Rumah Dipecah Masuk, Ida Dirogol Hingga Hamil. Aku Tanya Knp Tak Lawan, Jawapannya Buat Aku Terkedu




Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Aku Gohan. Aku cuma nak cerita sedikit pengalaman yang aku ada berhadapan dengan mngsa r0g0l. Aku malas ambil port nak sokong siapa, dan tak berminat nak berdebat siapa betul, siapa salah. Aku cuma nak cerita tentang kawan aku ni.

Aku ada seorang kawan perempuan, baik, solehah. Sama belajar dengan aku dulu. Orangnya ceria, kira kalau tengok watak dia, korang takkan tahu lah rupanya dulu dia adalah mngsa kepada ayahnya sendiri. Aku bagi nama dia ni Ida la nak senang cerita.

 


Masa aku tahun kedua pengajian di universiti, ida ni tiba tiba buka cerita tentang dia pernah kena r0g0l dengan ayah sendiri. Itupun sebab aku pelik, pasal aku nampak dia beli camera cctv tu secara atas talian. Dia tanya aku macam mana nak pasang benda ni.

Yelah, kita ni student, benda benda tu mahal ok zaman tu. Beribu ribu. Kluster kayangan je yang mampu beli. Nak buat apa kan.

Ida macam as if nothing happenned je cakap,

“Aku nak pasang kat rumah aku, aku risau adik adik perempuan aku”. Then lepas tu barulah dia buka cerita yang dia nak rakam ‘aktiviti’ bapa dia. Dia nak jadikan benda tu bukti, tunjuk ke mak dia.

At the same time, Ida ni dah contact lawyer untuk bantu dia report pasal apa bapa dia buat dari dia kecil. So, lawyer dan doktor untuk buat medical test semua dah ready lah kiranya bila dia nak buka kes ni.

So, cuti musim panas tu, Ida ni balik lah Malaysia dengan semangat kobar kobar nak pasang CCTV tu di rumah sendiri dan nak dakwa bapa sendiri.

Aku tak balik teman dia sebab parents aku jenis tak bagi balik. Duduk oversea tu biar bertahun tahun habis belajar baru balik. Pergi tengok negara orang puas puas. Cari duit sendiri, pastu pergilah travel. Tu pesanan ayah aku.

Bila Ida ni balik, gitu gini gitu gini (nak cerita kang panjang nau), akhirnya jadilah kes polis. So, si ayah ni dapatlah surat ‘larangan mendekati’ ke apa entah term dia. Aku pun lupa. Mana aku nak ingat term term akta apa bagai ni.

N you know what? Mak dia punyalah marah ke Ida ni sebab ‘kantoikan’ bapa dia punya perilaku. Kononnya bapa dia somebody la kat negeri XXX tu kan dan sangatlah dihormati.

 


Jadi seluruh keluarga malu la dengan tindakan Ida ni. So, apa lagi, mak dia pun bagi kata putus macam mak Sabariah dalam cerita Kasim Selamat, “Ko keluar dari rumah ni, ko bukan lagi anak aku kalau ko masih teruskan kes ni”.

Aku tak kisah kalau pembaca nak geram sebab aku pun geram ke mak dia sebab dia ni kerjanya sebagai guru. So bukanlah orang tak berpendidikan. Oklah, aku bagi nama mak dia Nyonya Mansoor. kekekekeke. Sesuai kan.

Oleh kerana Ida ni nak jaga hati mak dia, akhirnya dia pun tarik balik kes ni. Padahal kantoi juga rupanya yang si ayah ni ada skandal dengan adik Nyonya mansoor sendiri.

Dan suprisingly, Nyonya Mansoor pun tahu adiknya yang ustazah tu ada skandal dengan suami sendiri. (ok ini baru introduction, bunyi macam membawang la pula).

So, Ida ni balik semula ke universiti, belajar macam biasa sampai grad. Bila balik Malaysia , dia minta kerja jauh dari negeri asal dia. Kebetulan dapat sama negeri kerja dengan aku.

So, kehidupan kita macam biasalah. Aku tak adalah nak tanya lebih lebih pasal kes beberapa tahun lepas tu. Masing masing mula sibuk macam tu la kan. Jenis aku, orang nak cerita, aku dengar. Orang tak cerita, aku pun tak nak kepoh ambil tahu.

Tiba tiba one day dia cakap nak datang rumah aku. Aku pun ok jelah sebab almost tiap 2-3 bulan sekali memang kitorang akan meet up, lepak tepi pantai ke, hiking ke. Pergi muzium ke. Aku pun siap plan lagi nak bawa dia jalan mana, makan apa semua. Standard la bila member kita datang, of coz excited. Lama tak jumpa pula tu kan.

Dia drive dari tempat kerja dia ke rumah aku. Dalam 2-3 jam ada la juga. Bila sampai je, aku jemput dia ke rumah. Sembang macam biasa tentang tempat kerja best tak, ada banyak makcik bawang tak, ada masalah, suka makan lauk apa kat kantin dan benda benda yang tak menambah manfaat lain.

Kitaorang sembang sampai lewat malam sambil makan megi macam zaman student dulu. Macam biasalah, Ida ni kan ceria orangnya. Aku pun jenis ceria la juga (overclaim pula).

Tiba tiba, si Ida ni cakap,

“Gohan, aku ada benda nak cakap ni”.

Kali ni muka dia berubah serius. Aku pun macam,

“Ha, cakaplah, apa?”

“Aku mengandung”

Sumpah aku tak salah dengar wei. Keluar dari mulut Ida, kawan yang solehah, baik apa segala ni. Adoi, aku tak tahu nak buat reaksi apa, tapi muka aku tetap cool. Tak ada buat muka amuk atau muka xpdc. Cool aje. Muka dia pun biasa biase je.

“Ok, so apa plan ko?”.

Aku tanya simple je. Muka tetap cool, tapi dalam hati tak tahu nak respond apa. Takkan aku nak menangis pula, tengok dia relaks je. Takkan aku nak gelak, orang bukan buat lawak pun.

“Sebab tu lah actually aku datang sini jumpa ko. Aku nak minta ko teman aku ke klinik untuk gugurkan baby ni. Aku dah survey klinik mana boleh buat”.

Kata Ida panjang lebar sambil bentang plan esok hari apa yang dia nak.

“Ok Ida, dont worry, aku teman kan. Cakap je mana, aku bawakan”.

Kebetulan memang klinik tu dekat dengan pejabat aku. Kira aku pergi pejabat, drop dia, dia setelkan urusan dia, dan lepas setel, aku ambil dia balik lah. Camtulah plan nya. Aku tak rasa aku sanggup masuk klinik tengok prosedur pengguguran bayi. Boleh trauma sis oi.

Serius, masa ni aku langsung tak halang apa apa. Sebab aku rasa aku tak berhak nak keluar ayat acah acah memahami, “aku faham perasaan kau, tapi sebagai muslim berdosa kita buang baby ni”.

Come on la, cakap memang senang. Tak kena kat badan sendiri memanglah kita boleh cakap macam tu kan. Bab ni kalau pembaca nak kecam pun kecamlah.

Ida pun tiba tiba buka cerita tanpa disuruh. Dia cakap ada orang pecah masuk rumah dia, dan r0g0l dia. Then aku cakap,

“Ko nampak siapa tak? apsal ko tak jerit, lawan atau buatlah apa apa yang macam dalam drama tunjuk kan. Gigit ke, tendang anu orang tu ke, takkan ko tak melawan langsung atau tak sedar?”

“Tak Gohan, aku memang tak buat apa. Sebab aku ingat benda ni mimpi. Sejak kecil bila ayah aku selalu sangat r0g0l aku, hampir tiap malam. Jadi sejak tu aku selalu mimpi benda benda ni. Sampai aku tak tahu itu tengah berlaku betul betul ke hanya mimpi sahaja. So, aku memang ingat masa kejadian tu mimpi, jadi aku memang tak buat apa”.

Ya Allah, sumpah time ni aku sebenarnya nak nangis. Rasa nak pelempang bapa dia pun ye kalau ada depan mata. Tapi aku buat cool je. Sebab Ida pun cerita sambil cool je. Setitik air mata pun tak ada. Puas bercerita, kami pun tidur. Aku pun tak tahulah aku tidur malam tu ke tak.

Esoknya, aku pun pandu kereta Ida, bawa sampai ke depan klinik gugur baby tu. Kitorang parking.

“Gohan, betulke apa yang aku nak buat ni?”

Hmmm. Masa ni memang aku tarik nafas panjang. Aku tanya,

“Kenapa ko nak gugurkan budak ni?”

“Mak aku suruh. Dia cakap, kalau aku bawa balik budak ni, memang dia tak kan terima aku selamanya. Ini bukan cucu dia”.

Nampak tak betapa mak dia boleh bawa watak Nyonya Mansoor. Nampak tak guys??

“Ko tahulah Gohan, aku dengan mak aku dah gaduh besar pasal kes bapa aku dulu. Aku tak nak gaduh lagi pasal kes ni”. Tambah Ida.

Masa ni dah mula keluar drama air mata. Aku pun melalak sama. Entah macam mana nak masuk office jumpa students mata bengkak ni. Adoiyai.

“Ok. Itu permintaan mak kau. Kau sendiri macam mana?”. Tanya aku.

“Aku nak simpan budak ni, aku nak jaga dia. Dia dah duduk dengan aku 4 bulan. Ko ingat tak kita pergi camping dan hiking gunung XXX bulan lepas. Masa tu aku pregnant dah, tapi aku tak tahu. Punyalah kuat baby ni, aku tak gugur pun waktu hiking, padahal kita hiking dahsyat juga meredah air terjun bagai. Aku pun rasa baby ni kuat. Aku nak jaga dia”

“Macamni lah Ida, aku bukan mak. Aku tak pernah lahirkan anak, kahwin pun tak. Apa kata kau cuba call mak aku, kita sembang sembang dengan mak aku. Mungkin mak aku boleh beri pendapat lebih baik dalam konteks nasihat seorang ibu. Aku tak boleh bagi yang ni”.

Lepas tu aku call mak aku. Mak aku ni memang baik dengan Ida ni sebab sesekali ada Ida datang ke rumah aku (aku duduk dengan parents), bermalam sehari dua kan.

Mak aku m4ti-m4ti tak benarkan Ida gugurkan baby tu.

“Tak apa Ida, makcik jaga anak Ida, biar makcik jaga. Ida boleh bersalin kat sini, makcik boleh jaga Ida juga”.

Aku ingat lagi suara mak aku di hujung telefon. Aku bangga dengan mak aku.

“Ida, macam ni lah. Mungkin mak kau tak terima, tapi aku rasa ramai mak mak lain akan terima, Ida. Kau fikir macam ni, kita ni bujang, Allah tak rezekikan kita untuk bertemu jodoh dengan sesiapa lagi. Manalah tahu, hikmah dari ini, kau ada anak sendiri, kau boleh didik sebaiknya, kau boleh berikan agama sebaiknya”.

“Inilah ladang akhirat kau, yang akan mendoakan kau pagi petang siang malam. Mungkin ini caranya Allah nak datangkan tinggalan ‘doa anak yang soleh pada kau’. Kita ni belum tentu berjodoh untuk ada anak sendiri. Mungkin ini ‘rezeki’ kau”.

Kata aku. Ini je kata kata nasihat yang aku bagi dari sepanjang dia menceritakan masalah ini malam tadi.

“Tapi aku faham, tohmahan masyarakat, nasib budak ni nanti tidak mudah. Imej kau sebagai pendidik pun akan terjejas, maruah kau dan keluarga dan macam macam lagi masalah lain akan muncul kemudian nanti. Dan aku pun tak berhak untuk buat keputusan untuk kau. Kau fikirlah betul betul. Kau timbangkanlah options mak kau, mak aku dan kata kata aku”.

Aku beri kata nasihat, terakhir. Berjam jam kami di dalam kereta, di hadapan klinik berbincang. Sambil Ida menangis nangis. Tak tahulah apa perasaan orang yang lalu lalang melihat kami. Mesti orang ingat aku tengah maki maki Ida sampai dia melalak lalak.

Lama Ida diam. Mengesat air mata. Aku pun termenung. Menunggu jawapan Ida.

‘Okla gohan, aku nak jaga baby ni. Terima kasih gohan. Aku minta tolong kau hantar aku ke zoo, aku nak tengok binatang. Nanti habis kerja, kau ambil aku kat zoo ye. Kau kena masuk office kan?’ Kata ida, kembali mengukir senyum. Rupanya tekad. Aku ingat lagi dia pegang perutnya dengan sebuah azam.

‘Kau betul ni, tak nak aku teman ke zoo? aku dah punch, boleh la meng’ulor’ sekejap. lagipun tak ada kelas hari ni’

‘Aku ok. Aku serius dah ok. Ko bawa aku ke zoo. Aku nak bagi makan burung, itik…’

Aku pun tinggalkan Ida di zoo, untuk masuk ke office. Sejak dulu aku tahu memang ida suka binatang, macam aku juga.

Dulu petang, selalu kami beri makan itik di tasik, mengejar arnab gemuk (hare bukan rabbit tau) dan berbaring di taman melihat keindahan tapi ganasnya burung fulmar dan bunga-bungaan. Berkelah dalam cuaca kesejukan. diserang burung kelaparan mencuri bekalan sandwich itu biasa.

Tak keterlaluan untuk aku katakan, aku dan ida mungkin lebih sukakan binatang dan alam daripada orang. Hahahahaha.

Lepas ida tu dah tenangkan fikiran bagi makan itik , burung n segala binatang yang ada kat zoo tu (4 jam dia lepak zoo sebab tunggu aku habis office hour, kalau tak tenang juga, tak tahulah aku dia nak bagi makan makhluk apa baru tenang), aku pun ambil dia.

Riak wajah dia dah tak nampak macam pagi tadi. Aku sms dia beberapa kali sepanjang di office. ‘ko ok? Ko buat apa ? seronok kat zoo? Ada binatang apa?

Dan soalan2 b****h lain. Just to make sure dia kekal hidup, tak buat benda b***h. Takut juga aku kalau tiba2 dia buat benda tak masuk akal. Viral kang. Tak pepasal aku famous kena interview ‘mangsa r0g0l terjun kandang polar bear’.

Aku memang tak teman dia kat zoo sebab dia insist nak menyendiri, so aku horm4ti. Knowing her, i know, dia boleh kuat hadapi ini semua sendiri.

Aku bawa dia balik rumah. Aku ingat lagi mak aku peluk dia. dan of coz, mak aku pun cool. Tak keluar air mata langsung. Keturunan kami memang cool belaka (selit lagu ice cream mat kool please). Mak aku peluk dia kuat2. Aku pun rasa cemburu tau.

Pada masa ini, sebenarnya keluarga aku dah tahu kes dia ni sebab mak aku dah berbincang tentang penjagaan dia dengan ayah aku dan kakak aku. Kakak aku dengan besar hati nak susukan anak dia nanti sebab kebetulan kakak aku pun pregnant.

Kiranya, kakak aku happy la ada gang ‘berpantang’ sama2 kata dia. Urut sama2, makan lauk membosankan sama2. Beli baju baby sama2. Ah…… sudah. dia ingat ni program camping sekolah agaknya.

Tapi, esok paginya ida minta izin untuk balik ke rumah dia (rumah sewa dia, bukan rumah mak ayah dia). Katanya, dia kena setelkan urusan pejabat.

 


Dia tak rasa dia boleh bawa perut yang bakal membesar ini ke pejabat dalam keadaan semua orang tahu dia berstatus bujang. Jawatan sebagai pendidik pula tu, jatuh maruah dia nanti. Jadi, ida decide untuk kemas semua barang. Dan lari dari rumah dan pejabat.

Ida terus kemas segala barang rumah, masukkan apa yang boleh ke dalam kereta. Dia tinggalkan segala kerjanya dan langsung tak datang kerja. Dia langsung tak maklumkan pada rakan pejabat dia dan membuatkan dia bakal dikenakan tindakan disiplin.

Ida drive sendiri ke negeri XXX yang jauh lebih 8 jam dari negeri aku tinggal. Serius aku masa ini ingatkan ida akan lari ke rumah aku sebab seluruh keluarga kami dah menerima dia, tapi tidak.

Usai sampai di negeri xxx, barulah ida hubungi aku. Terkejut aku. Rupanya ida ke rumah sewa adik perempuannya yang masih belajar di universiti. Ida kata dia nak menetap di situ, sehingga dia bersalin. Dia mohon adiknya merahsiakan keberadaan dia di situ.

Dia tak boleh duduk rumah aku sebab khuatir ada orang dikenali di situ (sebab kami senegeri kan) . Nanti kantoilah dia mengandung. 1 office akan kecam dia. almaklumlah, jenis kerja ida ni macam bersepah orang2 yang dikenali.

Dalam tempoh dia duduk di rumah adiknya, dia tinggalkan segala kerjaya dia. Maka kecohlah, dan akhirnya pihak pengurusan pejabat setelah gagal menghubungi ida berkali-kali, pihak pejabat pun menelefon maklumat waris dia (iaitu ayah/ ibu) dia di kampung.

Maka, kantoilah ida ini sudah lari dari pejabat, entah bersembunyi di mana dan menimbulkan kemarahan nyonya mansoor.

Jeng jeng jeng.

Nyonya mansoor terus ke rumah adik ida di negeri XXX dan of coz, memarahinya. Nyonya mansoor mempersoalkan kenapa ida sanggup tinggalkan kerjaya yang stabil demi budak entah anak siapa. Kenapa nak simpan budak yang masa depan gelap ni.

Nyonya mansoor dan suami membawa ida ke main office dan berjumpa pihak pengurusan pejabat ida, merayu agar diberi pengecualian atas tindakan kurang ‘waras’ ida.

Nyonya mansoor beria-ia mengatakan ida ada masalah kesihatan dan mohon diberi pengampunan, tetapi pihak pengurusan berkeras ingin laporan doktor sebagai bukti masalah kesihatan. Ida duduk membisu. Dibiarkan ibu ayahnya beria-ia merayu bagi pihaknya. Akhirnya ida ke kaunter pengurusan dan bersuara sendiri.

‘cik, saya ni mengandung anak luar nikah, saya dah tak boleh kerja di cawangan negeri YYY (negeri tempat aku kerja), boleh tak saya minta transfer ke cawangan negeri lain? Malu saya. Saya boleh cerita in detail, tapi berilah saya peluang jumpa pegawai yang sepatutnya’

Terkejut ibu ayah ida bila mendengar pengakuan berani m4ti ida. Seboleh-boleh mereka tak mahu sesiapa tahu ida mengandung. Malu dan memalukan kan. Ida dah tekad. Biarlah. Akhirnya, ida berjaya jumpa pegawai yang sepatutnya dan dapat ditukarkan ke cawangan lain dengan serta merta.

Aku tabik spring kat pegawai ni sebab bagus dalam bab menjaga kerahsiaan ida ni. Selalunya kat office aku, cerita aku beli makanan kucing kat shopee pun makcik cleaner boleh tahu tau. To cut it short, akhirnya, Ida diterima bertugas di cawangan di negeri xxx, tempat adiknya belajar. Ida kembali ke rumah adiknya.

Ida mula kembali bekerja. Perutnya yang makin membesar tidak menjadi isu di tempat baru kerana pekerja pejabat baru ini tidaklah begitu suka ambil tahu. Mungkin mereka ingat ida PJJ dengan suami kot. Depa pun tak kisah. Sesekali aku sms ida, tanya apa khabar.

Zaman2 ni bukan zaman whatsapp boleh selalu share pelbagai cerita. Kadang-kadang ida cerita dia sibuk buat kek untuk dijual sebagai pendapatan sampingan.

Kadang-kadang dia ajar kelas tambahan budak-budak. Ini semua sebagai persediaan menerima orang baru. Ida memang bertekad nak bersalin di negeri XXX. Melopong la kakak aku yang awal2 dah berangan nak ada gang bersalin sama-sama di rumah. Padan muka ko, kak. Hahaha.

Tinggal beberapa bulan sebelum ida bersalin, ida hubungi aku. ‘gohan, aku dapat mak angkat untuk budak ni?’

‘So, ko serius nak bagi kat orang? Ok ke orang tu? Bagus? ‘ tanya aku.

‘Ok, kak lina namanya. akak ni baik. Dah lama kahwin, belum rezeki ada anak sendiri. Dia ada ambil seorang anak angkat. Ni dia nak ambil seorang lagi. Anak aku ni. Aku dah pergi rumah dia. Dah jumpa dia. Lembut orangnya wei.’

‘Betul ni kau nak bagi dia?’

‘Yelah, lagipun, ko tahukan, mak aku takkan nak aku jaga budak ni. Mak aku dah warning ‘jangan balik kampung sepanjang aku berbadan dua’.Dia malu kalau orang/jiran2 nampak tiba2 aku mengandung. Apatah lagi bawa balik baby ni. Lagi la.’

Ah.. aku dah agak. Ni nyonya mansoor punya cerita. Tapi aku fikir2 balik. Kalau sememangnya akak itu baik hati, apa salahnya. Mungkin ini pengakhiran yang lebih baik untuk both, ida dan baby.

‘Tapi kan gohan , aku letak syarat. Aku nak sepanjang aku cuti bersalin, aku nak susukan dia. Dan aku cakap kat kak Lina, kalau tiap2 hari, minggu, bulan aku nak lawat anak aku, aku nak lawat. Aku tak nak putus hubungan dengan anak aku ni’

‘Pastu, kakak tu cakap apa? Ok? Kan drama banyak tunjuk kadang2 mak2 angkat ni tak bagi kita lawat’ kataku sambil gelak. Membuang keseriusan topik perbincangan.

‘Kakak tu cakap ok. Dia minta aku berpantang aja di rumah dia, jadi dia boleh jaga aku berpantang. Dan jaga baby sekali. Baik kan dia? Aku pun boleh susukan anak aku macam biasa, dan boleh melawat anak aku anytime. Jadi, aku rasa sesuai aku bagi baby ke kak Lina ni.’

Aku mengiyakan sahaja cerita ida. Macam aku cakap dari awal, aku ni bukanlah yang akan tiba2 memberi pendapat tak tentu hala. Mungkin ambil masa beberapa ketika baru aku boleh come up dengan nasihat yang lebih baik.

Beberapa bulan selepas itu, ida sms aku, katanya dia dah nak bersalin. Apa lagi, sebagai ‘superhero’ penyelamat planet namek, aku pun mohon cuti dari pejabat (cuti annual leave la, takkan cuti bersalin pula), aku ambil bas ke negeri XXX.

Aku pun excited nak tengok anak ida. Aku terus ke rumah sewa adik ida. Dan inilah kali pertama aku berjumpa bertentang mata dengan nyonya mansoor dan ayah ida. Lets call him Pakcik Jebon. Dah tak ada idea aku nak bagi nama apa ok.

Maaf cakaplah, aku memang tak boleh pandang kedua-dua wajah mereka. Tapi aku buat relaks. Buat cool. Tangan di hulur, bersalaman aku dengan nyonya mansoor. Ikut hati nak aku genggam sampai patah2 tangan dia, tapi, memikirkan ida yang baru lepas bersalin. Aku cool aja.

Pakcik jebon? Ha.. memang sepatah kata pun aku tak tegur. Aku buat tak nampak. Terkejut aku tengok kelibat mereka yang kelihatan baik-baik amat perawakannya.

Lagipun, ayah aku dah warning aku siap2 ‘kalau kamu lawat ida, kebetulan bapak dia ada, kamu jangan berani-berani tidur rumah dia, kamu pergi book hotel. ayah tak nak apa2 jadi kat kamu’ something like that la. so, aku lagilah malas nak beramah mesra dengan pak jebon tu.

Aku nampak ida sedang berehat di bilik, baby di ruang tamu. Tidur. Umurnya baru beberapa hari, mungkin. Aku tatap wajah baby ni. Tak bersalah. Kebetulan mak ida lalu lalang.

Sedang galak dia mengemas barang2 baby. Selimut, baju2 semuanya. Katanya nak kena cepat-cepat bagi baby ni ke orang. Aku beranikan diri aku bertanya. Aku berdoa agar aku tidak terkurang ajar dengannya.

‘Nak bagi orang? Nyonya tak sayang ke budak ni?’

‘Sayang? Gohan tahu kan budak ni siapa?’

‘Yelah, tapi kan dari ida kan. Ida sayang budak ni. Aku cuba meraih wajah simpati. Sebab aku tahu, disebalik itu, ida berharap sangat dapat menjaga baby nya sendiri. Yelah, ida berusaha ajar tusyen dan jual kek untuk pendapatan sampingan semasa mengandung kan.

‘Tak, sementara ada orang nak, ada orang nak jaga. Kita bagi.’

Aku menumbuk lantai. Ikut hati aku nak menarik kepalanya dan menghumban masuk dalam bonet kereta. Dua dua makhluk ni aku nak letak tengah jalan dan langgar dengan lori ulang kali.

Pak jebon Cuma menurut kata, memasukkan barang2 ke dalam bonet untuk dihantar ke rumah kak lina. Aku perhati sahaja kelibat mereka berdua mengemas barang, aku masuk ke bilik ida. Mengajaknya berbual.

‘Ko ok? Sakit bersalin? Tak sempat aku tengok perut ko masa besar. Ni dah kempis balik. Aisehmen. Ko ada ambil gambar tak?’ kataku sambil gelak sikit. aku memulakan kata. Aku tahu, mungkin ida hanya duduk di bilik menenangkan fikiran.

Ida Cuma gelak. Seronok dia menceritakan pengalamannya bersalin tanpa ‘suami’ di sisi. Aku pun mendengar dengan tekun. Lama kami berborak hingga tak sedar dah petang hari.

Sebenarnya banyak aku nak tanya , tentang hubungan ida dengan mak dan ayahnya dan macam2 lagi. Tapi, aku tak rasa ini masa terbaik membebankan otak ibu yang baru lepas bersalin ini. Kang meroyan, satu hal pula.

Petang itu, ida, baby dihantar ke rumah kak lina oleh Nyonya mansoor dan pak jebon. Kemudian mereka pulang ke negeri mereka setelah yakin ida ‘selamat’ di rumah kak lina.

Maka, bermulalah siri kak lina menjaga ida. Aku cuma melambai ida kerana tidak ikut sekali menghantar ida ke rumah kak lina. Aku berdoa ini adalah pilihan terbaik buat semua.

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*