Pensyarah Fiqh Makanan Semasa Beri Komen Ikan Siakap Yang Mencecah Ribuan Riggit, “Jika Harga Dinyatakan Awal, Peniaga Tak Salah”




Kuala Lumpur: Tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli tercapai jika kedua-dua pihak meredai (al-taradi) harga yang sudah dipersetujui lebih awal.

Pensyarah Fiqh Makanan Semasa, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, apa yang menjadi kesalahan dalam Islam jika tiada harga dinyatakan atau tidak dibincang atau dimaklumkan lebih awal.

“Kebiasaannya mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya Islam atau bukan Islam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram (gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu.

PROF. MADYA DATO' DR. MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM | Institut Islam Hadhari (HADHARI)

“Kalau itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara al-taradi iaitu reda antara dua pihak.

“Sepatutnya kita sebagai pelanggan yang hendak makan perlu mengira kos keseluruhan sebelum menerima atau meminta pihak peniaga memasak ikan itu. Jangan bila sudah keluar bil kita terperanjat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penularan resit harga ikan siakap seberat 7.48 kg yang mencecah RM1,196.80 di restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Pelanggan Terkejut Tengok Harga Seekor Siakap Langkawi, Melayang Duit Sebanyak RM1,196

Mengulas lanjut isu itu katanya, perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar ditegah Islam berikutan boleh mendatangkan fitnah apatah lagi menjatuhkan periuk nasi pihak lain.

“Apa yang berlaku hari ini ada niat tak baik jika pihak yang menyebarkan ini dia faham dan mengetahui harga ikan itu lebih awal ketika ditimbang maka tidak bagus dia menyebarkan perkara tidak sepatutnya kerana ia akan memburukkan nama pihak peniaga.

“Jadi janganlah kita menampakkan yang kita ini tidak tahu halal haram serta tidak menjaga sensitiviti orang lain hingga menjatuhkan periuk nasi mereka.

“Kalau kita hendak makan, buat cara hendak makan jangan sampai kita mendedahkan atau sebarkan benda yang tidak sepatutnya itupun boleh jatuh fitnah,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pelanggan memuat naik resit dengan jumlah bil keseluruhan makanan dan minuman mencecah RM1,759.50 termasuk perincian harga dan berat ikan siakap berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook, pelanggan itu memaklumkan dia menyampaikan teguran dan nasihat kerana tidak berpuas hati dengan harga serta berat ikan itu yang dirasakannya tidak sepadan untuk tujuh orang makan.

Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit pula mendakwa, harga berkenaan sudah dinyatakan dalam menu iaitu RM16 setiap 100 gm serta mencadangkan pelanggan itu memilih ikan lain yang lebih sesuai sebelum dimasak, namun dia tidak berbuat demikian.

Selepas Ditanya, Pemilik Kedai Dedah Apa Yang Pelanggan Cakap Walaupun Dah Tunjuk Saiz Ikan Siakap

LANGKAWI: Sejak beberapa hari lalu, kisah pelanggan yang mend.akwa menjadi m.angsa cekik d.arah sebuah restoran di pulau peranginan Langkawi menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan d.akwaan yang dibaca di media sosial, pelanggan berkenaan berkongsi cerita terpaksa membayar RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram.

Seperti yang dapat dijangka, perkongsian itu mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen menyebelahi pelanggan berkenaan dan menyifatkan t.indakan pemilik restoran menjual hidangan ikan siakap pada harga sedemikian sebagai mel.ampau.

Memahami sentimen orang ramai yang tidak berpuas hati dengan t.indakan itu selain menghamburkan kata-kata kurang manis, pemilik restoran berkenaan tampil mempertahankan diri.

Menurut pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa, ada sebab kenapa hidangan harga ikan berkenaan dijual pada harga RM 1,196.

Katanya, selama 11 tahun diternak, ikan siakap itu diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya dedak seperti ikan komersial lain.

“Kita tak bagi makan dedak, kita bagi ikan kecil yang dibeli daripada nelayan lain yang baru ditangkap kepada ikan-ikan yang dibela di dalam sangkar di sini.

“Bayangkan 11 tahun saya bela ikan tu, berapa banyak kos untuk ikan tu? Berapa ratus kilogram yang ikan itu sudah makan, tak mungkin saya nak jual dengan harga seperti ikan yang seberat dua kilogram?” katanya kepada wartawan ketika ditemui di restoran tersebut di Taman Geoforest Karst Kilim di sini, hari ini.

Selepas menerima tempahan dan sebelum ikan berkenaan dimasak, pelanggan berkenaan, kata Norasyikian, sudah dimaklumkan berulang kali bahawa ikan siakap yang diingini itu adalah ikan pameran dan berusia 11 tahun.

Bahkan, dalam masa sama, Norasyikin juga mencadangkan ikan yang lebih kecil sekitar 1.5 kilogram dengan harga RM 16 bagi setiap 100 gram.

Bagaimanapun, pelanggan itu, jelas Norasyikin, bertegas mahukan ikan siakap tersebut.

Norasyikin juga amat yakin, pelanggan tersebut telah dengan jelas mengetahui nilai ikan tersebut sebelum dijadikan hidangan.

“Dia ambil satu ikan saja sebab saya cadangkan ambil satu ikan sebab ikan itu terlalu besar saiznya. Saya beritahu dan ingatkan dia sampai ke meja makan encik jangan ambil ikan itu terlampau besar kalau dah besar ambil satu cukup, tapi dia beranggapan saya seolah-olah tidak mahu jual pula,” kata Norasyikin mempertahankan dirinya.

Menurut Norasyikin, ikan siakap yang diternak itu dipelihara dan dijaga seelok mungkin selain dipastikan kawasalan keselamatannya juga berada di kedudukan tertinggi.

Dalam aspek itu, pengawal keselamatan, jelasnya, diupah bagi memastikan ikan yang dibela tidak dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana kawasan sangkar tersebut adalah sangat gelap apabila malam tiba.

Norasyikin juga berkata, ini bukan kali pertama dia menjual ikan yang bersaiz besar daripada biasa kepada pengunjung yang datang ke restorannya.

“Kalau ada permintaan oleh pelanggan, saya tetap menjual ikan tersebut, tetapi saya tetap akan maklumkan ikan tersebut adalah sangat besar berbanding ikan lain yang mempunyai berat sekitar 800 gram ke dua kilogram.

“Sebelum ini, pelanggan yang menempah ikan tersebut bersetuju apabila dimaklumkan mengenai saiz ikan dan tidak pernah timbul m.asalah seperti ini,” kata Norasyikin lagi.

Sementara itu, sepasukan empat pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP cawangan langkawi mengambil masa lebih tiga jam melakukan siasatan di lokasi keja.dian serta mengambil keterangan daripada Norasyikin.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abdul Rafar Wahid, satu kertas s.iasatan telah dibuka bagi menyiasat i.nsiden tersebut.

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*