2 Tahun ‘Bergelut’, Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60K

Hampir dua tahun naik turun mahkamah atas sebab kes saman fitnah yang difailkan terhadap pelawak yang juga merupakan adik iparnya iaitu Ali Puteh, akhirnya balu Allahyarhamn Abam, Nor Hidayah Mohd Ali menang kes.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat hari ini.

Oleh kerana gagal memenangi kes saman fitnah terbabit, Ali Puteh diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM600,000.

Menurut peguam yang mewakili Nor Hidayah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad, ketika prosiding itu juga, hakim telah menolak tuntutan yang dibuat oleh keluarga Allahyarham Abam dengan kos.

Dalam pada itu beliau turut berkata keputusan hakim ini dipercayai untuk membersihkan semula nama Nor Hidayah dan mahkamah turut menjelaskan bahawa pihak yang teraniaya dalam hal ini adalah Nor Hidayah bukan Ali Puteh.

Antara komen netizen

Alhamdulillah. Tumpang gembira bagi pihak Nor Hidayah bila mendengar berita ini. Moga beliau sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah selalu bersama anaknya. Insya-Allah. Aamiin. 

Alhamdulillah akhirnya terbela juga nasib ibu tunggal..Alfatihah(di baca) buat arwah Abam semoga roh nya tenang dan damai di sana….Aamiin ya rabbal alaamiin.

Alhamdulillah terjawab sudah..doa utk insan yg teraniaya makbul aminn..terbaek dayah alfatihah arwah abam.

Puas hati aku.. Allah mendengar doa hamba nya yg teraniaya.. Syukur Alhamdulillah. tahniah dayah.. smoge dpt mmbesar kan hamzah dgn Baik #rezekianak.

Harta tak bawak mati pun.apa salahnya harta anak yatim kau selesai kan,aman roh didalam kubur,pada isteri bam,sudah dapat duita saman tu selesaikan hutang perhutang suami mu pada manusia ,semoga rohnya tenang disana.amin..

Pada adik pada arwah abam ni ,DOA2 kan terbaik untuk arwah abang mu.harta dunia ni tak penting didalam kubur ,yang penting amalan kita terhadap allah.pada isteri abang bersyukurlah kamu telah menang melawan nasib.

Sumber Mstar/Edited RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*