Wanita Bersalin Dalam Banjir, Tindakan Pantas Jiran2 Bantu Redah Air Paras Leher Selamatkan Bayi, Ramai Sebak Bila Dengar Suara Bayi Menangis Dalam Air




Mangsa-mangsa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia khususnya di Selangor telah membuatkan ramai rakyat Malaysia terkesan.

Mana tidaknya keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan ada juga yang masih terperangkap didalam banjir membuatkan warganet yang melihat berasa hiba lebih-lebih lagi banyak video tular di media sosial.

Mahu bersalin dalam banjir

Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tutynooamalina apabila memuat naik video keadaan mereka cuba membantu seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang ditenggelami air.

Dalam perkongsian video tersebut, dapat didengar bunyi suara bayi menangis dan jeritan meminta tolong seorang wanita.

Jiran tetangga yang berada. Berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan.

Syukur, wanita tersebut akhirnya selamat melahirkan bayi walaupun dalam keadaan sangat tidak selesa.

Antara Komen2 Warganet

Ini adalah kejadian di kampung kebun bunga batu tiga shah Alam. Keluarga saya membantu jiran kami yang baru melahirkan!

Aku tak bole dengar la baby nangis dgn wanita minta tolong…sebak gila Siot…semoga Allah melindungi insyAllah

Kami cuba bantu sesama sendiri kerna air banjir dah terlalu tinggi dan ini adalah operasi menyelamat baby dan ibu yg baru melahirkan,

Bantuan lmbat tiba..mna p helicopterrrr..tggelam dek bnjir jgk ka..msa covid merata2 helicopter dok ronda..msa bnjir xnk ronda plk..xnmpk lg stkat nii

Jantung aku trus laju bila dgr baby tu nangis ,kenapa baby tu ?video sekerat jalan .. takde pangkal n hjung

Ramai juga yang ibu bersalin dalam banjir

Perkongsian yang dibuat oleh @tutynooramalina itu telah mendapat perhatian ramai kerana berasa simpati dengan situasi yang dihadapi oleh wanita tersebut.

Bersalin di rumah dalam keadaan air banjir di paras yang membahayakan memang sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi tanpa sebarang persediaan yang cukup.

Baby tu dipegang takut terjatuh dalam air

Allahuakbar, semoga diberi ketabahan

Sumber: TikTok @tutynooramalaina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*