Setelah Tular Seorang Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sarapan Dikatakan Kerana Dos Penggalak, Isteri Arwah Tampil Beritahu Sesuatu




Rawang: “Suami saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Kematian dia bukanlah disebabkan dos penggalak seperti dakwaan tular itu,” kata Rabunah Abdu Rashid, isteri kepada Hamsan Hashim, 54.

Hamsan yang juga pekerja kilang di Shah Alam meninggal dunia ketika menikmati sarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, di sini, pagi hari ini.

Restoran Salam Sentosa Bistro di bandar Rawang

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja selepas mengambil dos penggalak.

Rabunah, 49, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan itu selepas dihubungi pegawai penyiasat kes berkenaan kira-kira jam 4 petang.

“Sebelum kejadian, suami memaklumkan dia mahu bersarapan dengan rakannya di restoran berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah kami sebelum pergi ke tempat kerja.

“Kira-kira 7.15 pagi, saya menerima panggilan daripada seseorang yang memaklumkan suami pengsan di restoran terbabit sebelum saya bergegas ke sana.

“Sebaik tiba, saya melihat suami sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia yang juga suri rumah berkata, suaminya menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan menjalani pemeriksaan perubatan setiap bulan di Hospital Selayang.

“Suami memang baru sahaja mengambil dos penggalak pada 12 Januari lalu, namun dia tidak mengeluh atau menunjukkan mengalami sebarang simptom serius kecuali lenguh pada bahagian tangan.

“Apabila saya dimaklumkan oleh pihak polis mengenai dakwaan itu, saya amat terkejut kerana saya tidak pernah menyatakan dalam laporan kematian suami ada kaitan dengan dos penggalak,” katanya.

Dos penggalak dari vaksin berbeza lebih berkesan: Pakar

Dia meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu berkenaan kerana pengambilan dos penggalak bukan penyebab kematian suaminya.

“Saya minta mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini supaya berhenti berbuat demikian. Saya dan keluarga termasuk tiga anak berusia antara 13 hingga 20 tahun reda dengan pemergian suami,” katanya.

Menurutnya, jenazah Hamsan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung kira-kira 3 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 7 pagi.

“Pemeriksaan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Serendah mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia.

“Isteri lelaki terbabit juga mengesahkan dia menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arsad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

“Hasil ujian saringan dilakukan mendapati lelaki itu negatif Covid-19 dan pihak doktor mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).

“Siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian lelaki berkenaan yang tular di media sosial.

Antara lain,

Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak – Mufti Perlis

story image

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihak berkuasa tidak seharusnya menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai susulan mengambil suntikan penggalak vaksin Covid-19.

Katanya, dia tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang telah mengurangkan penularan wabak Covid-19 dan mereka yang mengalami kesan buruk adalah golongan minoriti tetapi menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap nyawa.

“Banyak aduan tentang kesan yang serius selepas dos ketiga. Ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga alami. Tidak guna untuk menafikan.

“Benar, majoriti yang ambil tiada masalah. Saya dah ambil dos ketiga, tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah.

“Namun ramai juga yang datang jumpa saya cerita kesan yang mereka alami. Ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas dos ketiga. Oleh kerana mereka orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Mohd Asri mencadangkan penangguhan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan garis panduan dengan jelas mengenai siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga atau penggalak itu.

“State of denial (berada dalam penafian) tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka. Biar ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini,” katanya.

Mohd Asri sebelum ini menyatakan kebimbangan kerana bapanya telah dimasukkan ke hospital selama lebih seminggu selepas keadaan kesihatannya menjadi lebih teruk selepas mendapat dos penggalak vaksin Covid-19.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*