
Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Kita sering mendengar dan terbaca kisah-kisah wanita diderra secara fizikal dan mental di mana-mana dalam rumahtangga. Tak kira bangsa dan agama.
Jujur, pernah tak terdetik dalam hati para pembaca sekalian, betapa bodohnya wanita-wanita ini kerana membiarkan diri terus-menerus hidup dalam penyeksaan bersama anak-anak?
Mesti pernah kan? Pernah tak para pembaca melontarkan komen-komen nasihat menggesa wanita-wanita malang ini untuk minta cerrai, mesti pernah kan?
Para pembaca, words will never be louder than action. Little that people know, that getting away from it, is not an easy as you think, especially when you are dealing with a narcisisists.
Nama saya Kamariah Abidin, mestilah bukan nama sebenar. Sudah masuk usia 4 series, punya 5 orang anak, pernah mendirikan rumahtangga yang bertahan selama sedekad.
Saya berkelulusan Sarjana luar negara, pernah menjadi pensyarah di sebuah universiti swasta terkenal di Malaysia, bergaji besar, hidup sangat berdikari sebelum terperangkap dalam rumahtangga from hell.
Saya berhenti kerja kerana bekas suami mengajak saya berpindah ke negeri lain untuk mengembangkan perniagaannya. Bekas suami pun, berkemampuan untuk menanggung saya, dan dia pun mengajak saya bersama menjalankan perniagaannya.
Penghijrahan tu, memulakan titik tolak penderaan yang berlaku pada diri saya. Di mana silapnya? Saya tidak faham hingga sekarang.
Saya kerap dimarah, ditengking, dimaki dan dihamun, untuk kesalahan yang sangat remeh. Contohnya, cara saya potong labu kuning tak sama dengan cara yang dia biasa potong.
Saya bukan kaki lawan, saya bukan kaki hamun. Saya pernah diterajang hanya kerana bertanyakan kenapa dia tidur lewat, padahal pertanyaan tidaklah lain hanya rasa ambil berat. Biasanya saya hanya akan mendiamkan diri sekiranya dimarah.
Pada ketika itu, saya sungguh hormat pada suami kerana dia adalah orang yang berpengaruh dalam masyarakat, dan saya sering mengingatkan pada diri, untuk terus mengelakkan melakukan kesilapan, try to be near perfect in everything that I do. Hidup saya macam Zombie.
Saya takkan bercerita panjang tentang penderraan yang saya hadapi, itu sudah tersasar dari tujuan penulisan saya.
Saya hanya ingin berkongsi apa yang para pembaca boleh lakukan sekiranya berada di dalam abvsive marriage, dan apa anda perlu fikir sekiranya terbaca tentangnya.
1. Kekuatan dan Perancangan
Kekuatan itu perlu, tapi kekuatan sahaja takkan membawa anda ke mana-mana. Sekiranya berdepan dengan abvsive marriage dan anda ingin keluar daripadanya, anda perlu ada PLAN! Bak kata pepatah English, “fail to plan is plan to fail”.
Aturkan langkah pertama yang anda hendak buat. Sekiranya dipukul, wajiblah buat laporan polis. Kalau betul tekad untuk lepaskan diri, jangan sekali-kali tarik balik laporan.
Keputusan sebegini perlukan hati yang bulat, kalau bersegi-segi, janganlah buang masa pihak berkuasa. Suami anda akan direman, mungkin tak lama. Akan dipanggil untuk dibuat pertuduhan, dibicarakan dan dihukum.
Gunakan tempoh sepanjang ketiadaan si Dia, untuk bebaskan diri, seperti pulang ke rumah keluarga, cari rumah lain atau apa sahaja cara yang sesuai dengan situasi anda. Perlu diingatkan, untuk melakukan semua ini, anda perlukan duit.
Nak pindah duit, nak cari rumah duit, nak balik rumah keluarga duit, nak mulakan hidup baru duit. Sebab tu para pembaca, jangan pertikai, kenapa ada yang bertahan duduk dalam perkahwinan sebegini. Salah satunya adalah kebergantungan sumber ekonomi pada suami, isteri tiada income tiada simpanan.
Maka simpanlah nasihat-nasihat dan komen-komnen murni anda, melainkan berniat mahu menghulurkan RM untuk membantu wanita-wanita malang ni.
Nasib saya agak baik, kerana saya berjaya menjual rumah yang kami duduki, atas nama saya. Rumah kami pada ketika untuk memang bakal di lelong.
Allah hantarkan seorang hamba Allah yang sanggup membeli rumah kami dan urusannya selesai dalam masa yang sangat singkat.
Hasil jualan rumah saya dapat bayar hutang bank, dapat cashback yang mana 70% daripadanya habis saya guna untuk langsai semua hutang.
Pada ketika itu saya fikir, hidup baru saya akan lebih mudah untuk dibina dengan melangsaikan semua hutang. Biar cashless janji debtless.
Oh ya, bekas suami saya pun ketika itu, sudah ada rumah lain, yang dia duduki bersama isteri barunya. Jadinya memang dia telah mengabaikan saya dan anak-anak ketika itu.
Tapi saya okay saja, saya lagi suka dia tiada di rumah. Like I wrote earlier, saya takkan elaborate tentang keburukan bekas suami. Jom fokus.
Setelah terjual rumah saya, saya dan anak-anak berpindah ke sebuah flat 2 bilik, Dari rumah besar, kami berpindah ke flat. Ketika ini, saya masih dalam proses cerai.
Saya buka gerai bersama jiran saya, meniaga mee bandung, soto dan mee kari. Alhamdulillah, perniagaan ni dapat bantu perbelanjaan harian saya selama 6 bulan.
Malangnya saya terpaksa menyerah, kerana kerap sakit akibat sihir. Parents saya gesa untuk balik ke kampong di selatan tanah air dan tinggalkan tempat tinggal ketika itu. Saya akur.
Di hometown, saya mulakan balik hidup baru. Berusia 37 tahun ketika itu, dan ada lapse 10 tahun tidak bekerja dgn majikan, agak sukar untuk saya mendapatkan kerja.
Saya setkan target untuk menhantar permohonan kerja sebanyak at least 10 permohonan setiap minggu, dan saya mesti attend interview sekurangnya 3, seminggu. Sekiranya tak achieve goal, saya akan review balik apa kelemahan pada permohonan saya.
Alhamdulillah saya dapat kerja, walaupun gajinya bertaraf gaji fresh grad, saya tetap terima dan bertekad untuk cari as much experience that I can.
Dalam masa 3 bulan, saya dinaikkan pangkat sebagai ketua di tempat kerja atas komitmen kerja yang saya berikan. Selepas dinaikkan pangkat, saya pun keluar dari rumah parents dan menyewa sendiri.
That was way back in 2017, Alhamdulillah, kehidupan sekarang sangat baik, Bekas suami memang tidak pernah hulurkan nafkah, berhubung pun tak pernah. Takpelah saya malas nak ambil tahu sebab saya sibuk menguruskan diri dan anak-anak.
2. Cari Kelebihan Dalam Diri
Persoalan yang kita selalu tanya kalau nak berpisah (untuk yang tidak bekerja) – Nak bagi anak makan apa? Anda lebih kenal siapa diri anda.
Carilah kelebihan yang ada dalam diri. Saya pandai memasak, tidaklah handal, tapi Insyaallah yang makan akan minta lagi. Belajarlah kemahiran-kemahiran yang boleh mendatangkan keuntungan seperti menjahit, baking, menggubah dan banyak lagi life skills.
Boleh attend kelas-kelas kemahiran anjuran Kemas dan anjuran masyarakat setempat dengan yuran yang sangat minima. Kena usaha dan research. Sebab tu saya cakap, planning tu penting, bukan main hentam keromo nak cerai.
3. Muhasabah Diri
Ingat tak saya ceritakan yang saya sakit disihir? Saya telah kemana-mana untuk berubat. Ketika itu saya seolah tiada semangat hidup, padahal saya telah mendapat kebebasan yang saya nak.
Perut saya membesar, bukan gemuk ya sebab perut saja besar. Akhirnya saya ditemukan dengan seorang guru agama. Dia takde bagi air penawar atau apa-apalah. Dia cuma minta saya pulang ke kampong dan mohon ampun pada ibu dan bapa saya,
Walaupun setahu saya, saya tiada konflik dengan mereka, tapi tanpa saya sedari hati mereka pernah terguris mungkin kerana perbuatan atau percakapan yang saya tidak sengajakan.
Itu sahaja yang diminta buat oleh guru agama tersebut, selebihnya dia minta saya teruskan beramal macam biasa.
Memang kehidupan saya lebih baik selepas itu, Saya terus sihat, dan bersemangat. Perut saya surut saya betul-betul rasa sihat!
Masalah kesihatan, masalah rumahtangga, mungkin itulah musibah yang Allah turunkan pada saya atas kekhilafan saya. Perjalanan kehidupan saya lebih smooth, walaupun kewangan masih belum kukuh ketika itu, saya rasa cukup. Alhamdulillah.
Kata Akhir Saya
Para pembaca, anda tidak akan faham kesusahan untuk melepaskan diri dari abusive marriage selagi anda tidak merasainya sendiri.
Domestic vi0lence merobekkan segala apa yang ada pada diri seseorang, keyakinan diri, maruah, it bleeds you dry,
Dan wanita yang malang ini akan end up mempercayai yang mereka tidak akan dapat survive tanpa berada di sisi suami yang menderanya. Saya pernah melaluinya dan saya sangat faham.
Percayalah, tiada siapa yang boleh memahami wanita yang didera dalam perkahwinan melainkan another battered women.
Oleh itu, berkata baiklah sekiranya anda terjumpa dengan wanita-wanita malang begini. Bantulah mereka, jangan dipertikai mengapa mereka berada dalam perkahwinan itu, bantulah tanpa prejudis. Domestic Vi0lence Survivor, – Kamariah Abidin (Bukan nama sebenar)
Sumber KRT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment