Melampau, Kekasih Pembantu Rumah Sebar Foto Tak Bertudung Isteri Artis Dengan Kapsyen Tak Senonoh

Isteri kepada penyanyi terkenal lndonesia Virgoun iaitu Inara Rusli meluahkan rasa kesal apabila foto dirinya tldak berhijab disebarkan oleh teman lelaki pembantu rumahnya di Facebook.Lapor kepada pihak p0lis

Virgoun dan istrinya, Inara Rusli [Instagram/mommy_starla]

Berang individu berkenaan telah mencemarkan nama baiknya, Inara dan Virgoun membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis di Polres Metro Jakarta Barat, Indonesia.

Lebih teruk lagi apabila dia turut difitnah serta diejek dengan kata-kata yang tidak sepatutnya oleh teman lelaki pembantu rumahnya itu.

Terima kasih kepada pihak polis kerana sudi membantu kami untuk menyelesaikan masalah ini sehingga tk perlu membawa ke peringkat mahkamah.

Virgoun menyatakan bahawa dia bersama isterinya tidak mempunyai niat untuk menzaliml individu berkenaan, namun cuma ingin menegakkan kebenaran serta memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja agar bijak menggunakan media sosial.

Virgoun dan isteri buat laporan polis.

Biarlah AIIah yang membalas perbuatannya. Di sini kami bukan niat menzaliml seseorang itu tapi kami cuma nak menegakkan keadilan dan beri pengajaran kepada sesiapa pun untuk menjaga moral, etika dan bijak menggunakan media sosial.Pecat pembantu rumah serta merta.

Walau bagaimanapun, Inara memaklumkan bahawa dia sudah memecat pembantu rumah berkenaan serta merta dengan membayar gaji yang sepatutnya.

Dalam pada itu, pembantu rumah serta kekasihnya itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan sudah bersiap sedia jika Inara mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Sedikit Info Inara Rusli,

Sebelum wajahnya disiarkan di media, Inara IdoIa Rusli telah memulakan kariernya sebagai bintang iklan sejak di bangku sekolah rendah pada 2003. Enam tahun kemudian, Inara termasuk dalam tiga gadis terbaik HAI mewakili sekolahnya.

Kerjaya seni Inara mula menyerlah apabila menjadi ahli kumpulan gadis Bexxa pada tahun 2013. Ketika itu demam kumpulan gadis semakin menjalar di Indonesia. Inara juga merupakan salah seorang personel Bexxa yang mempunyai ramai peminat.

Selepas pembubaran Bexxa, Inara segera mencuba lakonan. Sinetron Emak Ijah Mahu Ke Mekah yang disiarkan di SCTV menjadi langkah pertama Inara dalam bidang lakonan.

Inara mempunyai sosok artis yang menjadi pujaan sejak sekian lama. Sosok bintang filem Twilight, Kristen Stewart, diiktiraf Inara sebagai role model dalam fesyennya ketika itu.

“Banyak inspirasi fesyen saya datang dari majalah, rancangan TV juga. Kebetulan saya pernah menjadi model, jadi saya mendapat banyak rujukan dari mana-mana, daripada rakan model juga. Tengok model di TV, artis luar juga. Saya suka Kristen Stewart dan Taylor Swift untuk gaya,” kata Inara ketika bercakap dengannya.

[Star] Virgoun and Inara

Sebagai ahli kumpulan gadis, Inara pastinya mempunyai ramai peminat lelaki. Namun dalam ramai-ramai lelaki yang cuba mendekatinya, Virgounlah yang mampu mencairkan hati Inara.

Kedua-duanya berkahwin pada 14 Disember 2014. Daripada perkahwinan itu, Inara dan Virgoun dikurniakan seorang anak perempuan yang cantik bernama Starla Rhea Idola Virgoun.

Selepas kelahiran Starla, Inara cuba berhijrah. Dia menanggalkan pakaian seksi yang melekat di tubuhnya. Wanita berwajah ketimuran itu mula kelihatan memakai jubah syariah.

Dan apabila ilmu agama semakin bertambah, Inara mengambil keputusan untuk bertudung pada awal Ramadan 2018.

Sumber : Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*