
Baru-baru ini, pelakon veteran berkaliber Norlia Ghani telah dikata masih ‘gedik’ nak tawaran berlakon walau dah tua oleh seorang pelakon wanita yang bertudung labuh.
Norlia yang enggan mendedahkan identiti wanita itu berkata dia tidak mahu panjangkan cerita dan kemudiannya menjadi ‘viral’ (tular). Katanya, pada usia warga emas kini tidak sesuai untuknya terkait dengan isu sehingga viral di media sosial.
“Saya anggap dia kurang ajar. Ibu bapa dia tak ajar hormatkan orang tua. Dah katanya, kita tua dan saya tak marah pun sebab umur sekarang sudah 73 tahun. Tapi dia kata, ‘gedik’ kenapa?
“Saya ada ganggu dia ke, suami atau anak dia ke? Kenapa tiba-tiba kata ‘gedik’ dan orang tua macam saya pula dipilih. Pada hal, ada orang lain yang ‘gedik’ dan lebih daripada ‘gedik’ pun ada. Tapi, kenapa tak cakap macam itu?,”
“Apapun, bila kita dengar perkataan ‘gedik’ itu, dalam bahasa kasarnya gatal. Kalau kata saya gatal itu pasal apa, saya ada ganggu suami dia ke? Saya sebenarnya malas nak layan perkara-perkara macam ini.
“Tapi pada saya, dia itu orangnya kurang ajar. Dah tak ada topik nak keluar, dia buat benda-benda macam ini. Biarkanlah sebab saya pun dah biasa. Sudah lebih 50 tahun saya berlakon dan macam-macam orang cakap saya,” ujar dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.
Norlia berkata dia masih lagi gigih ‘shooting’ drama kera ada rezeki. Ujarnya, dia bersyukur kepada Allah kerana masih memberinya rezeki dan dia jadi bersemangat sebab mampu berlakon lagi.
Ditanya juga dari mana dia tahu mengenai tohmahan terhadap dirinya itu, Norlia berkata benda dikongsi di media sosial. Tapi, tak apalah memang tak mahu melayannya dan panjangkan lagi cerita.
“Lainlah kalau cakap berdepan dengan kita, tahulah nasib dia. Kalau dia kata depan saya ‘gedik’, paling-paling penampar yang dia dapat,” katanya.
Norlia yang sangat popular dengan watak Joyah menerusi drama popular ‘Opah’ yang disiarkan RTM pada 1980-an berkata, dia hanya mahukan ketenangan dalam kelangsungan hidup di usia emas sekarang.
Apa salah Norlia Ghani?
Poklip tak faham dengan mentaliti segelintir warganet yang tak sudah-sudah mengecam dan mengutuk legenda kita, Norlia Ghani. Ada sahaja yang kalian kecam.
Yang terbaharu, Norlia dikatakan tergedik-gedik mahu berlakon lagi walaupun usianya sudah tua ganyut. Eh, kenapa pula dia tidak boleh berlakon? Apa salahnya?
Yang mengecam dan mengutuk itu ada buat tabung derma untuk Mama Norlia ke? Yang boleh dia buat beli makan, minum dan tampung kehidupan sendiri kalau tidak berlakon?
Tetapi paling mengejutkan Poklip adalah kecaman itu datang daripada kalangan selebriti kita juga. Apa yang tak puas hati sangat ya?
Poklip ada menghubungi Mama Norlia. Dia sebolehnya tidak mahu membuka mulut siapa gerangan si polan itu.
Tetapi korek punya korek, Poklip dapat tahu dia seorang pelakon dan paling penting, bertudung labuh!
Ha, tak semua yang kita nampak baik di media sosial itu, hatinya sama suci ya. Kadang-kadang isu ini buat kita tertanya, propakah mereka? Tuhan sahaja tahu.
Tapi Mama Norlia yang Poklip kenal memang baik. Dan kalau bukan sebab duit sekali pun, dia berlakon kerana cinta dan minatnya. Jadi di mana salahnya dia berlakon di usia menjengah ke angka 73?
Di kala ada segelintir pemain industri yang merendah-rendahkan pelakon berusia, janganlah kita sebagai peminat turut sama. Kita sepatutnya berbangga mempunyai barisan veteran yang hebat-hebat
Kita sibuk membanding-bandingkan industri seni kita yang kononnya masih jauh untuk dibanding dengan Hollywood dan Hallyuwood. Tetapi dalam pada masa sama, menutup peluang dan minat penggiat seni.
Kalau di negara luar, anak seni veteran diangkat, disanjung. Namun malangnya, kita seperti menidakkan mereka. Dikatakan tak cantik lah, tergedik lah. Semua itu bukankah seperti menutup rezeki mereka?
Diharapkan, ramai penggiat seni yang senada dengan Poklip. Malah untuk kita semua, ayuh buang jauh persepsi dan mentaliti sebegitu. Kita raikan kepelbagaian, tidak kira apa jua!
Sumber : myartis.com/liveconnection24
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment