Terbongkar Siapa Rupanya Pemilik Brabus Mewah Yg Tak Kisah Digunakan Untuk Bantu Mangsa Banjir, Harganya Bukan Calang-Calang




Hujan lebat yang turun membasahi Lembah Klang sejak Jumaat lalu telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan dan ada kawasan yang terpvtus hubungan kerana jalan dinaiki air.

Antara kawasan yang teruk terkesan dalam banjir kilat ini adalah Taman Sri Muda, Shah Alam di mana kenderaan biasa tidak dapat menyusuri jalan di sini. Justeru itu, sukarelawan yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda ramai yang tampil menghulurkan bantuan di kawasan-kawasan ini.

Namun, perkongsian Nedim Nazri Aziz di Twitter menarik perhatian ramai apabila salah seorang sukarelawan yang datang membantu menggunakan jentera mewah Brabus G700 6×6 untuk menghantar bantuan kepada m4ngsa banjir.

“Bless my brother DS Sunny, simpan rumah bagi kilat buat apa, nah dia ni bawa masuk kawasan banjir, l4nggar longkang & transfer stranded vlctim lagi,” tulis Nedim.

Rata-rata netizen kagum dengan pemilik kenderaan itu yang tidak kisah menggunakan jentera bernilai jutaan ringgit itu demi misi kemanusiaan. Rata-rata netizen turut memuji pemilik kenderaan tersebut dan berkata kenderaan itu sememangnya dicipta untuk menghadapi situasi ‘off-road’ sebegini.

Berdasarkan laporan paultan.org, Harga seunit Brabus G700 6×6 ini adalah RM3.2 juta (tidak termasuk cukai) dan adalah sangat rare untuk melihat kenderaan ini di jalanan.

Pemilik kenderaan tersebut adalah DSS Sunny, salah seorang collector kereta di Malaysia. Beliau sebelum ini sering terlibat dengan acara amal dan memberikan bantuan serta menderma bukan sesuatu yang asing baginya.

Terima kasih kepada DSS Sunny dan para sukarelawan yang lain yang sanggup berk0rban tenaga dan kenderaan dalam menyalurkan bantuan kepada m4ngsa banjir secepat mungkin. Jasa anda semua pasti akan dikenang.

Tak kedekut guna Brabus G700 6×6 yang ‘rare’ berharga RM 5 juta untuk beri bantuan banjir!

Hujung minggu lepas, salah seorang dari kami berpeluang untuk menyaksikan Brabus G700 6×6 di atas jalan. Ketika itu, tidak diketahui dari mana atau ke mana tujuan kenderaan pacuan 6 roda tersebut yang hanya ditawarkan sebanyak 15 unit sahaja di Malaysia. Namun rupa-rupanya kenderaan tersebut pergi menabur bakti.

Menurut satu hantaran oleh Nedim Nazri Aziz, model Brabus G700 6×6 tersebut dimiliki oleh Dato’ Sri Sunny, yang merupakan seorang pengumpul kenderaan mewah terkenal di Malaysia. Ketika perjalanan malam semalam, kenderaan itu rupa-rupanya digunakan untuk menghantar bantuan banjir kepada yang memerlukan.

Beliau bukan sahaja mempunyai Brabus G700 6×6 dalam koleksinya, malah beberapa kenderaan yang jarang ditemui (dan mewah) juga dimilikinya seperti Aston Martin Cygnet, Lamborghini Aventador dan Rolls Royce Phantom.

Tak kedekut guna Brabus G700 6x6 yang 'rare' berharga RM 5 juta untuk beri bantuan banjir! 01

Untuk model Brabus G700 6×6 ini, ia merupakan sebuah model ‘naik taraf’ daripada model Mercedes-Benz G63 AMG 6×6. Model Mercedes-Benz G63 6×6 tidak ditemui dalam pasaran pemanduan sebelah kanan namun pada tahun 2015, Naza Brabus telah menempah sejumlah 15 unit Brabus G700 6×6 untuk pemanduan sebelah kanan dan inilah model yang dimiliki oleh Dato’ Sri Sunny ini.

Model Mercedes-Benz G-Wagon itu sendiri sudah cukup berkuasa, dengan enjin 5.5 liter V8 bi-turbo DOHC 32-injap yang menghasilkan 536 hp dan 760 Nm yang ditala oleh AMG.

Tak kedekut guna Brabus G700 6x6 yang 'rare' berharga RM 5 juta untuk beri bantuan banjir! 02

Gambar dari Alain Motors

Namun, Brabus telah meningkatkan beberapa komponen untuk Brabus G700 6X6 yang menggunakan enjin yang sama, tetapi pengecas turbo lebih besar, downpipe ditukar ke saiz yang lebih besar dan catalytic converter turut digantikan dengan unit yang mengurangkan back pressure. Program ECU turut ditukar, dan hasilnya, Brabus G700 6×6 menjana 690 hp dan 956 Nm.

Menurut sumber Careta lagi, 956 Nm adalah had yang mampu dihamburkan supaya tork tidak ‘menjahanamkan’ enjin tersebut. Transimisi bagi Brabus G700 ini adalah automatik 7G-Tronic AMG Speedshift Plus dengan pacuan enam roda.

Harga sebelum cukai bagi Brabus G700 6×6 ini adalah sekitar RM 3.35 juta. Anggaran harga selepas cukai pula adalah sekitar RM 5 juta. Melihat harga tersebut, mungkin ramai yang akan menyimpan kenderaan ini dalam garaj namun tidak bagi seorang dermawan.

Sumber Hiburan AllHMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*