
PESANAN Allahyarham Pian Cecupak yang sering mengingatkan agar menjaga dan menguruskan pusat tahfiz miliknya rupa-rupanya bukan satu gurauan.
Anaknya, Nuraina Fazrin, 25, berkata, dia mengetahui kewujudan pusat tahfiz itu selepas menghubungi nombor telefon yang ditinggal kepadanya.
Kata Nuraina, dia akan menguruskan permintaan arwah itu selepas urusan pengebumian ini selesai.
“Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya.
Aina beri penghormatan terakhir untuk arwah bapanya.
“Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila… rupanya benda tu betul-betul dia buat.
“Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.
“Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu,” katanya kepada mStar.
Ada abah mesej Aina pasal pusat tahfiz dia, dia suruh aina jaga, dia selalu cakap benda tu dengan saya.
Dalam pada itu, Aina turut berasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan bapanya untuk memberitahu tentang kehamilan anak keduanya.
Tambah Aina, dia merancang untuk keluar makan bersama keluarga dan bapanya pada Sabtu ini namun hasratnya itu tidak kesampaian.
“Pada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal.
Allahyarham Pian disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
“Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang.
“Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa,” ujarnya.
Allahyarham Pian atau Mohd Rafik Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Arwah yang meninggal dunia pada usia 52 tahun dipercayai akibat serangan jantung selamat disemadikan kira-kira pukul 11.10 pagi.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Taman Dato Senu, Sentul kira-kira pukul 8 malam, Rabu.
Video,
Pian Cecupak pergi dalam keadaan qiam tangan macam sedang solat, menghadap kiblat
DIA pergi dalam keadaan bersih dan menghadap kiblat, demikian keadaan Allahyarham Mohd Rafik Abdul Rahman atau Pian Cecupak ketika ditemukan terbaring dalam keadaan kaku di bilik air di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.
Menurut adiknya iaitu Hasenah, dia bersyukur apabila arwah tidak mengalami kecederaan akibat serangan jantung secara tiba-tiba di dalam bilik air sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8 malam, Rabu.
“Kedudukan dia cantik, dia duduk (terbaring) menghadap kiblat dalam keadaan tangan dia dan siap macam ni (qiam), kaki dia dah julur.
“Saya tak terkilan… tak la terhantuk ke apa ke. Dia pergi dalam keadaan bersih sangat,” katanya kepada mStar.
Hasenah ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada majlis pengebumian arwah abangnya pada pagi Khamis.
Allahyarham Pian meninggal dunia pada usia 52 tahun dipercayai akibat serangan jantung.
Pian yang aktif sebagai pelawak dan pengacara meninggal dunia pada usia 52 tahun.
Difahamkan arwah mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan.
Dalam pada itu Hasenah berkata arwah abangnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang mencurigakan melainkan dia begitu bersemangat untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran ibu mereka yang ke-74 pada 18 Januari lalu.
Kedudukan dia cantik, dia duduk (terbaring) menghadap kiblat dalam keadaan tangan dia dan siap macam ni (qiam), kaki dia dah julur
“Arwah beria nak buat majlis hari ulang tahun kelahiran mak. Sebelum ni tak pernah sambut pun, ni la pertama kali kami buat.
“Dia nak sangat adik-beradik, anak, cucu semua berkumpul masa tu. Tapi pada hari sambutan tu keriangan dia dah tiada.
“Dia hanya diam… ajak bergambar pun dah tak ceria. Dia hanya nampak cool, dah tak nampak lawak dia,” katanya.
Suasana di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda
Untuk rekod pada 2018, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 pagi akibat sesak nafas.
Ketika itu, doktor mengesahkan Pian mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).
Susulan itu dia perlu membuat rawatan angiogram dengan kos perubatannya mencecah puluhan ribuan ringgit.
Bakat Allahyarham Pian dicungkil menerusi program realiti popular, Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada era 1990-an, sebelum menyertai kumpulan Cecupak.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment