Suami Bercerai Sbb Tergilakn Aku, Tp Masa Aku Tgh Mgandung Suami Prgi ‘Bersama’ Dgn Bekas Isteri Dia, Bila Aku Tanya Ini Jawapan Dia Bagi

Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin, andainya siarkan luahan hatiku ini. Nama aku Siti Mazlin (pastilah bukan nama sebenar). Aku Setiausaha di sebuah syarikat besar. Suami aku asalnya adalah boss aku. Nama suami aku Wahab (bukan nama sebenar). Aku sudah berkahwin 2 tahun dengan suami aku seorang duda anak dua. Anak-anak tiri aku perempuan usia 13 dan 11 tahun. Sekarang aku mengandung 6 bulan.

Aku mengaku aku yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga suami aku dengan isterinya. Isterinya Laila (bukan nama sebenar) seorang engineer di syarikat Oil n Gas di Kuala Lumpur.

Bukan salah aku. Suami aku yang main mata dengan aku di pejabat. Suami aku kata dia tak bahagia dengan isterinya.

Suami aku kata dia harap akan ada anak lelaki dengan aku kerana kedua-dua anaknya perempuan dan isterinya sangat garang dengannya.

Banyak keburukan isterinya aku dengar dari mulut Wahab.

Aku intai juga akaun fb isteri Wahab. Isterinya cantik tidak seperti yang Wahab katakan isterinya hodoh dan selekeh. Isterinya jenis bergaya dan nampak baik. Aku tengok video mereka bercuti di Pulau Jeju, isterinya bercakap lemah-lembut.

Aku lihat tidaklah mulut Laila celupar seperti yang Wahab selalu cerita. Ada 3 ribu friends dia berbanding aku yang hanya ada 2 ratus friends. Bagai sepadan dengan Wahab yang kacak bergaya berbanding aku.

Aku mula merajuk kerana aku kata pada Wahab isterinya cantik. Namun Wahab memujuk aku. Wahab kata pada pandangan mata Wahab, aku lagi cantik dari isterinya.

Kami kerap bercuti dan tinggal di hotel-hotel apabila ada kesempatan. Wahab selalu menipu Laila kata outstation.

Kami terus bercinta 2 tahun sebelum akhirnya Wahab meminang aku. Wahab ceraaikan isterinya kerana aku.

Bahagia aku rasa apabila Wahab utamakan aku dari isterinya dan anak-anaknya. Aku rasa aku yang paling cantik dan beruntung kerana Wahab ceraaikan isterinya kerana aku. Kami berkahwin dengan meriah.

Mungkin aku rasa bersalah kerana menjadi punca perceraaian Wahab dengan isterinya Laila (bukan nama sebenar). Jadi aku nekad nak baikkan mereka berdua.

Aku pujuk Wahab teman Laila belikan barang keperluan sekolah anak-anak mereka. Laila memang benci kepada aku.

Anak-anak tiri aku selalu menyindir aku kerana diajar Laila. Anak-anak tiri panggil aku “Bitch” “Penyondol”. Aku sabar kerana sedar kesalahan aku bercinta dengan suami orang.

Aku tetap mendorong Wahab berbaik dengan Laila demi anak-anak. Aku layan anak-anak tiri dengan baik walaupun aku saakit hati kerana dipanggil B1tch setiap kali Wahab tiada. Aku rasa hendak ketuk-ketuk kepala dua budak perempuan tuh.

Hinggalah suatu malam ketika Wahab mandi, aku ternampak di Notification hp Wahab mesej dari Laila. “Best laa pagi tadi, abang makin lama makin power”. Aku sentap. Aku baca mesej Laila kerana aku tahu password hp suami aku.

Berdegup laju jantung aku. Aku lihat banyak mesej bagai orang bercinta. Banyak gambar-gambar b0gel bertukar antara mereka.

Bekas Suami bercinta dengan Bekas Isteri. Bekas Suami itu adalah Suami Aku. Wahab. Macamana aku boleh terlepas pandang??

Aku meng4muk. Suami aku keluar dari bilik air, aku baling segala apa yang sempat aku capai. Berd4rah kepala suami aku kena pasu kaca mahal hadiah kahwin aku itu. Pecah berderai.

Aku meng4muk sepanjang malam. Aku pecahkan semua yang boleh aku pecahkan. TV 60 inci, aku hempas periuk Noxxa, aku toreh sofa chesterfield dengan pis4u. Aku toreh semua langsir.

Aku pecahkan cermin depan kereta BMW Wahab dengan batu taman. Kuat pula aku angkat batu hiasan besar itu dengan sekali baling pecah cermin kereta Wahab. Aku benar-benar marah.

Suami aku terkejut. Dia cuba pujuk aku. Aku Tak Nak. Aku pecahkan frame gambar kahwin kami. Aku pecahkan sliding door kaca. Aku benar-benar saakit hati.

Suami aku kutuk aku pada Laila sama seperti yang suami aku kutuk Laila pada aku dulu.

Sekarang aku sedih. Aku tidak percaya lagi pada suami aku. Aku berhenti kerja. Sekarang aku 24jam duduk dalam pejabat suami aku. Handphone suami, aku pegang dan check sentiasa.

Aku sedih. Alangkah baiknya jika suami aku tidak berbaik dengan bekas isterinya seperti janda lain. Aku tengok ramai perempuan yang bermusuh dengan bekas suami mereka selepas berceraai.

Sekurang-kurang apabila benci, mereka tak maen dengan bekas suami seperti Wahab dan Laila. Bodohnya aku kerana baikkan mereka berdua.

Wahab bagitahu aku, biasalah zaman sekarang bekas suami kalau berbaik dengan bekas isteri mesti maen seround dua, ambil kesempatan ketika jumpa anak. Semua macam itu kalau berbaik.

Yang tak maen itu jenis perempuan yang benci bekas suami mereka. Jenis yang tengok muka pun tak mahu. Habis aku???? Nak campak mana aku ini???

Aku lebih suka Laila seperti perempuan lain yang benci bekas suami mereka. Tak Berjumpa. Tak Bercakap. Block Sampai Mati.

Kenapa Laila tak block sahaja suami aku?? Jadi aku block Laila. Aku tukar nombor handphone suami aku. Laila dan anak-anak nak bercakap kena melalui aku.

Sekarang aku tak boleh tidur lena. Aku kerap terjaga malam. Lima enam kali aku terjaga. Aku mesti check suami aku tidur atau tidak di sebelah aku. Aku check handphone suami aku.

Aku mula menjadi wakil suami aku dalam membalas mesej-mesejnya. Termasuk mesej-mesej dari tempat kerja. Aku jadi setiausaha suami aku 24jam.

Adakah aku sudah hilaang akal?

Aku cuma mahu mempertahankan perkahwinan aku ini. Aku akan berikan anak lelaki kepada Wahab dalam masa 3 bulan lagi. Aku takut dalam aku pantang nanti Laila berjumpa Wahab dan mereka berskandal lagi.

Alangkah baiknya kalau Laila benci kepada bekas suaminya seperti janda-janda lain. Tidaklah aku separuh gila begini.

Aku mahu Laila benci kepada Wahab. Apa perlu aku buat?

Bantu aku please.

Ini antara reaksi win daripada netizen.

Wahid. Ala..tt. daripada awak meng4muk, suruh aja wahab rujuk balik wife dia. Wahab tak boleh move on tu. Apa ada hal, lagipun hubungan awak dgn isteri dan anak dia ok apa.

Dulu awak pun skandal dgn siwahab juga. Bila kena btg hidung ngapa meng4muk? Wahab tu mampu jer poligami kan.

Tengok jenama brg yg awak rosakkan tu semua, jenama kayangan weeeii..bkn senang nak dpt kalau awak buat tindakan pentingkan diri. Terima la poligami. Jgn penting diri sendiri.

Fazilah. Samalah korang bertiga elok bersatu semua, “Biasalah bekas isteri berbaik dgn bekas suami main seround dua????” Yang tak main tu sebab benci dgn bekas suami?

Bukan sbb benci atau suka dik, sbb tahu ziina tu apa dan balasan nya mcmana, dibalas kat dunia takkan ditangguh di akhirat Ya Allah kehidupan apa kah ini, Ziina tu biasa ye kat mata korang?
Nauzubillahiminzalik

Zi. Rs mcm roda kan..berputar dan jumpa pusingan nya kembali.. seumpama wahab adalah satu alat aje..remote tu di mana?? Remote tu bukan pada awak..tp cuba fikir dimana?? Kan…

Awak pon jd alat jugak..yg manis nya cuma sementara, last2 balik kpd lubuknya.. begitu lah dunia kita sekarang ni yg semua nya pinjaman..jadi awak kena setkan diri awak just meminjam dari laila..dan kembali kan semula kpd wahab..

kalau awak tak bagi balik wahab, awak akan mengalami satu depression yg kuat akhirnya awak tak siuman..atau setidak-tidaknya awak kena low kan perasaan utk menguasai, awak kena redha bermadu..

berkongsi dengan cara yg halal..bg lah Wahab kawin semula dengan bekas isteri nya itu.. mencari halal itu fardhu dan semoga anda bertiga hidup dalam redha Allah…amin.. walhualam.maaf kalau x kena

Azizah. Ntah² tak beceraai pun sblum kawen dgn awak, mereka dah lama rancang awak yg lalai..Mmg rasa mcm baca karangan. Kalo betul terima je la kifarah..

Kisah Kedua Lebih Mendebarkan

5thn suami xnk bg nfkah batin sbb asyik melangan pelacuur. Aku ttp usaha g0da tp tak bjaya

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin IIUM Confession atas keizinan untuk menyiarkan kisah saya. Nama ku J, Seorang surirumah. Suatu ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta, Namun ku korbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dan rumahtangga.

Perkahwinan ku telah berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10.

Suamiku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak-anak dan kedua ibubapa nya dan juga ibubapaku. Seorang yang ringan tulang membantu kerja-kerja dirumah.

Justeru sesiapa sahaja yang mengenaliku merasakan aku adalah wanita terbahagia.

Namun tiada siapa yang mengetahui. Suamiku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami.

Aku mula mengetahui perbuatan suamiku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suamiku gemar melanggan wanita diluar.

Di awal perkahwinan suamiku tertangkap olehku membawa wanita balik ke rumahku.

Allah Maha Pengasih..

Tergerak hatiku untuk pulang kerumah dek kerana tertinggal bag kerja ku ketika itu.

Hairan melihat kereta suamiku di garaj rumah lantas ku segera ke bilik kami. Suami ku bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.

Long story short,

Selama 17 tahun perkahwinan Aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami. Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi gelap suamiku.

Suami tidak pernah serik sering bertukar-tukar pasangan. Pernah ku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi gelapnya.

Berkali-kali ku beri peluang kepadanya

Ku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia-sia.

Seringkali ku terjumpa bukti-bukti kegiatan nya (kadang-kadang terjumpa k0ndom, resit hotel dan pernah terjumpa coli di dalam bag kerjanya)

Aku tak cerdik? Biarkan diriku diperlakukan sedemikian?

Ya aku tak cerdik. ketak cerdikan aku adalah demi pengorbanan ku untuk orang lain. Untuk anak-anakku yang sememangnya amat rapat dengan suamiku. Berkorban untuk kedua ibubapanya.

Ibubapa agak uzur dan pasti dah dapat menerima jika mengetahui sisi gelap anaknya.

Tiada siapa mengetahui masalah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia.

Suami ku tetap ‘portray’ kan dirinya seorang yang baik. Dan layananku terhadap suami masih sama. Makan, minum nya tetap kujaga walaupon hatiku amat h4ncur.

Kini genap 5 tahun suamiku tidak menyentuh dan menunaikan nafkah batin kepada ku.

Pelbagai usaha ku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap ku. Ku berhias, membeli ling3rie yang hot dan sexy namun suamiku langsung tidak mempedulikan ku.

Walaupon kadang-kadang aku berasa jijik ingin bersamanya dek kerana suami masih melanggan wanita diluar.

Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima…

Cuma satu aku minta Doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni. Kuat demi anak-anak dan kedua ibubapanya.

Haniza. Cikgu saya pernah kata… Jangan tunjuk bodoh depan orang ramai.. ni salah 1 la ni… Da tau x cerdik.. konon mithali sangat.. nak jaga ati orang2 lain.. tapi beriya tulis confession kat sini.. apa tujuan.. nak tunjuk kata baik ka.. ka nak habaq kata laki hang jahat hang baik… Iskkkk.. x leh la aku..menyesai pulak aku baca..

Azia.Rasa kesian, tapi benda tetap silap atas pilihan sendiri ..tapi yalah…bukan mudah, demi anak anak kan..tapi bagi saya, sbb sis masih terus memaafkan perangai suami tak berubah..moga saja ada jalan lebih baik utk sis dan anak anak sis…

Sementara hati masih berbelah bagi, simpan segala bukti perbuatan suami ya sis…orang yang pandai berpura pura, risau sis yang disalahkan orang sekeliling satu masa nanti bila segalanya perlu diceritakan….

Semoga kuat dan Allah beri jalan terbaik…aamiin

Norlaila. Kita hidup kerana Allah.Jelas suami tu sedang berm4ksiat kenapa nak bertahan? Takut anak hilaang bapa,IBU bapa sedih keburukan suami tersingkap?

Silap ni,kita patut lebih takut murka Allah,lebih takut anak anak berbapakan si pendosa besar,lebih takut ibubapa tu meraung diakhirat bila tahu kebejatan sianak dan lebih takut apabila diamnya isteri sebenarnya dijadikan salah satu saham penyumbang berlua luasanya dosa sisuami.

jgn takut berpisah,bersangka baik dgn Allah,Allah itu Maha Baik,tidak akan disia siakan usaha u utk tidak sekongkol dgn m4ksiat sang suami,InsyaAllah Allah akan pelihara u,anak anak u dan parent tu…..percayalah

Ann. Puan bukan isteri yg baik.. Puan menzalimi diri sendiri demi kehidupan dunia yg sementara ini.. Puan membiarkan dan menyokong m4ksiat depan mata demi tdk mahu bergelar janda…

Puan meletakkan maruah diri sangat rendah disisi Tuhan dan merisikokan kesihatan puan demi cintakan suami.. Puan membiarkan kehidupan anak2 puan hilaang keberkatan dengan bersekongkol m4ksiat bersama suami atas alasan tdk mahu anak kehilaangan ayah…

Puan adalah contoh wanita yg memilih dunia berbanding akhirat… Ketaatan puan kini memakan diri.. Amar makruf nahi munkar..

tapi sayangnya confession puan masih memikirkan ttg nafkah batin dari suami yg zalim itu???.

Saya simpati dengan puan.. Allah tdk mengubah nasib kita jika kita tdk mengubahnya sendiri…. Moga Allah bg peluang kepada puan mencari jalan Allah….

Nor arfa. Terpulanglah kak.. nak mcmana.. akak yg pilih jalan tu . Kalau kami dlm page ni berjemaah menasihati pun..akak dh jawab yg akak rela dikatakan bodoh…so apa nak buat. Cuma secebis nasihat.. walau sebagus dan sebaik mana pun dia layan awak.. tapi awak juga seolah olah bersubahat dengan dia dlm halal haram perbuatan kerana awak tahu dia berzina tapi awak…hmmmm….pilihlah bahagia utk diri sendiri..sb nanti maati pun seorg diri..jgn lak nanti sbkan suami yg suka langgan perempuan/tukar pasangan..alih alih awak yg kena tempias…masa tu xleh nak ckp apa

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*