Sekitar Majlis Pernikahan Usop Mentor Dan Isteri, Memang Cantik Dan Tertarik

Pulau Pinang – Penyanyi Usop, 24, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim atau Teha, 25, pada jam 10 pagi tadi di Kompleks Darul Hidayah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Akad Nikah Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor dan Teha disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Haji Harun Idris dan berwalikan Md Hashim Nordin bapa pengantin perempuan serta bersaksikan Muhammad Firdaus Md Hashim abang pengantin perempuan dan Mohd Noor Ismail bapa pengantin lelaki.

Untuk info, Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang serta menjana pendapatan sampingan iaitu berniaga barangan k.osmetik.

Menurut Usop, dia berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Teha sehingga ke anak cucu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Teha. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” kata Usop.

Ketika berbicara mengenai perancangan cahaya mata, pelantun lagu Aku Yang Bersalah ini menyerahkannya kepada ketentuan takdir.

“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.

“Tapi buat masa ini, fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Teha bahagia bersama saya,” katanya lagi.

 

 

Dugaan sebelum kahwin, bakal isteri terhantuk pintu… Usop pula tak boleh tidur malam takut salam tangan tok kadi

KURANG seminggu sahaja lagi untuk bergelar suami kepada model sambilan Nur Fatihah Md Hashim, penyanyi Usop berkata dia tidak boleh tidur lena memikirkan hari bahagianya itu.

Menjelang pernikahan pada 4 Februari depan, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 24, berkata segala persiapan sudah selesai dilakukan oleh kedua-dua pihak.

“Alhamdulillah semua persiapan dah selesai dilakukan dan hanya tunggu hari kejadian sahaja. Sejujurnya makin dekat hari nak nikah, makin rasa gementar pula.

“Sampai nak tidur malam pun tak lena, saya memikirkan saat-saat nak berdepan tok kadi tu… takut tu memang ada tapi mahu tak mahu saya kena hadap juga.

“Kalau nak tahu, mata kiri bakal isteri saya mengalami lebam kerana terhantuk pintu baru-baru ini. Saya dah bawa pergi klinik, syukur tak ada kecederaan teruk.

usop 4

Usop kongsi foto pra perkahwinannya dengan bakal isteri.

Harap kesan lebam tu cepat sembuh, kalau tak kena tutup dengan mekap la nanti,” katanya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, pasangan ini mencuri tumpuan peminat apabila foto dan video pra perkahwinan mereka menerima pujian serta mendapat komen positif daripada netizen di media sosial.

Dalam perkongsiannya menerusi aplikasi TikTok itu, pasangan ini memilih tema Inggeris dengan mengenakan suit dan gaun merah sedondon.

Macam-macam komen saya terima daripada netizen… kebanyakannya memuji dan minta kami kahwin cepat-cepat!

“Macam-macam komen saya terima daripada netizen… kebanyakannya memuji dan minta kami kahwin cepat-cepat. Alhamdulillah yang positif saya ambil tapi yang negatif tu saya abaikan sahaja.

“Saya pun tak sempat nak baca dan balas semua komen kerana sibuk menyelesaikan beberapa tugasan kerja sebelum bercuti selama dua minggu.

“Selepas selesai majlis resepsi di pihak lelaki, saya terus pulang semula ke Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran drama. Saya mohon peminat doakan semoga urusan kami dipermudahkan ya,” ujarnya.

usop 2

Usop dan tunang tak sabar menanti hari bahagia mereka itu.

Penyanyi lagu Lenyap ini mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

Menerusi laporan mStar, Usop berkata dia mengenali Fatihah ketika menghadiri majlis rumah terbuka sahabatnya di Kedah pada tahun 2019.

Kata Usop, dia tertarik dengan Fatihah kerana kecantikan dan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh gadis berusia 25 tahun ini.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*