
Salam semua, Saya ingin menceritakan sebuah pengalaman kehidupan. Saya seorang wanita berkerjaya agak baik, berpendidikan tinggi, berjawatan dalam politik. Cerita bermula bila saya berkahwin dengan duda anak dua. Suami membawa 2 anak perempuan nya tinggal dgn saya dirumah ibu bapa saya. Mak dan ayah saya sangat sayangkan ke 2 cucu baru itu walau bukan datang dari rahim saya.
Saya berkahwin selama 13 tahun dgn suami Saya bekerja dgn kuat termasuk berniaga sampingan dan kehidupan kami agak mewah. Suami tak bekerja. Anak2 tiri saya semuanya hidup dalam keadaan baik termasuk pendidikan. Suami saya tidak bekerja tetap dia hanya buat kerja2 kg sahaja. Sampailah suatu ketika saya berjaya membeli 4 buah kereta dan membina sebuah rumah diatas tanah saya sendiri bernilai 200k.
Saya amat menjaga suami tatang bagai minyak yg penuh kerana tiada anak dgn suami. Wang saku saya berikan setiap hari Makan minum semua terjaga,malah mewah. Suami mula bosan katanya duduk dalam umah besar. Lupa nak cerita anak2 tiri saya semua dah berkahwin pada usia muda iaitu 18 dan 19 tahun. Perkahwinan berlangsung semuanya saya tanggung. Pendek cerita bagi menghilangkan kebosanan suami saya. Saya meminta suami mengambil PSV bas dan saya biaya sepenuhnya. Segalanya bermula.
Suami mula jadi pemandu bas universiti. Itupun saya yg carikan. Suami mula balik lewat katanya budak2 Uni banyak aktiviti malam sampai 2,3 pg. Saya mcm biasa tetap bg wang saku rm50 sehari pada suami walau dia bekerja. Suatu hari dia bawa balik seorang budak perempuan berusia 21 tahun katanya anak angkatnya. Dia suruh saya sediakan sebuah bilik sbb budak tu praktikal kat negeri saya. Budak tu org pantai timur. Saya turutkan.
Saya terus hubungi universiti dan tanya kenapa budak tu tak buat praktikal di negerinya. Kata pihak universiti budak tu berkeras nak buat praktikal kat negeri saya. Suami bawa bas macam biasa. selalu saya masak budak tu akan call teman lelakinya bagitau apa saya masak. Selalu dia dapat hadiah yg menarik dari teman lelaki dia. Saya hanya memerhati sebab budak tu sangat hormatkan saya dan memanggil saya mama. Dia juga memakai tudung labuh dan sopan.
Suatu hari kakak saya sebelah umah datang nasihatkan saya supaya jangan membenarkan budak tu tinggal dirumah saya. Dia kata takut jadi apa2. Saya khabarkan pada suami dan suami marahkan keluarga saya. Suami pula bila gaji tak pernah ada duit malah ambik duit poket dari saya macam biasa. Saya diam. Suatu hari saya terpaksa berkhusus selama 4 hari dipenang. Saya suruh budak tu balik hostel dan budak tu bersetuju.
Lepas 2 hari kakak saya call dan minta saya balik mengejut tengok keadaan rumah saya katanya. Malam tu juga saya balik jam 11.30 malam sampai rumah tumpang kawan. Saya sengaja jalan kaki masuk kawasan umah saya diam2. Alangkah terkejutnya saya bila kelihatan suami hanya memakai tuala mengadap tv sambil merkok dan budak perempuan itu hanya mengenakan baju labuh tali kecil tanpa lengan. Saya selamba masuk dalam umah dan terus masuk bilik. Saya nampak dengan ekor mata mereka terkejut biawak hahahahaha. Saya masih diam.
Selang 5 hari lepas tu budak tu balik pantai timur bercuti. Saya pulak ajak suami naik super bike jalan2 dalam kampung. Saya minta henfon suami untuk call kawan kononnya saya tak bawa henfon. Suami tanya number berapa dia nak tekan saya cuma bercakap terus. Bila dia bagi handphone dia saya terus padam dan buka wasap dia. Sambil mulut pura2 bercakap. Dia tak nampak sebab dok bawa motor. Saya sempat baca semua wasap yg baru masuk bertubi2. Allah lruh jantung saya..” abg nanti Za balik Za singgah alor setar kita pergi tidur dulu kat tutttt…nanti za call pompuan tu (sayalah) ambik za kat kangar ok?
Saya diam. Balik rumah saya minta penjelasan dari dia. Dia diam. Tidak menjawab sepatah pun. Saya minta baik2 dia keluar dari rumah saya. Saya ambik semua wang hanya tinggal rm20 dalam poketnya. Semua kunci kereta dan motosikal. Dia menangis terus melangkah keluar dari rumah. Saya call bapa budak tu seorg ustaz dekat Terengganu cerita benda sebenar dan minta mereka datang ambil semua barang dia dalam 3 hari. Saya langsung tak menangis, cuma sedih sebab mereka berdua balas tuba pada kebaikan saya.
Hari ini dah 4 tahun berlalu. Saya dah kawen lain sekarang. cerita yang saya dengar budak tu dah kikis suami saya habis2an untuk tanggung pengajiannya. Selesai saja pengajian budak tu balik pantai timur dan berkahwin dengan org lain. bekas suami? Tinggal dalam kabin kontena pekerja. Nasib baik saya bagi sebiji motosikal sebab kesian. Duit? Entahlah. Mula2 saya susah nak move on tp saya bangkit bila saya ingatkan diri saya saya berdiri di atas kaki saya sendiri.
Anak2 dia tak membantu sebab mereka dah kawen dan tinggal jauh di johor. Saya masih baik dengan bekas suami. Dia masih nakkan saya dan memohon maaf. tapi saya sangat terluka. Buat budak perempuan tu. Maizah tq sbb r0sakkan rumah tangga kami. Ma doakan kau bahagia sentiasa. Buat bekas suami semoga abang berjumpa dengan wanita yg lebih baik dr saya. InsyaAllah saya sentiasa doakan abg.
Kisah kedua lebih mendebarkan
Suami Sentuh Isteri Lepas Balik Dari Kerja Dan Terus Tinggalkan Isteri Kat Katil Macam Tu Je. Rupa Rupanya Ini Punca Suami Buat Macam Tu.
Assalamualaikum. Semoga hati ini kuat untuk menceritakan kisah pahit yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kisah ini berlaku selepas saya berkahwin dengan lelaki yang saya cintai. Kini saya sedang cuba membina hidup baru bersama anak. Kisahnya begini.
Saya merupakan seorang isteri dan seorang surirumah kerana suami tidak membenarkan saya bekerja walaupun saya ada lepasan ijazah. Suami saya berkerja di ibu kota sebagai jurutera. Kami berkahwin selepas kami mengenali satu sama lain hanya selama 3 bulan.
Suami ajak saya kahwin sebab pada waktu itu dia sudah mampu nak tanggung saya, dia berusia 29 tahun sekarang dan saya masih berumur 25 tahun. Lima bulan selepas kami berkahwin, suami sudah menunjukkan sifat sebenarnya iaitu terlalu kuat cemburu dan panas baran.
Dia cemburu buta sehingga tidak membenarkan saya keluar dari rumah ketika dia keluar bekerja, malahan kunci kereta saya diambil. Suami akan membenarkan saya keluar, dengan syarat dia mesti ikut sekali. Suami seakan tidak mempercayai saya.
Saya tiada langsung menaruh hati kepada orang lain selain suami saya. Saya akur dan masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Menjaga dia seikhlas hati. Selepas beberapa minggu, suami menjadi sangat panas baaran sehinggakan apa sahaja yang saya buat adalah salah dimata dia. Suami seakan membenci saya.
Setiap hari selepas pulang dari kerja, suami mencari saya. Memaksa saya untuk melayan nafsunya. Pada permulaan, saya akur kerana tidak mahu derhaka pada suami kerana melayan suami yang sudah halal tidak berdosa.
Tetapi lama kelamaan, saya dilayan seperti binatang, dipaksa oleh suami sendiri sedangkan saya tidak rela. Saya dikasari jika tidak ingin melayan kemahuannya. Hancur hati saya melihat perubahan orang yang saya sayang. Dia seakan membenci saya.
Dia bukanlah lelaki yang saya kenal seperti sebelumnya. Masakan saya langsung tidak disentuh seperti sejak mula mula kahwin dulu. Dia kerap makan diluar. Saya bertanya dengan lembut pada suami. Kenapa buat saya macam ni? Suami hanya membalas dengan kata kata kesat, mengatakan yang saya layak diperlakukan sebegini.
Saya ni jijikk seperti bnatang, kata suami. Apa dosa saya? Kami tidak lagi solat bersama, kerana selalunya saya yang ajak suami solat. Tapi kini, suami tidak lagi menjadi imam. Tiada kucupan didahi saya lagi selepas solat.
Suami tidak tidur bersama saya lagi. Kami tidur di bilik berasingan. Dia hanya akan menduri saya selepas pulang dari kerja dan tingggalkan saya seperti seorang perempuan langganan di atas katil. Nafkah masih diberi suami, namun saya tidak langsung menggunakannya.
Di waktu siang semasa suami bekerja, saya hanya menghabiskan waktu membuat cookies untuk dijual kerana saya terlalu bosan di rumah. Suatu hari, rahsianya terbongkar apabila saya terbaca mesej suami saya dengan wanita lain .
Wanita itu merupakan kawan lama di sekolah menengah suami saya. dan suami mempunyai hubungan dengan wanita itu di belakang saya. Suami saya selingkuh dengan saya. Perit hati rasa, hidup saya seakan kosong, tiada makna. Saya tiada sesiapa untuk meluah rasa kecuali kepada kakak saya yang tinggal berkilometer jauhnya.
Saya membuat keputusan untuk minta dilepaskan. Tetapi saya belum beritahu suami. Kerana saya disahkan mengandung 2 bulan. Saya pada waktu itu tidak pasti sama ada itu adalah khabar gembira atau tidak. Saya terlalu sedih kerana benih ini wujud bukan kerana cintanya suami saya pada saya. Saya ingin lari, jauh dari suami saya kalau boleh. Saya buntu, saya sayangkan anak dalam kandungan ini kerana inilah cahaya mata kami berdua. Tapi tiada hak saya untuk minta cerai disaat benih suami yang saya kandung.
Saya menahan seksa, menelan rasa sehingga pada suatu malam, kesabaran saya sudah sampai penghujungnya. Saya mengetuk pintu bilik suami, sambil membawa cincin pernikahan kami berdua. Saya ingin memulangkan cincin tersebut, kerana saya ingin dia melepaskan saya, meminta agar suami faham akan permintaan saya.
Suami mengatakan “Pergi lantakk kau nak buat apa apa pun.” Suami mengambil cincin saya dan suruh saya keluar dari rumah. Dia tidak melepaskan saya tapi meminta saya untuk keluar dari rumah. Saya tidak pasti jika talak jatuh sebab saya sedang mengandung.
Kandungan saya sudah mencecah 5 bulan pada ketika itu. Suami lebih menyayangi wanita itu dari saya dan anak. Saya akur untuk tinggalkan rumah. Saya mengemas barang saya, usah terbayang perasaan saya waktu itu.
Saya dihalau suami saya sendiri. Lelaki yang berjanji akan mencintai saya sehingga hujung nyawanya. Saya mengosongkan almari saya. Yang tinggal di almari saya hanyalah pakaian yang diberi oleh suami, telekung hantaran dari suami dan album perkahwinan kami. Saya redha.
Ini lah jalan penceritaan saya. Saya buntu, tidak tahu kemana. Duit di tangan masih ada. Di dalam akaun, berbaki hanya RM2500++. Saya nekad untuk memulakan hidup baru. Saya kemudian tinggal di rumah kakak, sementara saya cari rumah lain kerana bimbang mengganggu keluarga kakak. Saya nekad untuk berniaga kerana keadaan saya tidak sihat atas alahan yang saya alami hasil pembawaan anak dalam kandungan.
Kakak saya sudi meminjamkan saya wang modal untuk berniaga nasi lemak setiap pagi dan di waktu petang, saya mengambil upah kerja di kedai dobi. Pendapatan saya hanyalah lebih kurang Rm1500, alhamdulillah masih cukup untuk saya sara anak.
Saya bercadang untuk pulang ke rumah bapa apabila saya sudah bersedia. Ibu saya sudah pergi buat selamanya kerana sakitt dua tahun lalu. No telefon saya sudah ditukar namun, suami masih cuba untuk menghubungi saya melalui kakak saya tetapi kakak tidak melayannya.
Namun dia tetap memberi nafkah setiap bulan. Namun saya tidak menggunakannya malah saya memulangkan nafkah tersebut pada akaun bank suami balik. Saya mampu hidup tanpa wang suami kerana saya taknak menyusahkan suami lagi.
Saya juga tidak tahu tentang keadaan suami saya dengan wanita itu, Apa yang saya tahu, selepas anak saya dilahirkan, saya akan failkan perpisahan. Saya masih sayangkan suami saya. Saya rela dilepaskan untuk lihat dia bahagia. Bagi saya, tiada makna erti perkahwinan jika tiada rasa sayang.
Doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak saya. Saya ingin menjalani hidup baru bersama permata hati saya yang bernama Nur Natasha yang bermaksud cahaya kekuatan, moga Natasha kuat seperti saya suatu hari nanti. Cinta tak bererti kita harus memiliki, kadang kadang cinta bererti kita harus melepaskan.
Terima kasih sudi mendengar luahan hati saya. Buat suamiku. Wahai suamiku, terima kasih kerana telah menjaga Saya dan menyayangi Saya walaupun dalam tempoh yang singkat. Anak dalam kandungan ni adalah hadiah paling bermakna untuk Saya walaupun abang benci kami berdua. Saya redha. Saya nak abang bahagia bersama dia. Saya sedar siapa diri Saya. Saya janji akan jaga anak kita sebaiknya. Ampunkan dosa Saya. Jangan cari Saya lagi.
Sumber IIUM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment