
Keluarga mana saja yang tidak akan rasa sedih dan berduka jika ahli keluarganya terutama sekali jika ibu bapa pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya dan pelbagai cara untuk meluahkan perasaan sedih itu.
Salah satunya adalah dengan meluahkan rasa sedih di media sosial, tetapi tindakan tiga beradik ini yang dipercayai membuat rakaman di sebelah jenazah bapa mereka mendapat kecaman dari orang ramai.
Video yang berdurasi 18 saat itu menunjukkan satu trend dimana mereka perlu membuat ‘sebelum dan selepas’ yang menjadi ikutan orang ramai ketika ini.
Sebelum dan selepas
Rasa sekejap sangat bersama papa. Perginya pada hari Jumaat setelah bertarung 33 hari di ICU (unit rawatan rapi).
Difahamkan melalui laporan pihak mStar, arwah bapa mereka menghidap kanser tahap empat dan sebelum ini sering menjalani rawatan kimoterapi.
Video terbabit telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-rata mempunyai pandangan yang sama, dimana mereka merasakan tiga beradik membuat trend tersebut atas pemergian bapa adalah tidak sensitif.
“Aku tak boleh brain”
Kurang ajar tu jer nak cakap..Pastu challenge bangang macam tu jadi ikutan..Kalau insaf takpe jugak ni bahan lawak hambar..
Orang meninggal sempat lagi buat tiktok ye.. Iols kalau orang yang tersayang meninggal, tak ada dah fikir nak buat tiktok apa semua. Tengah bersedih kot..
Netizen juga ‘tak boleh brain’ bagaimana dalam kesedihan ketiga-tiga mereka sempat terfikir untuk buat ‘content’.
Netizen berpendapat rakaman bersama jenazah adalah sesuatu yang sangat sensitif apatah lagi apabila mereka menyuntingnya sedemikian.
Sedar diri mereka dikecam ramai, video terbabit telah pun dipadam dalam akaun TikTok mereka dan dimuat naik semula oleh pihak mStar di Instagram, namun setelah beberapa jam, video itu juga dipadam dari laman Instagram mStar.
Susulan dikecam ramai, video tersebut bagaimanapun telah dipadamkan daripada akaun TikTok yang mempunyai lebih 91,000 pengikut.
Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Januari 2021 memberi penjelasan berhubung pertanyaan tentang menyebar video orang yang telah meninggal dunia yang dirakamkan bagi tujuan kenang-kenangan dan dikongsi di media sosial.
“Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si mati di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum. Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim.
“Selain itu, perbuatan itu juga boleh mengundangkan kepada fitnah dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga si mati. Bahkan ia juga perlu dihentikan daripada terus tersebar dengan kadar segera.
“Namun, perbuatan menyebarkan video atau gambar tersebut diharuskan bagi tujuan tertentu untuk menjaga kebaikan dan manfaat bagi pihak yang berautoriti dengan syarat mendapat keizinan pihak keluarga serta menjaga aib si mati,” menurut penjelasan ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke 540: Hukum Merakam Video Orang Yang Meninggal Dunia?’
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment