab tu bhg faraid yg tinggi tu bukan tak disertai dgn tanggungjawap.

Amin Alias – Sekurang-kurangnya ada juga pembaca ini pandai dia karang… Menarik… Heheheeee zaman skrg orang dah pandai tahu menilai jadi bagi logik sikit dan jelaskan punca baru orang lain faham… Macam tergantung je bab hutang rumah tu sebab skg kan ada insuran… Lain la arwah load lain pinjaman duit peribadi… Mmg naiya…

Kredit:KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*