
Persembahan memukau melayakkan Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Aliff yang popular menerusi lagu Sayang Sayang berjaya mengetepikan saingan yang diberikan lima finalis lain.
Kemenangan itu membolehkan Aliff membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Naib juara pula disandang Nikki Palikat, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Tempat ketiga disandang Suki Low. Sebagai ganjaran, penyanyi itu memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.
Adibah Noor dan Azan apabila menduduki tempat keempat dan kelima. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan RM15,000.
Sementara itu, Aweera diumumkan sebagai peserta yang menduduki tempat keenam, membawa pulang wang tunai RM10,000.
Markah para peserta,
Minggu final menyaksikan Aweera meraih Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dan Bintang Cuckoo.
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan onsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Aliff Aziz Pernah Menyanyi Rap.
Rupanya pada tahun 2007 Aliff Aziz ada membuat persembahan menyanyikan lagu Ala Canggung. Apa yang menariknya lagu Ala Canggung adalah lagu asal dari kumpulan Too Phat. Saksikan video dibawah.
Persembahan Battle
semasa konsert akhir gegar vaganza menyaksikan Aliff Aziz dengan penuh yakin membawa lagu rap Budak Flat yang dipopularkan oleh Aman Ra.
Komen juri Joe Flizzow selepas persembahan Aliff Aziz juga mencuri perhatian ramai. `Saya rasa macam nak buka topi ni beri kat Aliff, Mungkin lepas ni boleh join 16 baris`
Komen penuh Joe Flizzow di bawah.
Antara komen2 netizen,
Memang Layak Pun Juara. Dia Punya Rap Pun Joe Flizzow Pun Suka Siap Nak Bagi Cap Merah Dia Lagi. Apa-Apa Pun Tahniah.
Rap Aliff Aziz Td Mmg The Bestthumbs Up, Joe Flizzow Siap Ajak Aliff Aziz Join 16 Baris Tau… Bukan Biasa2 Guys.. 3 Lagu Mlm Ni Mmg Aliff Aziz Tapau Habis.. Layak Juara.. Sudah2 La Kecam Aliff Aziz.. Dia Layak Juara..Juri Pandai Menilai..
Even Joe Flizzow Ckp “ It Was Like He Heard Aman Ra Was There Rapping? “
Bila Joe Flizzow Sebut Nak Ajak Aliff Aziz Sertai Baris 16, Sebuah Program Di Youtube, Abang Macam Wow.. Just Wow..Suara Aliff Aziz Tak Mengecewakan Bila Nyanyi Lagu Bangun Tadi
Obviously Aweera Out Time Battle. Joe Flizzow Siap Hats Off Dkt Alif Aziz. Means Mmg Bagus La Dia Bawa Lagu Tu And Jelas Sebutan Dia
When Joe Flizzow Said He Wanna Give The Cap To Aliff Aziz, I Believe He’s Gonna Be The Winner For Sure. The Rap Performance Really Changed The Game. Congratulations To All Finalists, You Guys Have Done A Fantastic Job
Aliff Aziz Looks So Comfortable On Stage Masa Rap.. Joe Flizzow Siap Cakap Yg Dia Rasa Aliff Peminat Lagu2 Rap Jugak.. Aliff Nampak Lagi Selesa Berbanding Aweera
Wehh Srs Wehhh Performance Dari Alif Aziz Sedapp Gilaaa Paduuu Lain Gilaaa Bhaiii Dari Nyanyi Solo, Duet And Last Battle ! Fire Seriously Dia Boleh Jadi Rappers Firethumbs Upjoe Flizzow Boleh Ambik Dia Buat Satu Lagu
Trivia Aliff Aziz
Muhammad Aliff Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia. Pada Julai 2007, beilau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun.
Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single “Cinta Arjuna” yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu “Sayang Sayang” juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.
Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Aliff dan kakak kepada penyanyi Didi Astillah, iaitu Bella Astillah, melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor.
Aliff dan Bella bercerai pada Mei 2019 namun kembali bersatu pada April 2020. Mereka mempunyai dua orang anak.
Pada 27 Februari 2019, Aliff juga terpalit dengan kontroversi yang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan pelakon Oktovia Manrose apabila isterinya mendedahkan Aliff dan Oktovia pergi ke kelab malam pada jam 3.00 pagi bersama dan berlaku curang kepada isterinya.
Ini merupakan kali kedua Aliff melakukan perbuatan ini selepas dimaafkan isterinya pada kali pertama di mana beliau dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Afifah Nasir pada tahun 2017, ketika beliau dan Afifah pergi ke pusat karaoke bersama-sama dan juga remaja bawah umur pada bulan Mei 2019.
Sumber WIKI/Mediahiburan/YT/
Artikel Olahan RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment