Dah Makan Banyak, Tiba-Tiba Nampak Benda Bergerak Celah Nasi Dengan Salmon.




BAYANGKAN apabila sedang enak menjamu selera, tiba-tiba terlihat sesuatu sedang bergerak di dalam makanan tersebut.

“Aduh terus kembang tekak, ghisauu,” tulis seorang warga maya di sebuah video yang dikongsikan Suzlina Baharim,39 baru-baru ini.

Video itu memperlihatkan seekor ulat sedang bergerak di dalam pinggan nasi yang sudah lebih separuh dimakan.

Bercakap kepada mStar, Suzlina atau mesra dipanggil Lin berkata, kejadian berlaku ketika dia dan rakannya sedang menikmati makan tengah hari mereka di sebuah kedai di Subang.

“Masa tu kami order Aglio Olio dengan Nasi Goreng Salmon, tapi masa tu officemate nak tukar makanan sebab Nasi Goreng Salmon tu agak sejuk dan berminyak.

“Tengah akak makan nasi goreng dengan salmon tu akak nampak macam ada benda bergerak, bila tengok ulat tu bergerak dari celah nasi dan ikan salmon,” katanya yang bertugas di sebuah syarikat minyak dan gas.

Lin yang menetap di Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang berkata, mereka terus memaklumkan perkara tersebut kepada pelayan di kedai terbabit.

“Muka dia (pelayan) terperanjat dan cepat-cepat dia nak ambil pinggan akak tapi akak minta balik sebab nak ambil video.

“Pelayan tu minta maaf dan mereka gantikan makanan akak dengan kek, kami juga tak perlu bayar makanan yang dimakan,” katanya.

Menurut Lin, dia bagaimanapun mengakui telah memuntahkan makanan yang dijamahnya itu sebaik sahaja pulang dari kedai makan terbabit.

Nasihat akak sebelum makan tengok dulu makanan yang di makan, jangan sangka kedai yang cantik, popular tak ada kekurangannya.

Lin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan populariti sesebuah kedai, sebaliknya pastikan restoran yang dipilih bersih.

“Restoran ni kali pertama kami makan, kedai bersih dan restoran ni popular di Subang.

“Cuma keadaan belakang restoran je agak kotor.

“Nasihat akak sebelum makan tengok dulu makanan yang di makan, jangan sangka kedai yang cantik, popular tak ada kekurangannya,” katanya.

Antara Komen netizen

Kat tepi cili merah tu ada ulat gerak2

Kalau dh termakan, buat-buat tak.nampk dah

“Gajah depan mata x nmpak, kuman seberang lautan nmpak plk” Hidup plk ulat tu..Putus selera

Protein tu.. supplements aduhaii matilanakk

Ni mesti ulat kat sayur..pernah terkena bila org masak kobis cina..masak pakai cincai jer

Ulat paling geli, mungkin ayam dah basi yg dihidangkan semula . Ulat tu duduk celah2 daging ayam.

Sumber Mstar/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*