Hidup Wanita Ini Berubah Semua Selepas Berkahwin Dgn Warga Nigeria, Dia Ceritakan Apa Telah Terjadi Kepada Dirinya

SEORANG wanita kecewa apabila diri serta perniagaannya menjadi mangsa kecaman hanya disebabkan tindakannya memilih jejaka berasal dari Nigeria sebagai suaminya.

“Sales terus tak ada bila mereka tahu husband founder Wow Slim dari Nigeria, buat live pun cuma seorang dua sahaja yang masuk.

“Husband susah hati sebab tunggakan makin banyak, kesian dia, dia rasa bersalah.

“Ramai yang kecam dari bagi sokongan, apa salah dia? Sebab dia dari Nigeria ke?” tulis pengasas Wow Slim, Ros Ramlan,44, di laman sosialnya.

Bercakap kepada mStar, ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, mereka menerima pelbagai kecaman serta tuduhan termasuk digelar scammer.

“Sejak kami mula dikenali di TikTok, kalau suami bagi duit mereka akan cakap itu duit dari scam orang, mereka kata kami ni scammer sebab ikut suami saya.

“Padahal perniagaan kami adalah perniagaan yang betul, saya mula berniaga sejak tahun 2018 lagi,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.

Malah, menurut Ros, suaminya, Faris Hakim, 40, merupakan insan yang banyak membantunya di saat perniagaannya terjejas teruk sebelum ini

“Sebelum ni perniagaan saya kira okay, sebulan sales dalam RM80,000 tapi kini turun mendadak dalam RM20,000 ke RM30,000 sebulan.

“Banyak yang terpaksa potong untuk teruskan perniagaan, kereta terpaksa jual, sekarang guna satu kereta sahaja.

“Kadang-kadang kesian dengan suami sebab masa perniagaan saya jatuh teruk tahun 2019 dia yang banyak bantu naikkan semula periagaan,” katanya.

Faris banyak membantu Ros menaikkan semula perniagaannya yang sebelum ini pernah terjejas.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, mereka kini dihimpit hutang hampir RM50,000 termasuk tunggakan rumah, kereta, bayaran sewa pejabat dan utiliti.

Ros yang sudah berkahwin dengan Faris selama hampir dua tahun berkata, selain media sosial, mereka juga pernah dikecam individu tidak dikenali yang tidak berpuas hati melihat dia berkahwin dengan orang luar.

“Kadang-kadang saya tengah jalan dekat luar pun orang Melayu kita sempat lagi nak sound sedangkan kami tak kenal pun.

“Mereka cakap kemaruk sangat dengan orang luar, nanti jadi kambing hitam baru nak menyesal.

“Terkejut jugalah saya dengar,” katanya.

Ros bersama keluarganya.

Menceritakan mengenai perkenalannya dengan Faris, Ros berkata, dia membuat keputusan untuk menikahi suaminya itu selepas lebih kurang sebulan mengenalinya.

“Saya jenis malas nak fikir bercinta bagai, kami terus nikah je.

“Lagipun anak-anak dah besar,” katanya, sambil menambah suaminya itu seorang yang sangat bertanggungjawab malah sanggup melayani anak-anaknya seperti anaknya sendiri.

Video yang dikongsikan Ros di laman TikToknya sudah meraih lebih 600,000 tontonan setakat ini.

Lain pula kisah dibawah ini,

Wanita melayu ini kongsi pengalaman berkahwin dengan warga asing dari Afrika

Wanita melayu ini kongsi pengalaman berkahwin dengan warga asing dari Afrika

Perkahwinan campur dalam masyarakat kita bukanlah perkara asing lagi. Cuma cara penerimaan sahaja yang kadang-kadang berbeza. MentaIiti rakyat kita kadang-kadang memandang hin4 kepada pasangan yang berkahwin campur. Bukankah kalau sudah itu jodoh yang tertulis kita seharusnya menerima ketentuan tersebut.

Wanita ini telah berkahwin dengan seorang lelaki berkulit geIap berasal dari Guinea. Sebelum ini pernah tuIar kisah perkahwinan mereka di laman media sosiaI. Mungkin ada yang pel1k tetapi wanita ini berbangga dengan pilihan yang dirasakan sangat tepat.

Wanita yang bernama Fila ini turut berkongsi kisah pertemuan mereka yang tidak disengajakan. Tertarik dengan sikap mat4ng dan tidak sedikit pun mengambil kesempatan, Fila yakin dia adalah lelaki yang terbaik buatnya.

Pada suatu hari yang sangat cerah, kah! permulaan cerita. I ingat masa tu hari Khamis, i dekat tempat kerja. I had a problem with someone (it’s a girl bukan ex bf ok) and was trying to av0id the situation, i turned off my phone and decided not to go back home. so i took mrt to pavilion, i was confused. at this age I don’t like to make wrong decision in my life and i also don’t like to upset people, so I was thinking what should I do.

I jalan je dekat pavilion tu pusing tempat yg sama 3-4 kali. and then i penat sebab beg i berat( i mmg selalu bwk make up slipper semua benda pergi tempat kerja), so i cari tempat duduk, i pergi duduk dekat dome cafe. I have this problem bila i penat memang i suka nang1s, so i dah start nang1s kat situ.

Suddenly this tall cre4ture come sit on the chair in front, asking me why am i crying. ignoring him and i continue to cry. and then dekat dekat area situ ada malay family mak n nenek n cucu, pandang pandang. i terfikir maybe diorang ingat dia apa apakan i. so i stopped crying. and he keep waiting for me there. and entah mcm mana tanpa segan silu i pergi luahkan perasaan kt dia ( kalau i fikir sekarang eii mcm b0dohnya tua tua nangis kt public) and then suddenly dia start berceramah, takde la ceramah tapi macam bagi kata kata semangat tapi ayat ayat dia tu bukan biasa biasa n i sangat tersentuh dengan ayat dia. and please eh dia takda mengayat i langsung.

what i remember he told me to believe in Allah’s plan. from the first conversation i dah tau, this guy is smart! i tau ramai je laki smart, but he’s not that kind of smart, he has a very strong view and mindset. so i pun berborak dgn dia. berkenal kenalan gitu. dia mcm tak beriya, tapi bila i berborak, he will keep eye contact with me. tapi i macam seriousnya dia ni, buat la lawak sikit. Dari situ lah kitorang berkenalan, and lepas tu kitorang start chatting

and hari Ahad i wasap dia ‘you wanna go for a sushi date?.’ i’ve never in my life ask a guy to go for a date with me. but it’s okay because maybe if I don’t ask him to go out for a date with me we will not be married now, and if he don’t talk to me at the first place we will not know each other now. So grateful of everything, Alhamdulillah.

Fila turut berkongsi penerimaan keluarga suaminya ketika pulang ke Guinea. Ternyata mereka menerima baik kedatangannya malah melayan Fila bagaikan puteri. Walaupun mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi itu tidak menghalang mereka untuk bermesra sesama sendiri.

Ni mak mentua and adik ipar Fila. adik ipar Fila ramah sangat orangnya. ramah teramat. dia stay dekat Kankan which is dalam 10jam jauh dari rumah kitorang di Nzerekore.

haritu kita balik kampung dekat Missamana dia datang. sempat borak dgn dia walaupun dua dua borak tak faham. kah! dia asyik cakap ‘u beautiful’. siap nak buatkan baju. tapi kita dh balik Nzerekore dah. dia ambil no phone katanya nanti dia call, Fila gelak je sebab dua dua cakap tak faham.

Mak mentua pulak baik sangat, layan mcm tuan puteri. rumah kita dia yang tolong sapu, tolong mop. masak pun dia. nak pi depan rumah pun dia risau. sayang sungguh menantu dia.

Ya Allah, Alhamdulillah ni pun rezeki, rezeki dapat keluarga in law yg baik baik yang suka kita.

Beruntung dapat keluarga mertua yang baik. Itu pun merupakan salah satu cabang rezeki yang tuhan bagi. Kami doakan semoga pasangan ini kekal bahagia.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*