Mengejutkan Tular Satu Video Air ZamZam Sudah Tidak Boleh Dibawa Balik Dari Tanah Suci




Sejak Kota Suci Mekah membuka semula pintu sempadan untuk urusan haji dan umrah bagi rakyat negara luar, ramai yang mulai merencana jadual untuk pergi beribadat ke sana.

Walaupun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang agak ketat, namun ia bukanlah alasan untuk umat Islam kembali memeriahkan Masjidilharam sama seperti sebelum pandemik melanda dunia.

Tular video di airport Arab Saudi

Akan tetapi, sebelum berangkat ke sana, satu akaun TikTok menggunakan nama @masjidbesi telah membuat pesanan kepada umat Islam yang ingin berangkat ke sana supaya tidak membeli atau membawa pulang air zamzam ke Tanah Air kerana ia sudah tidak dibenarkan.

Dalam video tersebut juga, @masjidbesi meminta para mutawif supaya memberi peringatan kepada jemaah-jemaah supaya tidak membawa pulang air zamzam walaupun sekadar 5 liter sahaja.

Ia telah menjadi salah satu barang larangan dan air zamzam juga tidak ada dijual di lapangan terbang. Hal ini merupakan arahan terbaru dari kerajaan Arab Saudi sendiri.

Ramai yang meninggalkan komen

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, warganet mulai tertanya-tanya dengan peraturan terbaru dari Arab Saudi dengan tidak membenarkan air zam-zam dibawa keluar dari negara tersebut.

Mereka juga menzahirkan rasa sedih terutamanya bagi mereka yang belum berpeluang pergi ke Kota Suci itu. Walau bagaimanapun ada yang bersangka baik bahawa larangan tersebut adalah salah satu langkah yang diambil untuk membanteras penjualan air zam-zam dengan harga yang sangat tinggi.

Ada yang teringin sangat minum air zam zam

Dah lama jugak tak dibenarkan

Sebab banyak kes penipuan

Air zamzam tak boleh dijual, tapi ada yang degil

Mungkin risau disalahgunakan

Dulu2 sorang boleh bawa 1 botol besar

Mungkin hanya sementara

Walau bagaimanapun, menerusi Utusan Malaysia, pihak Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris memaklumkan bahawa berkemungkinan larangan tersebut hanya sementara  berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.

Hal ini susulan tularnya video berkenaan larangan membawa pulang air zam-zam yang dimuat naik ke aplikasi TikTok.

“Bagaimanapun, tiada halangan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah. Kita berharap larangan ini hanya sementara di Jeddah dan jemaah dapat membawa pulang air zamzam dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Sumber: TikTok @masjidbesi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*