Berajaya Menewaskan Calon ‘Senior’, Asif Diumumkan Pemenang Kategori Artis Komedi Popular. Ini Kata2 Asif Sampai Kena Tarik Dgn Syahmi




KUALA LUMPUR: Remaja berusia 19 tahun, Asif Suhaimi mencipta kejutan menewaskan calon ‘senior’ apabila diumumkan pemenang kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Mula mengumpan peminat apabila muncul dalam Drama Spontan di YouTube disusuli filem bajet rendah, Mael Totey The Movie arahan sepupu, Syahmi Sazli yang mencetuskan fenomena pada era pandemik COVID-19, Asif mencuit hati dengan gelagat bersahaja dan dialek Kelantan.

Asif yang mengalami autisme, menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce yang bersaing dalam kategori sama.

“Terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tidak lokek mengundi saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sanak-saudara… Semualah. Kalian terbaik!.

“Saya gembira terima anugerah ini. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan ini,” katanya yang ditemani sepupunya, Syahmi pada Malam Kemuncak ABPBH 34.

Ditanya apakah kemenangan itu akan mengubah sikapnya, Asif menafikan perkara itu.

“Sama sahaja… Tiada yang berubah. Saya masih Asif yang dahulu. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bersemangat berkongsi kelebihan yang ada di sebalik kekurangan diri.

“Saya tidak akan lupakan jasa dan kebaikan Syahmi yang membuka jalan selama ini,” katanya yang akan memulakan penggambaran filem baharu, 35 MM arahan Syahmi, tidak lama lagi.

Ketika tampil mengambil trofi secara langsung, Syahmi di lihat mengiringi Asif dan mengigatkan Asif untuk memberi ucapan kerana masa yang di berikan hanya 5 saat sahaja

Tampak gugup, Asif terus spontan memberi ucapan berikut kepada peminat beliau

“Assalamualaikum selamat petang dan selamat malam terima kasih banyak-banyak, mari sini, atas pentas”

Filem Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.

Filem yang mula ditayangkan pada 22 Oktober tahun lalu itu dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.

Pembikinan filem berkenaan juga menarik perhatian kerana kos menghasilkannya hanya kira-kira RM400,000 yang dibiayai Syahmi sendiri.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kemenangan Asif

“Tahniah asif n syahmi yg byk membantu,ank2 istimewa ni”

“Samat pete, samat malee. Terima kasih datang majlis ini”

“Hahaha. Lucu bah dia ni. Tahniah Asif. Molek”

“Alhamdulillah thniah rezeki Asif”

Selain itu,

Kamal, Uqasha pertahan trofi

Pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose menggondol trofi kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular bagi drama Perempuan Tanpa Dosa.

Pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengulangi kejayaan tahun lalu apabila menggondol trofi kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular bagi drama Perempuan Tanpa Dosa.

Mungkin rezeki bakal berkahwin, Kamal dan Uqasha mengetepikan calon lain iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana menerusi drama Saka Nan Sepi; Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose (Jebat); Syahmi Sazli dan Emaleen Minhad (Mael Totey The Movie) dan Nabil Aqil & Ika Nabella (Takut Ke Tak).

Kamal berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong karier seni mereka.

“Terima kasih kerana menghargai karya kami. Kami sangat terkejut dapat memenangi kategori ini sekali lagi.

“Kami tidak sangka kerana pencabar kami semuanya hebat.

“Alhamdulillah, ini semua adalah rezeki,” katanya kepada BH Online.

Kamal juga mengaku kejayaan pada ABPBH 33 membuka rezeki yang lebih luas kepada mereka.

“Banyak pihak yang berminat menggandingkan kami dalam drama. Namun, kami perlu lihat kekosongan jadual.

“Mungkin berkat bekerja secara ikhlas menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad, kami sekali lagi mendapat kepercayaan untuk drama Perempuan Tanpa Dosa.

“Kami tidak sangka drama lakonan menjadi hit sehingga menjadi pilihan peminat untuk kategori Gandingan Serasi Drama Popular,” katanya.

Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian ramai selepas bergandingan menerusi drama Setelah Terlafazanya Akad. Malah, gara-gara drama itu juga hubungan mereka mula akrab hingga mereka merancang untuk berkahwin.

Kamal, 35, menghantar rombongan merisik kekasihnya Uqasha, 29, pada April lalu.

Mereka sepatutnya disatukan, Jun lalu, namun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan perancangan untuk bernikah di sebuah pusat peranginan tanah tinggi, terpaksa ditangguhkan.

Sumber Samson

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*