
LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher memilih Kevin De Bruyne sebagai pemain yang akan ditandatanganinya untuk Liverpool yang disifatkannya sebagai ‘begitu sensasi’.
Carragher memberi pandangan tersebut sekiranya dia berpeluang untuk memilih pemain.
Pemain skuad kebangsaan Belgium itu mencatatkan bantuan ke-80 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu, menyamai ikon Manchester United, David Beckham.
Bagaimanapun, pemain tengah Manchester City itu melakukannya dalam 68 perlawanan yang lebih sedikit.
De Bruyne bergelut untuk mengekalkan dirinya kerana perlu pulih daripada kecederaan buku lali ketika Euro 2020, selain dijangkiti Covid-19.
Bagaimanapun, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pemain berusia 30 tahun itu berada dalam prestasi yang menakjubkan.
Carragher berkata, De Bruyne berada dalam senarai teratas bagi pemain EPL dan beliau akan membawanya ke Anfield sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian
Trivia Kevin De Bruyne,
Kevin De Bruyne (lahir 28 Jun 1991) ialah seorang pemain bola sepak profesional Belgium yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Belgium.
De Bruyne memulakan kariernya di Genk dimana dia merupakan pemain tetap ketika mereka memenangi Liga Pro Belgium 2010–11. Pada tahun 2012, dia menyertai kelab Inggeris, Chelsea dimana dia jarang digunakan dan kemudiannya dipinjamkan ke Werder Bremen. Dia menyertai Wolfsburg dengan yuran perpindahan £18 juta pada tahun 2014 dan pada tahun 2015, dia dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Tahunan di Jerman. Dia kemudiannya menyertai Manchester City dengan rekod perpindahan kelab bernilai £55 juta.
De Bruyne membuat penampilan antarabangsa pertamanya pada tahun 2010 dan telah membuat lebih daripada 30 penampilan untuk Belgium. Dia merupakan sebahagian daripada skuad Belgium di Piala Dunia FIFA 2014.
Sumber Daily Star
Be the first to comment