Dikatakan Telah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Tak Sangka Ini Jawapan Ruhainies




Aksi mesra Zul Ariffin dan Ruhainies baru-baru ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Bagi peminat, ada yang kata mereka berdua nampak sweet dan segelintir netizen berasa kurang senang kerana Zul sebelum ini pernah berkata sudah tidak mahu menyentuh perempuan lagi.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, mereka dilihat saling berpegangan tangan serta Zul sempat memegang muka Ruhainies dan memusingnya ke arah kamera.

Sweet tak zul dan ruhainies?? !! Hehe 😂

Hangat diperkatakan sedang bercinta, ini jawapan Ruhainies

Berhubung dengan perkara itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas telah tampil memberikan penjelasan akan persoalan itu.

Menurutnya, hubungan mesra dengan Zul Ariffin hanyalah sekadar seorang rakan karib dalam industri sekaligus menepis dakwaan mereka berdua telah mendirikan rumah tangga.

Katanya, mereka berdua tidak mempunyai hubungan istimewa sebaliknya memang rapat sebagai rakan karib.

Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah netizen akan ‘bersua­ra’. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.

Video yang pertama dirakam ketika kami sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawat saya di set penggambaran dua hari lalu.

Difahamkan video pertama yang viral itu dirakam ketika Ruhainies dan Zul menghadiri Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Video kedua pula adalah ketika Zul melawatnya di set penggambaran dua hari lepas.

Ruhainies turut berkata mereka berdua sangat mengenali perangai masing-masing dan Zul tidaklah seperti yang orang ramai fikirkan. Selain itu, dia akui tidak marah pada pembantu peribadinya yang muat naik video itu di TikTok sehingga menjadi viral.

2nd Video

Sekilas fakta Ruhainies.

Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas (lahir 27 Julai 1992) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang dua watak, sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain. Selain pelakon, Ruhainies juga merupakan duta kepada produk jenama Ruza dan Ruhainies Rosy Secret. Beliau juga ialah adik kepada pelakon Risteena Munim. Selain itu, wajahnya agak seiras dengan pelakon Nora Danish.

Meskipun baru setahun jagung menceburi dunia lakonan, Ruhainies sudah mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak utama dalam drama Hello, Mr. Perfect! di Slot Akasia TV3, beliau bergandingan bersama Fattah Amin. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Waniey Zakaria dengan tajuk sama.

Sebelum berlakon dalam Hello Mr. Perfect, Ruhainies terlebih dahulu berlakon dalam beberapa drama, antaranya ialah Si Montel dan Sopeah Jin.

Pada tahun 2016, Ruhainies telah muncul dalam drama Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Ruhainies yang memegang watak utama dalam drama tersebut digandingkan dengan Azrel Ismail sebagai watak utama.

Beliau juga membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip sebagai pelakon utama membawa watak Marlina dan turut sama menjayakan drama ini ialah Ben Amir, Aishah Azman serta barisan pelakon yang lain.

Pada tahun 2017, Ruhainies muncul dalam telefilem bertajuk Katakan Tidak Pada Cinta yang bersiaran di TV2 pada 7 Mac 2017. Ia juga dibintangi oleh Azrel Ismail, Syuk, Fatimah Az-Zahra dan pelakon lain. Pada Jun 2017, beliau muncul dengan drama bertajuk Menantu Bilal yang mula bersiaran pada 2 Jun 2017 di TV3 menggantikkan drama Cucu Tauke Beras. Ia turut dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi, Talha Harith dan banyak lagi.

Dalam tahun 2018, Ruhainies muncul dalam dua siri drama, Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Bella dan Cinta Lemon Madu sebagai Haida serta telefilem Matilahnak sebagai Hannah Delicious.

Beliau muncul dalam dua telefilem, Ustaz Rock dan Ara serta siri drama Bisikan Cinta Ramadan. Pada tahun 2020, beliau bakal muncul dalam filem Seandainya Kau Ada.[

Pada April 2016, Ruhainies mengecam tindakan pelakon Janna Nick memuat naik video beserta kaspyen yang mencemuh dirinya di akaun Instagram pelakon itu dan menganggapnya sebagai kurang matang.

Beliau mengakui terkilan apabila Janna masih ingin memanjangkan isu pergaduhan mereka biarpun dirinya pernah membuat kenyataan secara terbuka kepada media sudah memaafkan kesalahan pelakon itu.

Perselisihan antara Ruhainies dan Janna mula menjadi bualan apabila Janna dikatakan menghasut Michael untuk menyingkirkannya sebagai salah seorang pelakon filem sulung arahannya, Kimchi Untuk Awak yang turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.

Salah faham itu bagaimanapun, terlerai apabila Ruhainies memilih untuk berdamai. Namun, tindakan Janna memuat naik video penjelasan Michael itu menghangatkan semula isu berkenaan. Mengukuhkan lagi andaian itu apabila Janna menulis kapsyen yang dianggap memalukannya.

Sumber: Beautifulnara/ Ohmedia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*