
Perkongsian sebuah video di Instagram milik penyanyi Baby Shima ternyata membuatkan ramai peminatnya terkejut.
Tiada angin tiada ribut, penyanyi tersebut tampil dengan gaya bertatu yang diletakkan pada bahagian lengan kiri dan belakang badan.
Tambah membimbangkan, imej tatu ‘tanduk merah’ yang digayakan juga seperti tidak bersesuaian dengan penampilan Shima yang beragama Islam.
Pun begitu, menerusi posting berkenaan, Shima tidak menyatakan alasan berhubung tindakan tersebut. Shima sebaliknya meminta orang ramai untuk menontonnya di YouTube.
“Nak tahu sebab apa Baby Shima bertatu, boleh tengok di YouTube,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di YouTube, penampilan bertatu Shima itu rupanya hanyalah sekadar gurauan atau ‘prank’.
Kedua-dua tatu tersebut menggunakan jenis pelekat yang boleh dipadam. Pendedahan tersebut sekali gus meleraikan rasa panik dalam kalangan peminatnya.
“Ah lega, ingatkan tatu betul, memang dah emo juga tadi”.
“Itu pelekat bukan tatu betul”.
“Suka dengan prank video kak Shima, menarik. Kita pun terkejut tengok teaser dekat Instagram,” tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah.
Seram! Penonton nampak kelibat misteri dalam MV Baby Shima, ada kru diganggu sampai terpaksa panggil ustaz
VIDEO muzik (MV) lagu terbaharu Baby Shima berjudul Bak Zaman duet bersama Fairuz Misran menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Ini selepas penonton mendakwa melihat kelibat dan bayangan misteri dalam MV tersebut yang dimuat naik di laman YouTube sejak Selasa.
Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan oleh peminat mengenai bayangan misteri yang dilihat dalam MV berkenaan.
“Sejujurnya saya pun terkejut apabila tiba-tiba pengikut cakap nampak jelmaan dalam MV itu, saya pun tak pasti dekat minit ke berapa muncul bayangan itu.
“Saya muat naik sedutan MV itu di TikTok malam Selasa, terus jadi seram bila orang komen bercakap mengenai perkara itu… sampai trending video itu di laman tersebut.
Shima terkejut penonton maklumkan melihat jelmaan misteri dalam MV lagu baru.
“Saya dan pengurusan tonton semula MV itu dan cari mana jelmaan yang dikatakan itu, kami pun hairan macam mana ada orang nampak bayangan misteri itu, mungkin pandangan orang berbeza,” katanya kepada mStar.
Sebelum itu, menerusi TikTok, pengikut memaklumkan melihat jelmaan misteri seakan-akan bayangan seorang wanita dalam MV lagu terbaharu nyanyian Baby Shima itu.
“Seram nampak macam bayang-bayang di dinding itu, tengok belah kanan sekali. Adakah itu jelmaan?
Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Cuma tak sangka selepas MV dah siap timbul pula isu ini.
“Ada benda yang nak menyelit sekali… seelok-eloknya Baby Shima amalkan membaca doa sebelum memulakan apa-apa kerja supaya tak ada yang menumpang.
“Kenapa aku nampak bayangan dalam MV ni tapi korang kata tak ada? Serius seram masa tengok bahagian tu,” tulis netizen di ruangan komen.
Dalam pada itu, Baby Shima turut berkongsi pengalaman mistik yang dilalui olehnya dan produksi ketika penggambaran MV tersebut pada hujung tahun lalu.
Lagu terbaharu Baby Shima bersama Fairuz Misran berjudul Bak Zaman trending di YouTube.
Cerita Shima, beberapa orang kru turut menerima gangguan hingga terpaksa mendapatkan bantuan ustaz.
“Sebenarnya semasa penggambaran ada sedikit gangguan di mana jurumekap dan produser mengalami gangguan sampai terpaksa panggil ustaz untuk pulihkan kawasan.
“MV itu menjalani penggambaran di sebuah tapak kilang di Puchong. Selesai penggambaran pengarah kami demam tapi Shima tiada apa-apa masalah cuma terasa seram sebab shooting dari pagi sampai malam.
“Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Cuma tak sangka selepas MV dah siap timbul pula isu ini,” ujarnya.
Sedutan MV Bak Zaman yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu mendapat lebih 3.5 juta tontonan dalam masa 10 jam.
MV penuh di saluran YouTube Rusa Music pula menerima lebih 100 ribu tontonan dalam masa sehari.
Sedikit Trivia Baby Shima
Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima (lahir 20 September 1998) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta D’Academy Asia (musim 3) di Indonesia serta peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria. Beliau bernaung di bawah syarikat rakaman Indonesia, Nagaswara.
Beliau dilahirkan pada 20 September 1992 di Permas Jaya, Johor Bahru, Johor dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik kepada pasangan Ramli Ali dan ibu Zaleha Mohamed.
Baby Shima mula berkecimpung dalam bidang muzik selepas bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010 anjuran Berita Harian. Beliau kemudiannya mengikat kontrak bersama KRU Music Group dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, “Tak Sabar” ciptaan Edry Abdul Halim.
Beliau juga berhasrat ingin mencipta nama di Indonesia, ini terbukti apabila beliau terpilih sebagai salah seorang peserta D’ Academy Asia musim ketiga di Jakarta, Indonesia pada 2017.
Baby Shima menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Sissy Imann dan Fara Hezel. Sewaktu konsert minggu kedua, beliau jatuh pengsan setelah beliau selesai membuat persembahan dan dibawa ke hospital.
Pada Jun 2020, beliau menerima pengiktirafan oleh YouTube Malaysia apabila saluran YouTube beliau menerima YouTube Malaysia Gold Creators Awards 2020.
Sumber Gempak/WIKI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment