
PELAKON dan pengarah teater, Jit Murad meninggal dunia pada Sabtu.
Berita itu disahkan oleh veteran teater, Kulkathas yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kuala Lumpur.
Selain itu, beberapa teman rapat Allahyarham turut berkongsi berita duka itu di laman sosial.
Bagaimanapun punca kematian Jit atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad masih belum diketahui.
Allahyarham yang merupakan anak bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Murad Mohamed Noor mula aktif dalam dunia seni sejak 1987.
Selain aktif dalam penulisan teater, Jit juga pernah membintangi filem-filem popular seperti Selubung, Mimpi Moon dan Talentime.
Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Seni Sejarah.
Beliau juga merupakan abang kepada penerbit filem, Na’a Murad.
Allahyarham yang dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Seni Sejarah.
Sepanjang kariernya, Allahyarham disegani sebagai seorang penulis, pelakon dan penerbit teater yang berdedikasi dan dinamik.
Beliau turut dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan beberapa naskhah kontemporari yang pernah meraih beberapa anugerah termasuk di Anugerah Boh Cameronian.
Allahyarham pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar dari industri kreatif Malaysia termasuk Datuk Krishen Jit, Datuk Zahim Albakri dan Jo Kukathas.
Beliau pernah membintangi filem, “Selubung”, “Mimpi Moon”, “Talentime” dan 1957: Hati Malaya.
Sementara itu, aktres kacukan Cina-Inggeris, Susan Lankester menyifatkan Allahyarham sebagai anak seni yang berbakat besar, menawan dan bijak.
Susan turut memuat naik gambar dengan kapsyen ‘off you go Jit’ di laman Instagramnya hari ini.
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dalam kemas kini dilaman Twitter turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.
Rakan Allahyarham, Juita Jalil turut menzahirkan ucapan takziah.
Sumber Awani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment