
Isteri kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ekin memaklumkan dirinya mengalami tekanan dan mental breakdown apabila diajukan soalan mengenai rumah tangga mereka. Hal itu susulan daripada ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota pada minggu lalu.
“Bagi sahabat-sahabat yang ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?? terima kasih bebanyak ok.
Cerita dia yang buat Ekin stress dan mental breakdown tu bila ramai yang DM dan tanya ‘kenapa tak nampak ekin kt majlis pelancaran Hantu Kuat Ketawa aritu?? ada masalah rumahtangga ke?? dah tak sefahaman dgn mawi ke?? gado ke? pisah ke?? Allahuakbar,” maklum Ekin menerusi hantaran video di Instagram.
Dedah Ekin, hakikat sebenar yang berlaku apabila anak-anaknya diuji positif virus CVDI9 dan mereka sekeluarga terperangkap untuk menjalani proses kuarantin di Johor Bahru. “Sebenarnya nak dijadikan cerita beberapa hari kami diuji dengan anak-anak semua positif covid kat Johor Bahru dan kami semua stuck terpaksa quarantine kat sini..
“Mental breakdown sangat-sangat dan stress jaga anak-anak kecil yang meragam menangis sakit kene CVDI9 ni Allah je yang tau, camana pun majlis kene diteruskan. “Pastu bila ada pulak kata-kata ftnah nak cakap macam-macam tanpa siasat, benda camni bole buatkan kita lagi down. So pada yang cakap macam-macam tu pleaselah stop it,” tegasnya.
Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat telah berkahwin dengan Mawi pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 10 tahun. Sumber: Gempak
Lama Menyepi Dari Dunia Seni. Akhirnya Mawi Dedah Alasan Buat Ramai Yang Terkedu. Siap Ada Keluar Lendir Busuk Lagi.
PERNAH ‘hilang’ sekejap daripada dunia hiburan sekitar 2015, penyanyi dan pengarah Mawi mendedahkan dia ketika itu mengalami penyakit misteri. Berkongsi pengalaman itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, berkata, cairan merah keluar dari mulut secara tiba-tiba membuatkan dia tidak boleh tidur seperti biasa.
Tambahnya, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan juga tidak menunjukkan dia mengalami sebarang penyakit. “Masa nak gosok gigi, nak buang buih dalam mulut tapi keluar warna merah cairan merah tapi ingatkan gusi berdrh, tapi bila kumur saja keluar cairan merah.
“Bila baring, tiba-tiba rasa tekak ada benda mengalir, pergi toilet untuk buang air dan waktu itu cairan merah makin lama makin banyak. Saya tak boleh nak baring dan tidur duduk. “Tapi tak boleh nak tidur sebab cairan merah dah mengalir dalam perut. Pagi itu pergi hospital tapi doktor tak dapat nak kesan apa-apa,” katanya.
Perkongsian Mawi itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Khamis.
Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan. Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik dan bekas wartawan Muzik Muzik, Mohd Faris.
Sesi tersebut turut disertai pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang dijemput oleh moderator selepas setengah jam siaran berlangsung. Dalam pada itu, juara Akademi Fantasi musim ketiga ini memberitahu dia juga mengalami kejadian misteri lain iaitu hilang ingatan untuk beberapa minit.
“Hari yang sama selepas Asar, benda itu keluar lagi dan saya rasa mt sekejap dan selepas itu saya rasa ada benda masuk dalam kepala saya balik. “Mata saya terbuka… saya tak kenal pun siapa di keliling saya. Ada seorang perempuan menangis sambil pegang saya. Masa itu saya terfikir siapa perempuan ini.
“Bidadari ke? Rupa-rupanya isteri saya menangis. Waktu itu saya hilang ingatan kejap tak kenal isteri dan anak. Ambil masa sikit dalam 15 minit hingga setengah jam,” ujarnya. Untuk rekod, Mawi berkahwin dengan Nora’ Asikin Rahmat pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Cahaya Malaika, 9.
Mawi bersama isterinya, Ekin dan anak mereka, Cahaya yang kini berusia lapan tahun. Sementara itu, pengarah filem Tiada Tajuk ini mengakui kejadian misteri itu turut menjejaskan kesihatan dalaman apabila dia mula menerima banyak ‘gangguan’.
“Dalaman diganggu dan nampak bukan-bukan. Bila benda itu keluar, dah macam lava, lendir keluar. Penuh satu badan. Berbau pula tu… busuk,” katanya. Untuk rekod, Mawi pernah mendapat gelaran gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS selepas menjuarai program realiti pada 2005.
Fenomena Mawi berterusan apabila dia dijulang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005, sekali gus menewaskan nama besar termasuk penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber:Mstar
Lama Menyepi Dari Media Sosial. Akhirnya Syamsul Yusof Dedahkan Puncanya Buat Ramai Yang Tak Sangka.
JARANG memuat naik perkongsian di laman sosial, pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof berkata, langkah dibuatnya itu turut menjadi tanda tanya warganet sehingga ada yang melahirkan rasa risau. Menganggap media sosial mampu merosakkan minda, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 37, berkata dia ingin mengambil masa untuk berehat daripada platfrom itu.
“Saya tak tahu orang lain… tapi kita tahu, media sosial ini boleh merosakkan mental kita. Sebab itu kadang-kadang saya berehat daripada media sosial. “Mungkin sebab faktor usia… saya rasa tak okay bila bangun dan nak tidur saja, mesti nak tengok handphone. Saya terfikir yang saya kena berpijak di bumi nyata.
Syamsul (kiri) dan Adi Putra bakal bergandingan semula dalam filem KL Gngstr 3. “Kita kena jaga diri kita. Bagi saya, kena take a break. Tapi bila saya tak update apa-apa di IG melibatkan filem atau apa-apa, orang akan mula tanya saya okay ke tak? “Orang ingat saya stress. Benda ini sudah menjadi kebiasaan sebab itu kita kena ubah mindset,” kata Syamsul. Perkongsian Syamsul itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Rabu.
Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan. Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik dan hos rancangan Astro, Aswad Jalil.
Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, Syamsul pernah membuat laporan polis selepas menerima ugtan dan ancmn terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali. Berkongsi mengenai kontroversi rumah tangganya dengan aktres Puteri Sarah, Syamsul menganggap ia sebahagian daripada ujian Allah yang perlu dihadapi setiap manusia.
Hanya mampu lakukan yang terbaik, pelakon dan pengarah berbakat ini mengharapkan doa buat keluarganya. “Hidup ini memang penuh ujian… saya melalui fasa muda, ingatkan bila dah berkahwin, settle semuanya. Tapi sebenarnya ia satu tanggungjawab dan cabaran yang besar.
Syamsul mahu rehat daripada media sosial. “Selagi kita tak pergi, ujian akan terus datang. Tak kisah la kita ini artis atau orang biasa. Ujian pasti akan datang, kita tak terlepas daripada benda itu (ujian). “Saya akan cuba yang terbaik dan termampu. Kita ini manusia, cakap senang. Tapi apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk keluarga saya,” ujarnya.
Pada September tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan itu didakwa sedang bergolak menjadi perhatian selepas Syamsul mengakui mereka dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak sepatutnya.
Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 4, dan Summayah yang kini berusia dua tahun. Dalam perkembangan lain, Syamsul dalam proses pembikinan filem sekuel KL Gangster 3 yang masih dirahsiakan barisan pelakon terlibat.
Sumber : mstar via dnq.pw
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment