Salam Takziah, Suami Pelakon Anita Baharom Meninggal Dunia, Anita Dedah Kata-Kata Suaminya Yang Menjadi Kenyataan

PELAKON Anita Baharom berkongsi berita duka apabila suaminya, Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia di rumah mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi, Sabtu.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu.

Capture

Tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai pemergiaan suaminya itu, namun difahamkan, Allahyarham yang mempunyai penyakit kencing manis dijumpai tidak sedarkan diri di ruang bawah rumah mereka.

Menurut Anita, 38, suaminya ‘pergi’ dalam keadaan tiba-tiba tanpa dia sedari di ruang tamu rumah mereka.

“Sepatutnya pagi ini dia menghantar saya menghadiri sebuah pembentangan untuk satu program masjid. Selepas bersiap, saya melihat dia sudah terbaring di atas permaidani di ruang tamu.

“Saya ingatkan suami tertidur. Tapi bila saya kejutkan dia sudah tidak memberi respons. Tangannya juga sejuk serta kebiruan. Terus saya panggil orang masjid untuk melihatnya,” kata Anita ketika dihubungi

Bagaimana suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tanda-tanda pelik sebelum meninggal dunia secara mengejut.

Lebih hiba, kata-katanya suami bahawa dia akan ‘pergi dulu’ (meninggal dunia) sebelum dirinya kini menjadi kenyataan.

“Arwah tiada menunjukkan tanda-tanda pelik, cuma dia pernah cakap, dia akan pergi dulu sebelum saya,” katanya.

Ditanya mengenai proses pengurusan jenazah, Anita berkata semuanya akan diuruskan di rumah dan pihak masjid.

“Arwah pesan juga kalau dia meninggal dunia, kebumikan di kawasan tempat dia meninggal dunia. Jadi, kalau tak ada aral melintang, semuanya akan diuruskan di rumah atau masjid,” katanya.

Kata Anita, suaminya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang selepas waktu Zohor sementara menunggu ahli keluarga mertuanya dari Johor.

Anita memaklumkan berita pemergian suami tercinta melalui Instagram.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Ismail menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa daripada saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya di Instagram.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan punca kematian namun sebelum ini Anita pernah memaklumkan arwah suaminya menghidap penyakit kencing manis.

Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Anita iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Sekilas Fakta Anita Baharom

Anita Baharom (lahir 30 Januari 1983) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Anizah dalam siri drama remaja Dunia Baru (2006–2007) dan kembali menjayakan wataknya dalam adaptasi filem dan Dunia Baru Reunion.

Pada Mei 2019, Anita mendedahkan bahawa beliau disahkan menghidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) atau Lupus.

Pada tahun 2019, Anita ditugaskan sebagai wakil Yayasan Amal ke Sudan bagi menjalankan amanah rakyat Malaysia seperti aqiqah, korban dan al-Quran untuk diwakafkan.

Sumber Kosmo/WIKI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*