“Ombak Dan Angin Terlalu Kuat Secara Tiba-Tiba..” Pantai Pulau Perhentian Buat Ramai Jadi Gerun

Gara-gara hujan berterusan, angin kencang dan ombak besar yang melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur ketika ini telah menyebabkan ramai pelancong terperangkap, terutamanya di Pulau Perhentian.

Menurut laporan Utusan TV, seramai 385 pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi telah terkandas di Pulau Perhentian sejak hari Jumaat yang lalu.

TikTok

Ujar Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah, keadaan laut yang bergelora dan angin kecang telah menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau itu dihentikan buat sementara waktu.

Pelancong-pelancong tersebut menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian. Mereka terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar Terengganu. Alhamdulillah keadaan mereka semua selamat dan baik.

Jelasnya lagi, para pelancong yang terjejas akan dibawa pulang ke tanah besar pada hari ini dan segala perancangan ke arah itu bergantung kepada maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Video,

“Jika keadaan memaksa, mungkin kita akan minta kapal-kapal besar daripada maritim ataupun daripada polis marin untuk membawa pelancong keluar dari pulau ini.” katanya Abdul Aziz.

Antara Komen2 Netizen

tringatkn arwah suami ku dulu kita dtng brcuti kh pulau prhentian .ya allah rindu dgn arwah suami kita slalu dtng .kh sini .mmng . bst nga tp mkn mhl

musin tengkujuh bukan musim utk bercuti ye saja bagi tau .. bermula dari bln 11 ke bulan 3.. kalau pergi juga ni la jadi nya

Idop la nk ke pulau time bln 11 smpi bln 2…pernah g bkn tengkujuh tp time gelora, berapa kali melambung dah la naik bot kecil.

Semuga semuanya dilindungi dan dipermudahkan segala urusan

Dah tau musim laut bergelora.. Cuaca tk menentu.. Gi cari penyakit.. Adoiii

Pelancong terkandas di Pulau Perhentian diselamatkan hari ini

Kuala Besut: Kesemua 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lalu kini sedang dibawa keluar daripada pulau tersebut mulai pagi ini.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata, kesemua pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi itu dibawa keluar menggunakan 15 bot pelancong bermula 7.30 pagi tadi.

“Keadaan cuaca yang baik dan laut yang tidak lagi berombak kuat membolehkan kita bawa keluar semua pelancong tersebut. Kesemua 15 bot itu akan berulang-alik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sehingga semua pelancong selamat keluar daripada pulau ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kesemua pelancong yang menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian itu terkandas sejak Jumaat lepas ekoran keadaan laut bergelora dan angin kencang.

Situasi tersebut menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.

Sumber BN/Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*