
BERITA mengenai seorang lelaki maut selepas menerima rawatan estetik daripada pakar kecantikan tidak bertauliah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah selebriti, Raja Ilya.
Berkongsi pengalamannya sebelum ini, Raja Ilya, 36, mendedahkan dia juga pernah menjadi mangsa penipuan doktor estetik palsu hingga terpaksa menanggung kesan sampingan akibat rawatan yang diterima itu.
“Serius geram bila baca berita macam ni, banyak orang di luar sana yakin, berani nak mati buat prosedur rawatan estetik tanpa lesen dan sesetengahnya ambil lesen bawah meja (secara tidak sah).
“Memang b*** orang macam ni! Ini bukan kali pertama ada meninggal. Saya juga pernah jadi mangsa, terima kesan jangka panjang… perempuan yang menipu jadi doktor buat prosedur yang salah dan terus hilang.
“Ghaib entah ke mana! Seorang pelanggan VIP bergelar datin mati di bilik hotel sebabkan dia. Kejadian ini berlaku pada tahun 2006 hingga 2008,” katanya menerusi laman Instagram pada Rabu.
Raja Ilya berkongsi pengalamannya ditipu pakar estetik palsu.
Bersama kapsyen tersebut, Ilya turut berkongsi paparan laporan berita mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang maut selepas menerima suntikan membesarkan otot pada bahagian punggung.
Dalam laporan itu, mangsa berusia 31 tahun ditemui tidak bernafas dalam sebuah bilik hotel di Perak dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang pada Isnin lalu.
Ini masanya untuk kita pandang serius isu ini kerana boleh memberi kesan sampingan seumur hidup, kecederaan dan kematian
Sementara itu, Raja Ilya berkata rawatan serta pembedahan kosmetik yang dilakukan oleh doktor palsu ini boleh memberi kesan kepada pelanggan kerana mereka menggunakan bahan yang tidak disahkan oleh badan kesihatan.
Justeru itu, dia memohon pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan perniagaan ini.
Raja Ilya mahu tindakan tegas diambil terhadap doktor palsu itu.
“Ini satu penipuan terbesar! Mereka menggunakan bahan yang tak dibenarkan seperti minyak silikon dan banyak lagi. Mereka tiada kredibiliti sebagai pengamal perubatan estetik atau mereka tak ada kelayakan untuk buat pembedahan.
“Ini masanya untuk kita pandang serius isu ini kerana boleh memberi kesan sampingan seumur hidup, kecederaan dan kematian.
“Ini sesuatu yang memalukan. Saya merayu Jawatankuasa Amalan Perubatan Estetik Kebangsaan atau mana-mana jabatan lain yang berkaitan untuk mengambil tindakan dan menghentikan perbuatan ini.
“Saya tidak bercakap tentang mereka yang jual produk kecantikan dan memiliki klinik estetik yang berkelayakan kerana saya pun suka dan mereka banyak membantu saya contohnya pakar bedah plastik, Dr. Ali yang saya kenal sangat baik,” ujarnya.
Raja Ilya tolak tawaran Hollywood kerana babak bogel
Beberapa tahun lalu, nama pelakon Raja Ilya pernah mencetuskan sensasi selepas dia didakwa menipu ditawarkan berlakon dalam naskhah Hollywood.
Semuanya gara-gara Raja Ilya atau nama lengkapnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, memberitahu dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana mendakwa tidak bersesuaian dengan dirinya.
Menerusi satu perkongsian video dalam Instagram, pelakon itu tampil membuat penjelasan tentang kontroversi tersebut demi menjernihkan namanya daripada terus dilabel sebagai pembohong.
Jelas pelakon yang kini menetap di Perth, Australia itu, dia menolak tawaran berlakon dalam sebuah karya terbitan platform Netflix kerana memerlukan dirinya tampil berbogel.
“Watak tersebut memerlukan saya berbogel dan duduk di dalam inkubator. Tawaran yang diberi sangat lumayan dan diterbitkan oleh syarikat produksi yang besar.
“Tetapi saya ada pendirian sendiri untuk tidak melakukannya. Orang Barat selalu beranggapan babak sebegitu sebagai satu seni. Tetapi saya tidak selesa untuk berbogel atau melakukan babak seksual. Sebab itu saya tolak,” ujarnya.
Pelakon yang berkahwin dengan seorang usahawan dari Australia, Trent Garret itu ditawarkan berlakon dalam naskhah berkenaan pada tahun 2018.
Pada tahun sama, dia juga pernah menghantar dua buah video uji bakat untuk filem Jurassic World dan Star Wars: The Rise of Skywalker tetapi gagal mendapat maklum balas.
Dalam perkongsian tersebut, pelakon filem KL Vampires itu mengakui sudah serik untuk terlalu terbuka berkongsi kepada umum tentang perkara yang belum tentu berlaku.
“Saya belajar daripada pengalaman lalu untuk diam dan tidak akan bercerita apa jua aktiviti uji bakat yang saya lakukan di sini.
“Sampai satu ketika nanti, mungkin semasa atau selepas penggambaran selesai, baru akan kongsi kepada peminat,” ujarnya.
Baru-baru ini, pelakon Nadia Brian juga mendedahkan dia menolak tawaran berbogel dan beraksi panas dalam drama 12 episod terbitan sebuah produksi Hollywood.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment