Patut Boleh Joget Sakan Dlm Air Beramai2, Sunway Lagoon Tak Lɑnggar S0P PPN Rupanya, Ini Penjelasan Dari Pihak PoIis




SUBANG JAYA: Polis menasihatkan pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon menetapkan 1,000 orang dan ke bawah di taman air berombak taman tema air berkenaan dalam satu-satu masa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata siasatan pihak polis mendapati taman air berombak di taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 10,000 orang dalam satu satu masa tetapi mengikut SOP MKN Fasa 4 PPN hanya 5,000 orang dalam satu-satu masa.

“Menerusi video tular pada 6 November lalu terdapat seramai lebih kurang 1,900 orang di dalam taman tema air (water park) berombak tersebut dan masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut SOP.

 

Sunway Lagoon tak langgar SOP tapi setuju kurangkan kapasiti pengunjung

“Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon dan dinasihatkan hanya menetapkan 1,000 orang dan ke bawah boleh berada di dalam taman air berombak dalam satu-satu masa,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, pihak Pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon telah bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Pihak mereka turut memaklumkan akan mengambil langkah-langkah yang bersesuai bagi memastikan ianya dilaksanakan.

“Pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon juga akan sentiasa memastikan supaya semua pengunjung sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Pada Rabu, polis menyiasat video tular yang memaparkan keadaan sesak pengunjung di Taman Tema Sunway Lagoon di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook @Rizal Hakimm Punyer berdurasi 13 saat berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di taman tema tersebut.

Video berhibur di Sunway Lagoon tular, polis sahkan jumlah pengunjung tak melebihi kapasiti - Semasa | mStar

“Hasil siasatan awal, Taman Tema Sunway Lagoon boleh memuatkan seramai 40,000 orang dalam satu-satu masa manakala kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 adalah seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa,” katanya menerusi satu kenyataan sebelum ini.

Tambah beliau, pada tarikh kejadian berlaku iaitu 6 November lalu, terdapat seramai 3,513 orang pengunjung yang direkodkan berada di dalam kawasan taman tema tersebut.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya wujud pelanggaran SOP PPN Fasa 4,” katanya.

“Menerusi video tular pada 6 November lalu terdapat seramai lebih kurang 1,900 orang di dalam taman tema air (water park) berombak tersebut dan masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut SOP.

“Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon dan dinasihatkan hanya menetapkan 1,000 orang dan ke bawah boleh berada di dalam taman air berombak dalam satu-satu masa,” katanya.

Virus covid tidak merebak di dalam kolam renang,

It's Wipeout at Sunway Lagoon

 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa Covid-19 boleh berjangkit melalui air ketika berenang.

Walaupun virus ini tidak terbukti sebagai penyakit bawaan air dan tidak mungkin merebak dalam kalangan manusia melalui aktiviti rekreasi air, garis panduan keselamatan dan sanitasi kolam yang betul tetap menjadi keutamaan.

Presiden Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (Maswim), Richmond Ho berkata, untuk mengekalkan persekitaran air yang steril untuk kolam renang (terutama kolam awam), pembersihan menyeluruh, penapisan dan sanitasi adalah keperluan terpenting untuk melindungi diri kita daripada kuman dan bakteria yang berbahaya.

“Pembersihan kolam menjadi semakin penting untuk mengekalkan kebersihan air di samping melindungi badan dan kulit perenang, terutama kanak-kanak dan bayi daripada bahan kimia yang terkandung dalam air yang mampu menjejaskan kesihatan.

“Kolam renang awam memerlukan sistem sanitasi yang berkualiti untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, untuk menyesuaikan tahap klorin mengikut standard yang selamat dan bersih untuk perenang,” katanya.

Menurutnya, walaupun air kolam itu sendiri agak selamat dengan pembasmian kuman yang betul, perlu diingatkan bahawa terdapat risiko untuk jangkitan virus melalui titisan salur pernafasan apabila berada di tempat yang sesak akibat hubungan kontak rapat.

“Oleh itu, pengusaha kolam renang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sama ada di dalam dan di luar kolam renang bagi memastikan keselamatan perenang dan kakitangan operasi,” katanya.

Jelasnya, mereka yang merancang untuk berenang perlu juga memikul tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keselamatan mereka dan anak-anak mereka yang tidak lagi divaksin.

Amalkan beberapa langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri dan orang ramai di kolam renang:

1. Bawa bersama pensanitasi tangan dan tisu sanitasi

Apabila berada di ruang awam, agak sukar untuk mengelak daripada menyentuh permukaan yang terdedah. Oleh itu, pastikan anda membasuh tangan selepas menyentuh apa-apa permukaan atau objek di kolam renang seperti pemegang tangga. Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk lap meja dan kerusi menggunakan tisu sanitasi. Tidak ada salahnya untuk lebih berhati-hati demi kesihatan diri.

2. Bawa set peralatan renang anda sendiri

Apabila anda berseronok dalam kolam, sukar untuk mengelak daripada menyentuh hidung, mata dan mulut dengan tangan anda. Oleh itu, adalah disyorkan untuk membawa peralatan renang sendiri seperti gogal, papan tendang, pelampung dan sebagainya. Elakkan daripada meminjam peralatan ini daripada orang lain. Memandangkan virus Covid-19 mampu menular melalui titisan salur pernafasan dan permukaan yang dikongsi, ia tidak selamat untuk berkongsi peralatan dengan mereka yang bukan daripada keluarga dan rumah yang sama.

3. Penjarakan sosial dalam kolam

Penjarakan sosial perlu dikekalkan di dalam dan di luar kolam. Sambil berseronok dalam kolam, kita perlu memberi perhatian kepada penjarakan (sekurang-kurangnya enam kaki) antara orang di sekeliling kita pada setiap masa. Anda juga boleh menghubungi pasukan pengurusan kolam terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOP dan had kapasiti mereka. Untuk menikmati keseronokan bersama rakan dan keluarga tanpa rasa bimbang mengenai kontak rapat dengan orang yang tidak dikenali, anda dinasihati untuk menempah slot untuk ke kolam persendirian demi persekitaran yang lebih selamat.

4. Pakai pelitup muka apabila di luar kolam

Pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan yang sesak dapat mengurangkan risiko jangkitan sambil mengelak penularan virus. Walaupun anda tidak boleh memakai pelitup muka dalam kolam, pastikan anda memakainya setiap kali anda berada di luar kolam untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Sumber: Astroawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*