Selepas Iqbal Zulkefli Buat Persembahan Di Big Stage Minggu Kedua, Ajai Punya Komen Memang Betul2 Pedas Dan Makan Dalam

Seramai 12 orang penyanyi baharu yang terdiri daripada tujuh orang bintang lelaki dan lima orang bintang wanita bersaing dan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung secara mingguan untuk musim keempat. Peserta lelaki terdiri daripada Tuah Adzmi, Tegar Septian, Megat Rahim, Danial Chuer, Ajoi Zainal, Syafiq Abdillah dan Iqbal Zulkefli.

Para peserta perempuan pula ialah Lia Aziz, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla dan Elica Paujin.

Permulaan Big Stage musim keempat dicemari khabar penglibatan Ahmad Iqbal Zulkefli yang hanya diketahui pada waktu konsert minggu pertama. Isu ini terbit berikutan reputasinya yang penuh kontroversi serta kualiti suara yang teruk, menyebabkan Iqbal serta pihak Big Stage sendiri memperoleh selaran besar dan dipersoalkan atas tindakan penyertaan itu.

Sesetengah orang termasuk penggiat seni pula berpendapat bahawa Iqbal dimasukkan ke dalam pertandingan itu sebagai pelaris semata-mata untuk mempopularkan lagi rancangan Big Stage. Walaupun begitu, pihak penganjur menyatakan bahawa tindakan pemasukan Iqbal sebagai peserta adalah betul berlandaskan kriteria yang ditetapkan mereka.

Tak Jadi Tarik Diri, Iqbal Kembali Dengan Semangat Baru

Bakal bertanding di konsert minggu kedua Big Stage malam ini, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Kembali dengan semangat baru, Iqbal berharap orang ramai sudi mengundinya supaya dia terus dia dapat terus belajar di Big Stage.

“Terima kasih, ternyata saya tidak berseorangan. Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage. Setelah apa yang terjadi, saya mendengar suara suara semangat yang tidak mahu saya terus mengalah.

“Saya mahu lama lagi di dalam ini bersama kalian. Tolong doakan saya. Senang bekerjasama dengan kalian semua,” katanya.

Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terus memberi kata-kata semangat supaya usahawan itu terus berusaha serta tidak mempedulikan orang lain.

Namun, seperti sudah dijangka ada yang meminta supaya Iqbal berhenti menyertai pertandingan tersebut dan belajar nyanyian terlebih dahulu.

Terdahulu, Iqbal mencabar pihak juri untuk menyingkirkannya di konsert kedua Ahad ini jika benar dia tidak layak untuk bertanding.

Komen Ajai Untuk Iqbal Pada Minggu Kedua

Selepas Iqbal selesai membuat persembahan, Ajai memberi komen yang betul-betul pedas.

Orang putih kata once in blue moon, kamu tak berbakat dalam bidang nyanyian. Bakat ini adalah pemberian, walaupun kamu berduit macam mana pun, tapi bakat tidak boleh dibeli dengan duit.

You have to simply get the fact, you are not born to be a singer, tapi kamu mempunyai rezeki yang lain.

Untuk menjadi seorang penyanyi perlu diberi bakat dahulu, saya tak suka benda ni dijadikan bahan lawak. Just take care of your pride ( maruah awak ).

Dalam pada itu, Ajai menasihati Iqbal supaya tidak meneruskan impiannya untuk bergelar penyanyi.

“It will take time, Iqbal. Dalam nyanyian, kita tidak boleh belajar selama tiga hari. Ada orang memerlukan bertahun-tahun untuk bergelar penyanyi.

“Saya tak suka awak dijadikan bahan lawak. Awak perlu jaga maruah awak,” katanya lagi.

Terdahulu, bagi undian penonton, Iqbal berada di tangga ke 10 dengan markah sebanyak 4 peratus.

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dan Juri Juara, Aina Abdul.

Manakala penyanyi Mas Idayu masih mengisi kerusi juri pedas manakala Datuk Seri Vida masih bergelar Presiden Netizen.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.

Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 100 rmibu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM 50 ri.bu dan RM 25 ri.bu beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM 15 r.ibu, RM 10 ri.bu dan RM 5 r.ibu beserta trofi.

Video Ajai komen dibawah,

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*