“Kira Mengubah Kejadian Asal Ke?”- ‘Tanam Benang’ Sampai Berlumuran Darah, Amelina Tepis Dakwaan Kononnya Dia…




Perkongsian ratu dangdut Amelina mengenai proses rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ pada rahang dan hidungnya membuatkan ramai peminatnya ‘kecut perut’.

Menerusi perkongsian video di Instagram Amelina, penyanyi tersebut secara terbuka menunjukkan proses rawatan yang dikatakan agak ‘menyeramkan’ apabila wajahnya terpaksa dimasukkan benang.

Difahamkan, sebanyak enam benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina dan perkara itu sekali gus membuatkan ramai yang seriau melihat proses berkenaan.

Enggan tindakannya disalah erti, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, kemudian menegaskan bahawa keputusan untuk membuat rawatan itu hanyalah untuk membaiki keadaan wajah dan bukan untuk mengubah rupa bentuk.

May be a close-up of 1 person and standing

“Kaklong tak nak hidung Angelina Jolie sebab kaklong rasa hidung kaklong paling cantik.

“Kaklong taknak pergi kopak kulit muka kaklong sebab kaklong nak jadi muka budak 16 tahun dah sah-sah kaklong 40-an. Itu merubah namanya bukan membaiki,” katanya.

Jelasnya, dia cuma mahukan dirinya seperti dahulu yang lebih ‘presentable’.

“Setelah Kaklong dihina selekeh, tak pandai jaga level, gemoklah, do i cares?

“Kaklong sekarang menjaga dan menghargai apa yang kaklong ada.

“Kalau ‘sagging’ kita tegangkan, kalau gemok kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam, kikis sana sini, jangan!

“Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jangan yang kekal,” katanya.

Sementara itu menerusi posting berasingan, Amelina turut berkongsi perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan tersebut.

May be an image of 1 person

“Kaklong dah cakap dah kaklong memang cantik daripada 30 tahun lepas, korang tak percaya.

“Ada ke nampak yang diubah? natural kan? Tetap muka Amelina tetapi nampak lagi fresh dan tegang dan yang kaklong suka sekali structure kulit kaklong pun elok dah.

“Paling penting hidung kaklong tu lagi terletak macam masa kaklong anak dara,” katanya.

Biarpun ramai yang memuji perubahan Amelina itu, namun tidak kurang juga komen-komen ‘nakal’ yang mendakwa tindakan penyanyi itu seperti mengubah kejadian asal.

Tetap dengan pendiriannya, Amelina kemudian menegaskan dia hanya menegangkan kulit dan tiada sebarang perubahan dibuat.

“Insya-Allah tak, nanti tengok yer before & after. Cuma kulit tegang jer lah pun.

“Kalau adik ada nampak yang kaklong ubah bagi tahu ok. Tunjuk satu-satu sama ada kaklong buang ke atau kaklong tambah.

“Risau juga kan nanti timbul fitnah pula,” katanya.

Sekadar info, rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher.

Rawatan ini dianggap sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat dan kurang ‘invasive’ berbanding pembedahan ‘facelift’ tradisional.

Difahamkan, benang khas akan digunakan untuk menegangkan bahagian kulit yang ingin dicantikkan supaya keadaan wajah akan kelihatan ketat dan anjal.

Komen2 Netizen,

Halimatu Saadiah – Dah nak tegang knp..mmg klu nak umor meningkat kulit muka akan berkedut..dah lumrah kejadian Allah mcmtu…berwuduk jerlah..wemoga wajah bercahaya di pdg mahsyar nty.

Zuraita Mohd Anua – Sy tk tahu nk ulas hukum perbuatan dia cuma pada saya, age gracefully adalah perkara terbaik yang semua wanita patut lakukan. Setakat pakai moisturiser, serum, essence dsb utk menjaga kulit tu takpe. Bila dah guna teknik kosmetik macamni utk menahan penuaan, maaf cakap memang takkan cantik sudahnya. Orang biasanya akan lebih obses utk try yang lain pulak nnt bila dah mula. Elakkanlah. Ingat orang tak boleh tahu muka buat dengan muka asli?

Epah NeLee – hmmm….seram, biar la kedut muka sy. nak awet muda begini ya??? pttlh ada yg sdh berumur kulit masih tegang.

Salmah Yàacob Sepi Perindu – Ko dah kenapa…nk ubah ciptaan Allah ke….Allah dah bg yg terbaik dah…masih x puas hati lagi ker…..Allah Hu Akbar….klau dah tua..memang x leh lari dri rupa yg berkedut..

Siti Zawiyah Md Sharif – Skrg kata tanam benang…sok org kata muka semakin cantik walaupun umur dah meningkat..kata la amalkan petua nenek moyang la..minum air kosong la..mkn jamu itu ini la ..cehhh

Alang – Awak bila susah x cukup duit mintak netizen bantu,bila rezeki melimpah ruah ko buat benda melalaikan…..pastu jgn ko cakap rezeki ko sempit pasni..bila ada lebih jadi lalai..

Masliza Ambari – Elehhh..dlm kubo sok jd tengkorak jugak kannn…dah mengubah kejadian pun masih X ngaku jg.. nauzubillahiminzalik…bnyk sgt mati mengejut skg ni, mudah2han jd asbab hidayah..beruntung kita Allah masih beri kita masa.. semoga pengakhiran kita husnul khotimah….suka tgk artis2 dr freehair pelan2 hijrah tutup semua,tp sedih tgk dr elok bertutup,X segan silu tayang aset tanpa rasa bersalah..lg2 yg dah makin berumur.

Hakimi Zainol – Tanam benang untuk nampak cantik, sedangkan dah cantik pun kalau tak tanam benang, dikira mengubah kejadian Allah.. melainkan kalau muka memang kelihatan huduh diatas musibah dan menimbulkan segala cacian, fitnah, itu itu dibolehkanlah..

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*