Tahniah Puteri Aishah Dalam Senyap2 Selamat Melangsungkan Majlis Pernikahan, Ini Suami Puteri Yang Bertuah




PETALING JAYA – Pelakon jelita, Puteri Aishah, 27, selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur sekitar pukul 11.15 pagi tadi.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Mohd. Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapanya, Sulaiman Abd. Rahman.

Dalam majlis tersebut, Puteri Aishah menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan 7 dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pelakon filem Pulang itu berkata, dia sudah lama menantikan saat untuk bergelar seorang isteri dan berharap ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),” katanya.

Bercakap tentang sifat suaminya yang dicintai, Firdaus, Puteri Aishah mengakui bahawa lelaki itu memiliki setiap ciri lelaki idamannya.

“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.

“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi ‘lampu hijau’ bahawa saya boleh teruskan kerjaya ini (lakonan) selama mungkin yang saya mahu,”katanya.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri Aishah dan Firdaus mengenakan busana berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia itu pula bakal diadakan di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.

Majlis akad nikah yang bertemakan konsep ‘From Dawn To Dusk’ itu mendapat sentuhan daripada Reka Teemor.

Sebelum ini, aktres berusia 27 tahun itu mengumumkan dia bakal mendirikan dengan ahli perniagaan berusia 29 tahun pada 21 November 2021.

Jurugambar rasmi iaitu CST Production turut berkongsi beberapa foto pernikahan pasangan tersebut yang mengenakan busana putih.

Sekitar gambar perkahwinan,

 

 

Terdahulu,

Genap empat hari mengumumkan akan bernikah dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun pada bulan ini, Puteri Aishah tampil mendedahkan wajah bakal suami.

Biarpun belum beredia menyatakan tarikh hari bersejarah mahu pun identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya, perkongsian gambar bersama insan tercinta menjadi petanda majlis pernikahan mereka semakin hampir

Jika sebelum ini bintang filem pulang hanya berkongsi gambar si dia dari belakang, semalam menerusi Instagram diperlihatkan pula wajah sebenar jejaka itu.

Mengenakan kemeja T Rona sama dengan buah hati, kemesraan tiga keeping gambar pra perkahwinan dalam mood santai sudah mampu menggambarkan kebahagiaan mereka.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman itu dilihat ditemani kekasihnya ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2021 di pusat beli belah Pavilion.

Biarpun dia turut berkongsi momen pada acara tersebut di laman sosialnya, ketika itu bakal suaminya mengenakan pelitup sehingga ramai tidak perasan dia adalah lelaki istimewa di hati Puteri Aishah.

Terdahulu, aktres Pulang itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan berusia 28 tahun, bulan ini, selepas dua tahun menjalin hubungan cinta.

Katanya, persiapan menuju hari bahagia berjalan dengan lancar malah sudah siap hampir 80 peratus.

Kedua-dua bakal pengantin mahu melangsungkan perkahwinan mereka dengan disaksikan keluarga kedua belah pihak namun mengikut prosedur operasi standard

Sumber Mstar/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*