
Kuala Lumpur: Anak bongsu kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selamat menerima vaksinasi dos pertama di World Trade Centre (WTC) di sini, hari ini.
Berkongsi perkara itu di Twitter, Raif, 6, selesai divaksinasi menerusi Program Imuninasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids).
“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di wtcklofficial.
“Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids,” tulisnya menerusi satu ciapan yang disertakan dua gambar Raif.
Menerusi satu video yang diambil sendiri oleh Khairy, Raif dilihat tenang menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang ibunya, Nori Abdullah.
Sebelum ini, Khairy mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya itu.
“Saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini bagi menjawab tohmahan yang kata saya tak vaksin, malah anak pun tak vaksin.
“Anak saya berusia enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka,” katanya
Saya sudah tempah vaksin untuk anak – Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya yang berusia enam tahun.
“Semalam saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini bagi menjawab tohmahan yang kata saya tak vaksin, malah anak pun tak vaksin.
“Anak saya berumur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka,” katanya berkongsi perkara itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids), hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Khairy berkata, cabaran utama pihaknya kini adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa vaksin untuk kanak-kanak adalah selamat.
“Ramai terutamanya di media sosial meminta supaya tidak dipaksa (pengambilan vaksin) dan sebagainya. Saya memberi jaminan, contohnya jika orang dewasa tak lengkap vaksin, kita tak benarkan mereka masuk ke kedai makan, pusat beli-belah dan sebagainya, tetapi untuk kanak-kanak ia tiada syarat itu.
“Mereka diberikan pengecualian kerana kita nak pastikan ibu bapa yakin dengan proses ini, tidak terasa dipaksa dan vaksin ini akan melindungi anak mereka daripada kesan yang lebih buruk daripada jangkitan COVID-19,” katanya.
Beliau yakin dengan terlaksananya PICKids, negara dapat mencapai tahap pemberian vaksin yang memuaskan.
“Kita bukan saja dapat menjaga kesihatan awam, tetapi merancakkan semula pemulihan ekonomi negara,” katanya.
Khairy beramah mesra bersama ibu bapa dan kanak-kanak pada majlis pelancaran PICKids di Auditorium Perdana, Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.
Sumber Kosmo/Hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment