
SEMBILAN tahun bergelar ibu tunggal penyanyi Syura akui berasa kekok selepas kembali berumah tangga dengan pasangannya Farizat Ismail.
Ujar Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, dia berasa kehidupannya kini lebih lengkap dengan kehadiran suami disisi.
“Alhamdulillah kehidupan semakin lengkap sebab dah ada teman selepas sembilan tahun.
“Satu environment yang baru dan satu vibe yang baru untuk saya dan anak-anak.
“Memang kekok pada awalnya, betul ke tak perasaan ni. Walaupun dan pernah berkahwin tapi jarak sembilan tahun tanpa pasangan tu, saya masih dapat rasa momen pengantin baru,” katanya kepada mStar.
Tambah Syura dia bersyukur apabila anak-anaknya juga dapat menerima kehadiran Farizat sebagai bapa tiri mereka.
“Saya dah kenal dengan suami sejak lima tahun. Jadi apabila dia kenal saya, secara automatik dia akan kenal anak-anak juga.
“Chemistry dia dengan anak-anak sangat baik. Anak-anak terlebih gembira apabila dapat tahun saya nak berkahwin,” ujarnya.
Syura berkahwin dengan Farizat pada 22 Januari 2022 di Masjid As-salam, Puchong Perdana.
Untuk rekod, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berpisah pada Ogos 2015 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9.
Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron mula menjadi artis rakaman sejak tahun 1990 dan lagunya yang paling popular ialah ‘Nazam Berkasih’.
Setelah menyepi beberapa tahun dalam bidang seni, nama Syura kembali menyerlah setelah menjuarai pertandingan memasak, ‘Master Chef Selebriti Malaysia’ pada 2012.
Kemudian dia menjadi salah seorang peserta mewakili Malaysia untuk pertandingan dangdut ‘D’ Academy Asia’ tahun 2016 di Jakarta, Indonesia.
Seterusnya Syura menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim 4 (GV4) di Astro Ria tahun 2017 dengan berjaya hingga peringkat separuh akhir.
Sembilan Tahun Menjanda – “Saya Takut Kalau Suami Baru Tak Mampu Sayang Anak Saya Seperti Anak Sendiri,” – SYURA
“Ketika era penyanyi kumpulan lelaki remaja sedang ‘hot’, tidak dinafikan nama-nama kumpulan seperti New Boyz menjadi fenomena. Dan, kami sebagai penyanyi perempuan remaja waktu itu turut terpalit sama setiap kali berkongsi show yang sama.
Satu masa dulu, saya pernah digosipkan dengan Syuk dari kumpulan New Boyz manakala teman saya, Siti Nordiana dengan Tomok. Nak dijadikan cerita kami mengadakan show yang sama. Tak disangka-sangka kami dibaling telur oleh peminat New Boyz! Sedangkan kami tak ada apa-apa hubungan pun sebenarnya,” cerita Syura.
Kisah Cerai dan Menjanda Lama
Saat ditanya apakah detik paling ‘down’ dalam hidup Syura, jelas Syura, “Selain kehilangan arwah Abah yang sangat Syura sayangi, fasa penceraian juga menjadi detik hitam dalam kehidupan Syura.
Waktu itu teruk Syura dikecam kerana sebelum bercerai nama Syura kembali diperkatakan selepas memenangi pertandingan Master Chef. Jadi, orang menuduh Syura lupa diri dan sengaja bercerai sebab ada orang lain. Sedangkan orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.”
Syura yang sudah tujuh tahun menjanda belum terfikir untuk mencari ganti. Bukan serik Cuma menurut Syura dia agak takut apabila memikirkan soal anak. Syura bimbang jika ditakdirkan dia mengandung lagi, Syura terfikir adakah suami barunya itu mampu menyayangi anak tirinya seperti anak sendiri?
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment