
“Saya tak rasa ada keputusan bocor. Saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, mungkin ini kesalahan teknikal”.
Demikian respons Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad mengenai dakwaan keputusan keseluruhan pusingan akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bocor dan diketahui lebih awal.
Menurut Raqim, dia sangat yakin tidak ada sesiapa yang membocorkan keputusan kepada orang luar kerana perkara tersebut (keputusan) adalah sulit dan tidak semua individu mengetahuinya.
“Daripada pihak kami, saya sangat pasti tak ada yang membocorkan awal daripada masa sepatutnya.
“Tetapi, isu ini kami boleh siasat. Mungkin ada masalah teknikal dari pihak sana,” katanya usai sidang media bersama barisan pemenang diumumkan malam tadi.
Tegas Raqim, individu terawal yang mendapat keputusan akhir GV8 adalah dirinya, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Joe Flizzow.
“Semua markah dikira oleh juruaudit yang duduk bersama dengan pasukan produksi di belakang pentas.
“Yang tahu dulu keseluruhan markah semestinya saya, Tok Ram dan semua juri. Jadi, tak mungkin keputusan malam ini (Ahad) bocor,” katanya.
Terdahulu, isu kebocoran keputusan akhir GV8 kecoh diperkatakan apabila terdapat sebuah portal hiburan yang memuat naik keputusan keseluruhan pertandingan tersebut, sejam lebih awal.
Lebih pelik, keputusan tersebut dikeluarkan ketika pusingan battle sedang berlangsung dan nama penulis tertera tidak berada di lokasi program.
Semalam Aliff Aziz, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi mempersembahkan lagu Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip.
Bagi segmen battle pula, Aliff berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun nyanyian asal Aman Ra.
Kemenangan itu sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.
Sementara itu, Nikki Palikat diumumkan selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga pula milik Suki Low yang membawa pulang RM30,000.
Ramai tak puas hati Aliff Aziz juara GV8
Nama Nikki sohor kini (trending) dalam Twitter apabila gagal dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian nombor satu tanah air, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.
Ramai dalam kalangan peminat melahirkan rasa tidak puas hati menerusi gelanggang laman sosial berkenaan apabila keputusan pertandingan seperti sudah dirancang sejak awal pihak penganjur, Astro.
“Apa benda ni? Nampak sangat nak naikkan Aliff. Saya sokong Aliff tetapi keputusan malam tadi sangat ‘obvious’ (jelas). Nikki dan Suki buat persembahan lagi bagus.
“Buat pertama kali saya rasa nak nangis tengok GV. Patutnya Suki atau Nikki tapi kenapa Aliff? Sejujurnya, kecewa dengan keputusan musim tahun ini.”
Kata orang, rumah sudah siap pahat masih berbunyi namun itu luahan rasa kecewa dan tidak puas hati para penonton setia program realiti tersebut.
Dalam pada itu, ramai juga tidak berpuas hati apabila peserta terbaik peringkat separuh akhir, Aweera ‘terduduk’ di posisi keenam namun memandang positif kekalahan pemilik nama sebenar, Nasharul Aweera Norhissham itu.
“Tahniah. Saya tetap berbangga walaupun Aweera bukan juara GV8 tetapi dia tetap juara di hati peminat.
“Aweera memang terbaik tak sangka dia nombor 6,” ujar seorang netizen dalam Twitter.
Malam tadi, Kosmo! Online melaporkan, peserta yang disebut-sebut sebagai anak emas Astro, Aliff Aziz akhirnya dijulang sebagai juara GV8.
Selepas 10 minggu berentap, penyanyi kelahiran Singapura itu berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki Low yang disebut-sebut sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Datuk Ramli Ms Beritahu Punca Aweera Tempat Terakhir Sebab Salah Pilih Lagu, Ini Respond Aweera Selepas Gegar Vaganza
Menurut ketua juri Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tokram berkata, kekalahan Aweera sebenarnya banyak berpunca daripada pemilihan lagu.
“Nombor satu pemilihan lagu salah. Lagu duet tu lagu perempuan.
“Kalau pada saya if lagu untuk minggu berikutnya keluar, saya tak tahu dan bila dah keluar dah tak boleh buat apa-apa.
“Jadi bila rakan duet perempuan akan ada masalah besar range, sebab lagu tu lagu perempuan, kalau dia nyanyi dengan lelaki ok.
“That song bukan dia execute very well,” katanya.
Tambahnya, persembahan solo dan pusingan ‘battle’ Aweera juga agak kurang memuaskan.
“Dengan jiwa rock masuk dalam balad, salah rumah la pada saya.
“Lagu Beggin so so. Rap pula, other people better than him,” katanya selaku ketua juri.
Sekadar info, pada konsert akhir Gegar Vaganza musim kelapan semalam, Aweera telah membawa lagu Beggin‘ (The Four Seasons) secara solo dan untuk segmen duet, dia berganding bersama Liza Hanim menyanyikan lagu Sepi (Aina Abdul).
RESPOND AWEERA SELEPAS GEGAR VAGANZA BERAKHIR
Menurut Aweera dia tidak langsung berasa hati dengan apa yang Tokram komen dan kenapa dia berada di tempat terakhir.
Aweera luahkan rasa syukur dan berbesar hati kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Dia ditanya apa perasaan dia berada di tempat terakhir. Menurut Aweera walaupun dia tidak dapat Top 3 dia tetap bersyukur dan dia beritahu ‘Journey Begin After Competion’
Aweera turut memohon maaf untuk lagi rap kerana tidak dapat membuat persembahan terbaik.
“Im a rocker not a rapper”
VIDEO PENUH:
Sumber – K! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment