Berkat Hari Jumaat, Usop Selamat Bergelar Suami Model Nur Fatihah Dengan Sekali Lafaz, Jumlah Mas Kahwin Didedahkan

DUA tahun perkenalan akhirnya penyanyi Usop selamat bernikah kepada pasangan pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat.

Pasangan itu diijab kabul dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang.

Dalam majlis pernikahan itu, Usop menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.

Usop 2

Usop mahu jadi suami terbaik kepada Nur Fatihah.

Penyanyi lagu Selamanya ini menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki.

Melahirkan rasa syukur, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor berharap dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik biarpun usianya masih muda.

Buat masa ini, fokus kami untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu.

Penyanyi berusia 24 tahun ini turut berkata dia ingin menjadi seorang suami yang terbaik buat Fatihah, 25.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini

Usop 1

Usop dan isteri enggan terburu-buru soal anak.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.

Berkongsi mengenai cahaya mata, naib juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020 ini enggan terburu-buru kerana ingin fokus membina kehidupan sebagai suami isteri.

“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.

“Tapi buat masa ini, fokus kami untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Usop dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

Dugaan sebelum kahwin, bakal isteri terhantuk pintu… Usop pula tak boleh tidur malam takut salam tangan tok kadi

KURANG seminggu sahaja lagi untuk bergelar suami kepada model sambilan Nur Fatihah Md Hashim, penyanyi Usop berkata dia tidak boleh tidur lena memikirkan hari bahagianya itu.

Menjelang pernikahan pada 4 Februari depan, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 24, berkata segala persiapan sudah selesai dilakukan oleh kedua-dua pihak.

“Alhamdulillah semua persiapan dah selesai dilakukan dan hanya tunggu hari kejadian sahaja. Sejujurnya makin dekat hari nak nikah, makin rasa gementar pula.

“Sampai nak tidur malam pun tak lena, saya memikirkan saat-saat nak berdepan tok kadi tu… takut tu memang ada tapi mahu tak mahu saya kena hadap juga.

“Kalau nak tahu, mata kiri bakal isteri saya mengalami lebam kerana terhantuk pintu baru-baru ini. Saya dah bawa pergi klinik, syukur tak ada kecederaan teruk.

usop 4

Usop kongsi foto pra perkahwinannya dengan bakal isteri.

Harap kesan lebam tu cepat sembuh, kalau tak kena tutup dengan mekap la nanti,” katanya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, pasangan ini mencuri tumpuan peminat apabila foto dan video pra perkahwinan mereka menerima pujian serta mendapat komen positif daripada netizen di media sosial.

Dalam perkongsiannya menerusi aplikasi TikTok itu, pasangan ini memilih tema Inggeris dengan mengenakan suit dan gaun merah sedondon.

Macam-macam komen saya terima daripada netizen… kebanyakannya memuji dan minta kami kahwin cepat-cepat!

“Macam-macam komen saya terima daripada netizen… kebanyakannya memuji dan minta kami kahwin cepat-cepat. Alhamdulillah yang positif saya ambil tapi yang negatif tu saya abaikan sahaja.

“Saya pun tak sempat nak baca dan balas semua komen kerana sibuk menyelesaikan beberapa tugasan kerja sebelum bercuti selama dua minggu.

“Selepas selesai majlis resepsi di pihak lelaki, saya terus pulang semula ke Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran drama. Saya mohon peminat doakan semoga urusan kami dipermudahkan ya,” ujarnya.

usop 2

Usop dan tunang tak sabar menanti hari bahagia mereka itu.

Penyanyi lagu Lenyap ini mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

Menerusi laporan mStar, Usop berkata dia mengenali Fatihah ketika menghadiri majlis rumah terbuka sahabatnya di Kedah pada tahun 2019.

Kata Usop, dia tertarik dengan Fatihah kerana kecantikan dan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh gadis berusia 25 tahun ini.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*