Gempar Ular ‘Naik’ Pesawat Ke Sabah, Penumpang Sangka Pendaratan Kecemasan Sebab Kapten Cakap Cuaca Buruk




BAGAIKAN filem Hollywood Snakes on a Plane!

Begitulah situasi cemas yang dialami penumpang dalam sebuah pesawat, dipercayai penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau, Sabah pada Rabu.

Menerusi video tular berdurasi 15 saat itu, seekor ular dilihat sedang menyusur di bahagian dalam lampu pesawat.

Menurut pemilik video itu yang juga penumpang pesawat berkenaan, pendaratan kecemasan terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak.

Video yang dikongsinya turut mendapat komen daripada beberapa penumpang lain yang terlibat dalam kejadian itu.

“Ya, saya ada juga dalam flight ni… kapten cakap terpaksa landing kat Kuching sebab cuaca buruk di Tawau padahal family kawan saya cakap cuaca di Tawau baik-baik saja.

“Time tu kitaorang memang dah agak ni mesti sebab nak keluarkan ular tu dulu. Tapi kapten cakap cuaca buruk kat Tawau dan terpaksa landing di Kuching.

“Penerbangan yang penuh dengan ujian sebenarnya. Awal mula flight 9 Februari diaorang cancel. So saya tukar tarikh 10 Februari.

“Asalnya flight pukul 12.50 tengah hari, lepas tu tukar 2.10 petang, lepas tu 3.25 petang dan last 4.40 petang. Tu pun start gerak 5.30 petang dan last sangkut kat Kuching pula,” ceritanya di ruangan komen video tular itu.

Antara penumpang pesawat yang menceritakan situasi semasa.

Antara penumpang pesawat yang menceritakan situasi dialami.

Ada juga penumpang lain yang menyangkakan pada awalnya penerbangan dihentikan berikutan hujan lebat tetapi pelik kerana terdapat bomba di hadapan pintu kapal terbang.
“Ingatkan landing kat Kuching tadi (Rabu) sebab hujan lebat… tu hairan kenapa ada bomba depan pintu kapal,” ujarnya.

Ada juga penumpang pesawat yang baru mengetahui punca pesawat dihentikan secara tiba-tiba selepas melihat video tular.

Ada juga penumpang pesawat yang baru mengetahui punca pesawat dihentikan selepas melihat video tular.

Sementara itu, terdapat pelayar TikTok menyamakan kejadian tersebut dengan filem aksi Snakes on a Plane yang disiarkan pada 2006.

“Ya Allah teringat cerita ular dalam kapal terbang tu, sejak tu fobia tiap kali naik (kapal terbang),” katanya.

“Samuel L Jackson… mana?” ujar salah seorang netizen lagi.

Antara komen jenaka netizen.

Antara komen netizen.

“Imagine kalau bukan seekor je kat situ. Make sure no more, fobia betul,” tambah seorang lagi netizen.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen jenaka dengan menyatakan ‘nasib baik dalam lampu, kalau muncul kat toilet… mau piau berlanggar sana sini’ dan ‘pandai juga dia nak bercuti’.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*