Lelaki Tak Dikenali Tertidur Atas Bahu, Gadis Bingung Tak Tahu Nak Respon Apa




Seorang gadis seolah-olah terkejut apabila penumpang lelaki di sebelahnya tertidur di atas bahunya dipercayai di dalam sebuah kapal terbang ketika menuju ke satu destinasi, baru-baru ini.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, gadis berseorangan diri itu memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya bersama lelaki tersebut yang terlentok di bahu akibat terlena.

“Travel alone tapi tetiba mamat sebelah ni tertidur atas bahu i. Tak tahu nak respond apa ni,” tulisnya petang semalam.

Ciapan itu diulang kicau sebanyak 1,381 kali dan menerima hampir 3,400 tanda suka selain pelbagai reaksi serius dan berseloroh dalam kalangan warganet berhubung kejadian berkenaan.

Selain masing-masing berkongsi pengalaman berdepan situasi seperti itu, ramai menasihati gadis terbabit agar bertindak sesuatu kerana terdapat segelintir individu gemar mengambil kesempatan terhadap wanita.

Benda ni kelakar ke?

Sama la saya, pernah terjadi…

Jaga diri, ramai suka ambil kesempatan!

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet mendakwa gadis tersebut kononnya tidak tahu untuk bertindak berkemungkinan lelaki terbabit juga mempunyai rupa paras yang tampan.

Cuba kalau tak kacak, mesti ayat dia lain

Kalau tak ‘handsome’, tak sempat ambik gambar kan?

Antara konklusi boleh dibuat…

Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut daripada gadis berkenaan berhubung kejadian itu. Harap bukan sekadar ‘content’, tak elok sekiranya jadi ikutan gadis lain! Jangan mudah biarkan ‘stranger’ dekati kita.

Sumber: Twitter/OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*