“Ko Dah Habiskan Duit Nak Tunjuk Straight Tapi Anak Pula OKU” – Ini Luahan Dr Say




Doktor selebriti, Dr Say Shazril terkilan dengan kata-kata pengguna media sosial yang menulis komen melampau mendakwa dirinya berhabis wang ringgit demi membuktikan dirinya lelaki sejati.

Lebih mengecewakan, anak sulungnya, Ace, dilabelkan sebagai anak OKU ekoran daripada perkongsian Dr Say mengenai gangguan perkembangan neuro atau autisme anaknya sebelum ini.

“Kau cakap menyesal tu sebab senang cerita jer, kau tu gay yang berpura-pura minat kat perempuan. Bila tengok anak jadi macam tu, terus kau rasa nyesal sebab kau dah habiskan duit semata-mata nak tunjuk straight tapi anak pula OKU. Bodoh amat… gi sayang anak kau lah tanpa syarat,” tulis individu berkenaan.

Justeru, Dr Say merayu kepada pengguna media sosial agar membaca isi kandungan bahan yang diterbitkan di platform berita agar tidak melulu membuat kesimpulan yang tidak munasabah.

“Saya okey ja nak tuduh apa jua orientasi saya, biasa kena dah. Tapi to pick on my son terpaling kurang ajar! Tak baca full cerpen dan buat assumption.

“Tak tahu pula selama ini straight guys perabih duit just to be straight, aduhai content perbincangan kau.

“Tak apalah, I maafkan you dan I tak merniat untuk mengambil tindakan atas dakwaan fitnah you tapi I harap you akan tahu situasi sebenar apabila membaca artikel penuh sebelum membuat status sebegini.

“Aku dah rujuk pakar kanak-kanak, aku tak habis duit untuk buktikan aku straight, aku tak gay dan yang paling penting aku sayang anak aku unconditionally.

“I wish you all the best in your sex addiction recovery. Jangan frust aku straight,” tempelak Dr Say.

Terdahulu, Dr Say tampil berkongsi perkembangan neuro anak pertamanya, Aezriel, 2 tahun, yang disahkan menghidap mild autisme.

“Sedih, Menangis, Menyesal…”- Dr. Say Terdiam & Terduduk Bila Anak Disahkan Autism

“Sedih, Menangis, Menyesal…”- Dr. Say Terdiam & Terduduk Bila Anak Disahkan Autism

Doktor selebriti, Dr. Say tidak dapat menggambarkan perasaannya selepas doktor mengesahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghidap Austism tahap sederhana.
Dr Say memberitahu pada mulanya dia seperti tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana ia amat menyedihkannya.

“Dr Cindy cekap, tak perlu masa yg lama untuk dia come to a final diagnosis yang Ace moderate autism. Terduduk saya dibuat perkataan “moderate” tu. Saya menjangkakan yang Ace hanyalah mild autism sebab bagi saya tak berapa kuat ciri-ciri autisticnya. Dunia saya jadi blank. Saya tak boleh terima.

“On the way back saya terdiam because it’s too much for me to grasp. Soalan yang sama keep on berulang dalam kepala saya “Kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?”.

“Menangis saya sepanjang perjalanan pulang sebab autism ni bukan macam penyakit yang makan ubat boleh sembuh but it’s a condition yang akan stay with him lifelong. Tulis ni pun buat saya berlinang air mata,” katanya.

Pengacara Tanya Doktor itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Kata Dr. Say perkongsian itu dibuat supaya memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana tentang perkembangan anak-anak

“Mak dan bini saya larang saya cerita benda ni tapi I think it’s necessary so that parents out there ambil peka dengan perihal akan perkembangan anak-anak.

“Jangan jadi alpa seperti saya “takpe bagi masa dulu” atau “biasalah anak lelaki cakap lambat”.” Pesannya.

Pun begitu, Dr. Say memberitahu dia kini sudah mula sedikit demi sedikit menerima kenyataan tersebut dan cuba membantu sehabis baik buat anaknya.

“Slowly I am accepting the fact that my son is gifted. Sedih, menangis, menyesal tak berguna sebab it won’t change the fact that my son is autistic.

“Apa yang kami perlu lakukan sekarang is help him through intervention. I am lucky and blessed bini peka dengan kelainan Ace awal-awal dulu dan mujur kami dah start terapi awal-awal dulu or else mungkin lain diagnosis Dr Cindy terhadap Ace.

“InsyaAllah November kami akan start terapi Ace sekali lagi. Kalau dulu 2 kali seminggu terapinya, kali ni kami tingkatkan kepada 3 kali seminggu. Gonna give my best to my son. Daddy is going to stay with u till my last breath,” luahnya.

Isteri Dr Say, Dr. Azura baru sahaja melahirkan putera keduanya melalui proses pembedahan pada 18 Ogos lalu.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*