Neelofa Menghitung Hari Tunggu Kelahiran Anak Sulung, Akui Gementar, Doa Bersalin Secara Normal




BAKAL menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pengacara Noor Neelofa mengakui gementar menantikan hari kelahiran yang dijangka tiba pada bila-bila masa.

Menurut Neelofa, 33, dia dan suami iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz sudah membuat persediaan bagi menyambut kehadiran anak pertama mereka itu.

“InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini… kata orang tengah menghitung hari. Dekat dah ni bila-bila masa saja.

“Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.

“Daripada segi persiapan kena belajar banyak perkara. Saya baca buku-buku dan bertanya pada orang. Barangan baby pun semua dah siap,” katanya kepada mStar.

lofa

Neelofa doa dapat bersalin secara normal.

Bekas pengacara program MeleTOP ini ditemui semasa pelancaran perisa baharu susu jenama Nilofa yang diadakan di Bayswater KLCC, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon orang ramai mendoakan agar proses kelahiran itu berjalan lancar.

Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.

“Saya bakal melahirkan anak ini di Kuala Lumpur sahaja… terima kasih kepada yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan.

“Rupa-rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu merasai pengalaman mengandung dan melahirkan… itu satu perjalanan yang cukup berbeza.

“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami,” ujarnya.

nilofa susu

Neelofa masih sempat menghadiri pelancaran perisa susu terbaharu jenama Nilofa.

Sejak Julai tahun lalu, cerita tentang ‘baby bump’ Neelofa terus menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.

Aksi Neelofa mengusap perut semasa menghadiri prosiding kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan turut mencuri tumpuan orang ramai pada September tahun lalu.

Air delima pilihan Neelofa saat kehamilan.

Pelakon dan pengacara, Neelofa yang kini sedang sarat hamil bayi sulung berkongsi pengambilan pemakanan sejak awal kehamilannya.

Menurut bekas pengacara MeleTop itu, dia setiap hari akan mengambil air delima sebagai penjagaan kesihatannya sejak trimester pertama.

Bukan itu sahaja, Neelofa juga tidak ketinggalan untuk minum air mineral yang dicampurkan dengan beberapa helai saffron dalam minuman sehariannya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri pengacara itu menerusi Instastory di entri Instagram miliknya.

“Air delima saya minum dari trimester pertama lagi Alhamdulillah.

“Hampir setiap hari dan boleh kira berapa hari sahaja yang saya tinggal.

“Selain itu, jadi alang-alang saya minum air mineral, rendan sekali beberapa helai saffron. Moga dapat manfaat daripadanya,” katanya.

Baru-baru ini, Neelofa akhirnya membuka mulut berkongsi fasa terakhir kehamilan.

Bagaimanapun, suaminya yan juga pendakwah bebas, PU Riz enggan mendedahkan usia kandungan, hanya memaklumkan kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi pertamanya.

Neelofa mengidam nasi dagang

Keinginan selebriti popular, Neelofa yang kini hamil untuk menikmati nasi dagang tular akhirnya kesampaian.

Ia berikutan peniaga tempatan, Grannies memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Neelofa yang menempah nasi dagang untuk sarapan.

“Makanan sarapan untuk Neelofa. Alhamdulillah semoga Grannies terus memberi manfaat kepada ramai orang,” tulisnya dalam video berkenaan.

Sementara itu, dalam tangkap layar WhatsApp menunjukkan Neelofa menempah nasi dagang bagi memenuhi keinginannya sebelum melalui tempoh berpantang nanti.

“Teringin sebelum berpantang. Bayi dalam kandungan kenyang. Mak dia lebih kenyang,” katanya kepada peniaga berkenaan.

Pendedahan Neelofa mengenai keinginannya ini membuatkan ramai pihak ingin mencuba menu nasi dagang ini.

Walaupun tidak pernah mengesahkan berita kehamilannya, namun ‘baby bump’ Neelofa semakin lama jelas kelihatan.

Dia mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, di sebuah hotel terkemuka pada 27 Mac tahun lalu dan dijangka bersalin sekitar akhir bulan ini atau Februari nanti. Terdahulu, biarpun kisah kehamilannya hangat diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini, namun Neelofa masih mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’ mengenai perkara itu.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*