Lepas Teruk Dikec4m Gara2 Menyusu Tak Tutup, Kak KM Tak Ddk Diam Tapi Bagi Satu Pesanan Khas Untuk Ustaz Dan Ustazah Yang Tegur Dia

Usahawan kontroversi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM seakan tidak peduli tentang kecaman dan teguran selepas aksinya menyusukan anak di tempat awam tanpa ‘nursing cover’ menjadi perdebatan ramai.

Kak KM malam tadi (Isnin) telah membuka peluang kepada pengikut di laman sosial Instagram (IG) untuk bertanyakan apa sahaja soalan kepadanya.

Antara soalan yang diajukan pengikut termasuklah isu berkaitan menyusukan Cinta Carrisa ketika majlis akikah anak keempatnya itu.

Menjawab soalan tersebut, Kak KM berkata ketika menyusukan Cinta dia tidak mendedahkan bahagian payudaranya itu.

“Saya setuju dengan awak…Awak tak boleh nampak pun payudara saya. Tet*k kita tak nampak pun, yang kau menggelabah ayam kenapa kan? Tunjuk betul-betul baru tahu!,” jawab Kak KM bersahaja.

Selain itu Kak KM turut menjawab soalan netizen mengenai rakan artis yang menegurnya tentang isu sama.

“Alah nak nasihat aku…Biasalah kalau kau dah tak glamour kan, bila kau nak tumpang populariti Kak KM kan…Kesian, sedih! Nak dapat content la tu,” katanya.

Isu Menyusu Anak Di Public, Kak KM: “Biasalah, Kalau Kau Dah Tak Glamour Kan…Nak Tumpang Populariti Kak KM, Kesian Sedeh!”

Baru-baru ini, perkongsian Kak KM di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang menyusukan anaknya berusia dua bulan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Rentetan itu ramai yang menegur perbuatan tersebut termasuk penyanyi Liza Hanim yang berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya usahawan tersebut sepatutnya menjaga kehormatan sebagai seorang wanita dan juga ibu.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim berkata, sebagai seorang ibu dia juga ada hak untuk menyuarakan pendapat tersendiri.

“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak depan khalayak ramai dan ambil gambar.

“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam breastfeeding journey (kisah penyusuan badannya).

“Namun, sebagai seorang saudara dalam Islam, saya juga mohon tolonglah jaga adab ketika menyusu di khalayak ramai,” tulisnya.

Tambah pelantun lagu Gelisah Mimpi itu lagi, dia juga seperti usahawan terbabit yang turut mempunyai pengalaman menyusukan anak di tempat awam sambil mengambil gambar sebagai kenangan.

“Saya sendiri pernah susukan anak di mana-mana sahaja. Malah pernah satu ketika di tepi jalan di bandar Seoul, Korea dan saya juga merakamkan gambar.

“Tetapi ingatlah, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan masalah saya berhijab dan dia free hair (tidak bertudung). Cukuplah jaga kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu.

“Jagalah kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Saya bersuara untuk mengingatkan diri sendiri juga,” katanya lagi.

“Suami Tak Rasa Apa Ke”- Kak KM Dikecam Lakukan ‘Drop Challenge’ Di Hadapan Rakan Suami

“Suami Tak Rasa Apa Ke”- Kak KM Dikecam Lakukan ‘Drop Challenge’ Di Hadapan Rakan Suami

Selepas tular video Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menyusukan anaknya ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran mewah, kini netizen mengecam tindakannya yang melakukan drop challenge di hadapan rakan-rakan suami.

Dikecam Netizen

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut tampil mengecam tindakan Kak KM yang dilihat agak melampau dan tidak menjaga batas sebagai seorang wanita , malah ada yang turut mendoakan agar anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini diberikan hidayah.

“Suami tak rasa apa ke”

“Kawan-kawan suami pun tengokkan je..Allah. No komen lebih takut”

“Macam Syial je”

“Kesian kak km ni”

“Semoga diberi hidayah”

“Semoga kakak sekeluarga diberi hidayah” komen mereka

Terdahulu, Kak KM dikecam netizen selepas berkongsi video menyusukan anaknya ketika sedang makan malam di salah satu restoran mewah. Wanita itu kemudian menjelaskan kepada netizen bahawa video tersebut tidak menampakkan payudaranya dan menutup sebahagian daripadanya.

Kredit: ASNsohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*