
Tamat sudah Gegar Vaganza dan keputusan yang diterima ada yang telah berjaya teka siapa juara tetapi ramai yang terkejut dengan keputusan penuh dimana Aweera berada di tempat ke6 di Final Gegar Vaganza.
Menurut ketua juri Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tokram berkata, kekalahan Aweera sebenarnya banyak berpunca daripada pemilihan lagu.
“Nombor satu pemilihan lagu salah. Lagu duet tu lagu perempuan.
“Kalau pada saya if lagu untuk minggu berikutnya keluar, saya tak tahu dan bila dah keluar dah tak boleh buat apa-apa.
“Jadi bila rakan duet perempuan akan ada masalah besar range, sebab lagu tu lagu perempuan, kalau dia nyanyi dengan lelaki ok.
“That song bukan dia execute very well,” katanya.
Tambahnya, persembahan solo dan pusingan ‘battle’ Aweera juga agak kurang memuaskan.
“Dengan jiwa rock masuk dalam balad, salah rumah la pada saya.
“Lagu Beggin so so. Rap pula, other people better than him,” katanya selaku ketua juri.
Sekadar info, pada konsert akhir Gegar Vaganza musim kelapan semalam, Aweera telah membawa lagu Beggin‘ (The Four Seasons) secara solo dan untuk segmen duet, dia berganding bersama Liza Hanim menyanyikan lagu Sepi (Aina Abdul).
RESPOND AWEERA SELEPAS GEGAR VAGANZA BERAKHIR
Menurut Aweera dia tidak langsung berasa hati dengan apa yang Tokram komen dan kenapa dia berada di tempat terakhir.
Aweera luahkan rasa syukur dan berbesar hati kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Dia ditanya apa perasaan dia berada di tempat terakhir. Menurut Aweera walaupun dia tidak dapat Top 3 dia tetap bersyukur dan dia beritahu ‘Journey Begin After Competion’
Aweera turut memohon maaf untuk lagi rap kerana tidak dapat membuat persembahan terbaik.
“Im a rocker not a rapper”
VIDEO PENUH:
Terdahulu, Aliff dan Aweera diberi tugasan ‘battle’ menerusi lagu Budak Flat yang dipopularkan oleh Aman Ra sementara Nikki dan Suki mendendangkan lagu Gangnam Style (PSY).
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Aliff memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus, sementara Nikki dan Suki masing-masing meraih 81.26 dan 77.91 peratus.
Tempat keempat disandang Adibah Noor menerusi 67.25 peratus manakala Azan Scan menduduki tangga kelima iaitu dengan 64.04 peratus, diikuti Aweera sebanyak 63.90 peratus.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Netizen harap Nikki juara, bukan Aliff Aziz
Perkataan ‘GegarVaganza8’ dan ‘Nikki’ menjadi sohor kini di laman sosial, Twitter hari ini susulan konsert akhir rancangan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Hasil daripada keputusan pemenang yang diumumkan, Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara sekali gus berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki Low yang menjadi sasaran pemenang utama oleh orang ramai.
Walau bagaimanapun, sejak malam tadi menerusi laman Twitter, dua perkataan tersebut telah mendapat lebih 23,300 ciapan susulan keputusan pemenang GV8 itu.
Rata-rata peminat dunia seni mengharap gelaran juara GV8 akan diberikan kepada Nikki yang hanya berada di kedudukan naib juara.
Dalam pada itu, Rinnsyazana turut kecewa dengan keputusan senarai pemenang yang diumumkan dan berharap agar ia milik Nikki disebabkan persembahan yang ditampilkan lebih menarik daripada yang lain.
Aliff Aziz juara GV8, Aweera terakhir
“Nikki lebih layak untuk jadi juara berbanding pemenang yang diumumkan,” ciapnya.
“Setiap musim senarai pemenang rancangan Gegar Vaganza mesti di luar jangkaan, yang patut juara dapat tempat bawah, yang kurang memberi, itu juga yang dipilih,” ciap Nasuha Kamil.
Selain itu, seorang lagi pengguna tetap merasakan bahawa peserta kegemarannya, Niki Palikat adalah juara pada malam konsert akhir GV8.
“Nikki yang terbaik, walaupun bukan juara GV8, tapi juara untuk kami semua peminat seni. Anda akan terus menjadi hebat,” ciap FazrinLala
Sumber : AwatttSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment