Menitis Air Mata Dato Seri Vida Buat Permohonan Maaf Pada Anuar Zain. Dsv Luahkan Satu Hasrat Dia Kepada Anuar Zain

Penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada kedua penyanyi lagenda tanah air, Anuar Zain dan Ziana Zain berhubung dakwaan mengatakan penyanyi lelaki itu suka sesama sejenis.

Permohon maaf itu dilakukan penyanyi lagu I Am Me itu di Instagram miliknya selepas menerima pelbagai reaksi warganet dan para artis.

Menurut Vida, dia sama sekali tidak bermaksud untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana didakwa hanyalah gurauan pada ketika itu.

Vida Dakwa Anuar Zain G*y Bila Peminat Suruh Mengorat? Ini Reaksi Ziana Zain

“Assalamualaikum semua, saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan dan mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak.

“Peminat dan keluarga Anuar Zain, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud dan berniat, mungkin terlepas cakap malah gurauan tanpa sengaja.

“Saya tidak boleh mengingati semula apa yang saya cakap kerana perkara itu sudah lama sebenarnya.

Baru sekarang ini muncul, jadi apa pun saya minta maaf. Tidak berniat langsung dan saya meminati sangat Anuar Zain,” katanya di Instagram.

PERMINTAAN DSV KEPADA ANUAR ZAIN

Mengulas lanjut, usahawan sensasi itu juga memohon maaf kepada orang ramai dan pihak keluarga penyanyi lagu Sedetik Lebih itu andai turut sama terasa atas kekhilafannya.

Di samping itu, dia berhasrat untuk berjumpa dengan Anuar secara peribadi.

“Tetapi, apabila sudah keadaan sudah menjadi kekeruhan dan kekalutan seperti ini.

“Apa lagi yang saya boleh cakap melainkan saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, Anuar Zain serta keluarga Zain.

“Maafkan saya, Datuk Seri Vida. Saya harap sangat dapat berjumpa secara peribadi dengan Anuar Zain. Hajat besar dan projek besar ada, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, Vida bagaimanapun tampil menutup ruangan tersebut bagi mengelakkan hal tertentu berlaku.

VIDEO:

Sebelum ini, Ziana membidas kenyataan Vida selepas ahli perniagaan kontroversi itu mendakwa adiknya, Anuar sebagai seorang lelaki yang menjalinkan hubungan sesama jenis.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi satu video yang memaparkan selebriti sensasi tampil membuat dakwaan tersebut menerusi sesi soal jawab bersama peminat di media sosial.

Selepas Dituduh Cakap G*y Dekat Anuar Zain, DSV Terus Jelaskan Perkataan Apa Yg Dia Sebut Sebenarnya

Sejak pagi tadi, video usahawan kosmetik, Dato Seri Vida yang dikatakan menuduh penyanyi terkenal, Anuar Zain dengan perkataan ‘gay’ telah tular di media sosial.

Gambar sekadar hiasan

Tindakan yang dilihat agak biadap itu telah dimuat naik oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @yus_dexter dan telah mendapat perhatian Ziana Zain yang juga merupakan kakak kepada Anuar Zain.

Dalam posting berkenaan Ziana menyifatkan apa yang diperkatakan Vida agak keterlaluan dan hal tersebut disokong oleh warganet.

Cakap ‘okey’ bukan ‘gay’

Namun begitu, usahawan berkenaan sekali lagi tampil meluruskan video yang tular itu dengan mengatakan yang dia tidak menyebut perkataan ‘gay’ tetapi ‘okey’ selepas diminta oleh netizen supaya mengorat penyanyi tersebut.

Video penjelasan tersebut telah dikongsikan semula oleh satu saluran YouTube dikenali sebagai pendakiSOLO. Dalam video itu, Vida bersungguh menafikan hal berkenaan dan langsung tidak menyebut perkataan ‘gay’.

Dah boleh stop kot buat kontroversi

Tak hanya itu, dia juga meminta orang ramai supaya tidak sesuka hati menuduh perkara sebegitu kepadanya kerana mana mungkin dia menghina di media sosial.

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen Instagram Dato’ Seri Vida, ramai yang masih berang dengan video sebelum ini dan meminta usahawan itu memohon maaf kepada Anuar Zain diatas kata-kata yang mengundang salah faham ramai.

Pandang diri sendiri sebelum cakap orang lain


Pergi jela minta maaf

Ini Soal Maruah” Netizen Hentam DSV Sampai Ziana Zain Terpaksa Buka Mulut.

Sebut saja nama Datuk Seri Vida pasti ramai tahu ada sahaja kontroversi terpalit jutawan kosmetik itu.

Malah, apa sahaja isu pasti akan menjadi perhatiannya untuk diulas.

Menerusi video tersebut Vida berkata ada netizen memberi cadangan supaya Vida mengorat penyanyi bersuara merdu, Anuar Zain.

Perbuatan tersebut menarik perhatian Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, yang kemudiannya meninggalkan komen pada video berkenaan.

“Sangat biadapppppppp,” tulis Ziana yang menggunakan akaun TikTok rasmi miliknya.

Bukan sahaja Ziana, dakwaan tersebut mengundang rasa ber4ng wargamaya yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki tersohor itu.

Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk tampil mengemukakan sam4n terhadap dakwaan tersebut.

Namun, jawapan diberikan oleh Vida mengundang kamarahan netizen.

Walaupun Vida seolah berbisik namun jelas kedengaran usahawan itu menyebut ‘g4y’.

Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk tampil mengemukakan sam4n terhadap dakwaan tersebut.

“@nurafiqahsamsud25:Anuar Zain tu ada class. Dia taknak perempuan terpekik terlolong.”

“@user4285909616231:Anuar Zain boleh sam4n ni.”

“@_WAN MAZ_:“Mencari salah dan a1b orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati r0sak -Tok Guru Nik Aziz.”

Soal maruah jangn buat main-main

“@i-am-shahromyazid:Ini soal maruah, jangan buat main-main!! Kaya tidak bermakna boleh mengh1na dan memf1tnah orang lain sesuka hati.”

“@oja:Sebab tu kawen banyak kali pun tak bertahan…. Ubah dulu apa yang patut.. duit tak mampu membeli adab melainkan kita pupuk sendiri.”

“@M VP658:Mulut jaga ya, anak-anak tu masih dalam fasa meneroka identiti.. takut karma mengata orang terpalit kat keturunan sendiri.”

“@Kakya:Tak baiknya cakap cmtu, Anuar Zain tu baik humble tak penah kacau hidup orang lain pun.”

“@Shariza abd latif:Tu sebab jangan banyak cakap. Banyak cakap banyak salah.. Menyakitkan hati orang. Kalau betul mengump4t. Kalau tak betul f1tnah. Moga dia sedar dan minta maaf.”

Dah teruk sangat dah ni..

 

Anuar Zain dah boleh fail kes da ni..

Nampak sgt dah tak keruan..

 

Semua netizen pakat hentam DSV

Kurang senang dengan gelaran diberi oleh Vida itu, netizen mengatakan tidak sepatutnya keluar perkataan tersebut.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan Anuar Zain boleh mengambil tindakan undang-undang di atas kenyataannya itu apatah lagi melibatkan fitnah dan soal maruah.

Malah, ada netizen turut terkejut dengan jawapan berani Vida itu.

Kata netizen lagi, tidak bermakna kaya boleh melakukan sesuka hati.

Sumber : Utusan Online / IG Dato Seri Vida

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*